Segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa..
Syukur atas nikmat yang dikurniakan..diberi kesempatan untuk meraikan hari lebaran itu pd tahun ini...yang memberikan seribu erti buat diri..memberi sejuta kenangan dalam hati...
Tiada siapa yg tahu apa yang terbuku di hati, melainkan diri ini yang hina dina, dan Penciptanya yang Esa..
Perasaan utk mencoret di sini muncul...biarpun tak mampu diluahkan pd jasad yg bernyawa, biarlah ia ternoktah di sini..anggaplah seperti disampaikan oleh mulut sendiri..
Perasaan yang berbeza pabila berada di sini dan di sana..
Di sini, rasa itu muncul selalu..tanpa diundang..hingga kadang-kadang bisa menumpahkan cecair dari mata
Di sana, rasa itu pasti hilang..terubat segalanya..hilang segala duka lara..dipenuhi riang gembira..dilupakan segala yg berlaku di sini..
Kerna...
Di sini..diri keseorangan di ruang ini...hanya bermonolog sendiri..berkata-kata ketika menemui Ilahi..hanya DIA yang mengerti hambaNYA ini..sehingga kadangkala pelbagai perkara berlegar di ruang kepala..yang bisa membuntukan fikiran..
Namun..
Di sana..diri terasa sungguh dihargai..dikelilingi insan yang disayangi..yang membuatkan diri berkelahi setiap hari..berkejar sana-sini..berbuat amal bakti...yang selalu menyimpan seribu memori..yang mengajar erti hidup ini...yang sukar dicari ganti
Wahai diri,
Bersabarlah dan tabahkanlah hatimu..kuatkanlah tautanmu padaNYA..kerana DIA sentiasa bersamamu..tidak pernah meninggalkanmu..
Usahlah disesali..usahlah ditangisi apa yang menimpa dirimu..
Pasti ada hikmahnya dengan apa yang berlaku..
Namun,
Jika tangisan itu mampu menguraikan segalanya,
Menangislah sepenuh hatimu..yang dapat memuaskan kehendak hatimu..
Jangan dibiarkan ia bersarang di dalam hatimu..
Kerana mungkin lambat laun tanpa sedar, ia akan meletup ibarat gunung berapi..
Kawallah hatimu dengan pertimbangan akal yang waras..
Kawallah nafsu amarahmu sebaik-baiknya..
Jagalah hatimu seperti menjaga dirimu..
Kerana hati itulah yang mengawal segala tindak-tandukmu..yang membawamu ke lorong yang benar atau salah...
Ingatlah Penciptamu selalu..pasti hatimu kan jadi tenang..
Setenang ombak di lautan..
Sesuci anak yang baru dilahirkan...
Semulia hati si pencinta Ilahi....
0 comments:
Post a Comment