Thursday, September 17, 2009

salam Ramadhan & Syawal




Salam Ramadhan al-Mubarak..
menurut jangkaan, kira-kira 2 hari lagi seluruh umat Islam di bumi Allah akan mencapai kemenangan mereka, setelah berjuang selama sebulan, bakal menempuh hari lebaran yang disambut pada bulan Syawal..
Alhamdulillah, tahun ini kita sempat bertemu Ramadhan dan akan bertemu Syawal dgn penuh kesyukuran dan kegembiraan..
Semoga Ramadhan tidak dibiarkan berlalu sepi, biarlah sifat2, sikap kita sepanjang bulan mulia itu tetap di bawa ke bulan-bulan yang lain..
Bukan hanya bulan Ramadhan je kita jadi baik, tadarus satu al-Quran, buat amalan sunat, jaga akhlak, jaga nafsu, jauhi maksiat..
Malah bulan-bulan lain juga mengalu-alukan segala amal soleh kita..
Hal ini sudah biasa pada sesetengah orang..bukan untuk bersangka buruk..tetapi berdasarkan pengalaman dan pandangan orang lain...
Masa bulan puasa kita jadi baik..buat semua yang halal..pakaian elok, tutup aurat..etc...
tapi bila puasa dah habis, kita kembali pada yg asal..kadang-kadang tak sedar buat perkara yang haram..yang tidak disukai oleh Allah..
pada bulan Ramadhan sahaja ke apa-apa amal itu adalah haram?
di bulan2 lain sewenang-wenangnya kita lakukan walaupun tahu hal itu ke arah haram atau memang haram..
hukum ALLAH tetap tak berubah walau pada bulan mana, di tempat mana, pada bila-bila masa...
malah kekal hingga hari akhirat..takkan berubah dan takkan boleh diubah..
tiada hak kita untuk melanggar segala hukum-hakamNYA..Penguasa seluruh alam...
Jom kita tengok balik diri kita..muhasabah diri kita...


'' aku tetap nak jadi baik..aku tetap nak taat semua perintah Allah..aku nak jadi hambaNYA yang soleh@solehah pada setiap masa, tempat dan keadaan "

" aku tetap aku...tak bisa diubah walau sebesar mana cabaran yang datang..tetap teguh dengan akidah yang satu..tetap setia padaMU selama-lamanya "

" oleh itu YA ALLAH... KAU tetapkanlah hatiku hanya padaMU...tingkatkanlah iman dan taqwamu untukMU..KAU istiqamahkanlah diriku, hatiku, seluruh jasadku..Janganlah KAU pesongkan hatiku setelah KAU berikan hidayahMU kepadaku...kekalkanlah aku dalam agamaMU...taatkanlah aku dengan syariatMU...jauhilah diriku drpd perkara yang KAU benci..sediakanlah ruang untukku di syurgaMU kelak "

" YA ALLAH,
KAU berkatilah segala amal soleh kami di bulan Ramdhan pada kali ini...ampunkanlah segala dosa-dosa kami..sama ada sengaja atau tidak sengaja..redhailah segala gerak laku kami sepanjang bulanMU ini..pertemukanlah lagi kami dengan Ramadhan pada tahun hadapan..panjangkanlah umur kami..berikanlah keberkatanMU kepada kami pada bulan Syawal nanti "

" KAU sinarilah juga kebahagiaan pada bulan Syawal itu buat mereka yang telah pergi bertemuMU, YA ALLAH..semoga apa yang kami rasai turut mereka rasai..tempatkanlah mereka dalam kalangan hamba-hambaMU yang beriman "


AMIN..YA RABBAL 'ALAMIN...


~ Salam Aidilfitri 1430H buat seluruh umat ISLAM..khususnya buat keluarga tersayang, saudara mara, rakan-rakan, sahabat handai dan sesiapa jua yang mengenali diri ini..Mohon ampun dan maaf jika terlanjur segala amal dan kata-kata sama ada sedar atau tak sedar...semoga bergembira di hari raya di samping keluarga dan teman-teman tersayang ~

~~ Salam ukhuwwahfillah ~~


0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More