Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...
Selamat tahun baru, tahun 2010..Pejam celik,pejam celik..sekejap je masa berlalu..Kini, masa makin bergerak pantas. Makin bertambah umur kita hidup, makin pendeklah jangka hayat kita untuk terus menikmati segala kurnianNYA di dunia ini sebelum tibanya hari perhitungan kelak.
Bila munculnya tahun baru, semua ada azam baru, semangat baru. Moga hasrat murni kalian semua tercapai dengan kehendakNYA.
Apakah jalan-jalan yang akan aku lalui pula tahun ini? Hanya menunggu masa dan tika. Adakah tahun ini lebih baik berbanding tahun 2009? Pastinya ku ingin esok lebih baik daripada hari ini, dan hari ini lebih baik daripada semalam.
Majulah sentiasa ke hadapan dlm gerak laku kita seharian. Biarpun hanya sedikit usaha dan perubahan, asalkan anak-anak Adam sentiasa terkehadapan dalam apa jua bidang. Asalkan umat Islam sering berada di atas, bukan dipijak begitu sahaja oleh oranglain. Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah agama ISLAM. Suatu masa nanti, Islam pasti tertegak di muka bumi ini.
Tidakkah kita rasa bersyukur dilahirkan sebagai seorang muslim, yang mana telah dijanjikan syurga oleh Allah? Gunakan ruang dan peluang besar yang Allah kurniakan semaksima mungkin. Kita bukan hanya Islam pada nama, bukan hanya tertera perkataan Islam di kad pengenalan, tetapi kita ialah muslim yang benar-benar muslim. Muslim yang benar-benar menghayati tiap satu ajaran dan syariat Islam. Muslim yang benar-benar mengabdikan diri pada Yang Esa. Pertahankan akidah dan iman kita walau di mana kita dicampak sekalipun. Selagi kita bergelar muslim, ALLAH akan sentiasa menjaga kita, berada di sisi kita.
'Take care of HIM, HE always take care of us'
CintaNYA tak pernah pudar pada kita, kasih sayangnya sentiasa ada. CintaNYA benar-benar abadi, kekal selamanya..
Syukur pada ALLAH atas kurniaanMU selama mana diri ini bernafas. Insan-insan yang sentiasa memberi semangat kepadaku, insan yang mengajarku erti hidup, insan yang mendidik dan mentarbiyyahku, insan yang menyedarkan segala khilafku, insan yang memahami diriku, insan yang berjuang bersama-samaku dan insan yang membuatkan aku benar-benar menjadi INSAN.
" Cukuplah bagiku ALLAH (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan(yang berhak disembah)melainkan DIA, kepadaNYA aku berserah diri dan DIAlah yang mempunyai 'arasy yang besar"