Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Seinfiniti kesyukuran kerna masih diberikan ruang untuk bernafas di muka bumi ini. Sebelum final exam, dua lagi dinner yang perlu pergi.Satu bayar agak mahal, satu lagi free of charge. Tahun lepas tak pergi dua-dua tu, tahun ni diberi kesempatan untuk menghadirinya.
Buat pimpinan PERMATA sesi lepas dan sesi baru, mohon maaf sebab diri tak dapat beri komitmen sepenuhnya dengan program-program yang dianjurkan disebabkan kekangan masa dan tempat. Beginilah jadinya bila terpisah dengan induk. Meeting pun tak pernah datang. Kalaulah reti drive dan ada kereta, bolehlah pecut jumpa sahabat-sahabat sekalian. Saya cuba buat apa yang terdaya. Maaf jika menyusahkan sesiapa, padahal memang selalu menyusahkan. Harap dapat join dinner nanti, nak tahu siapa pimpinan baru. SAYANG PERMATA, SAYANG GANU KITE ^_^
Habis melayang duit semata-mata dinner jabatan. Anyway, it's ok. Ingin mencari pengalaman merasainya walaupun tak tahulah bagaimana keadaannya nanti. Janganlah jadi macam dinner kolej, yang tak rasa macam pergi dinner. Maaf, terpaksa berkata jujur. Tapi tahniah kepada semua kawan-kawan yang bekerja keras untuk dinner kolej kali ni. OK atau tidak, ikut pandangan masing-masing. Perbaiki yang buruk, tingkatkan yang elok. Dah melencong pulak ni. Bagi kawan-kawan yang bekerja gigih untuk dinner JPD, hope pada hari kejadian,semuanya berjalan baik dan terima kasih atas usaha kalian. Semoga semuanya dimudahkanNYA.
Sekadar ingin memberikan pandangan/persoalan/cetusan idea di sini. Kadang-kadang membuatkan diri terfikir kenapa majlis-majlis seperti dinner dijadikan medan untuk berfesyen secara ekstrem yang boleh mencacatkan mata ini melihatnya.Biasalah setiap dinner ada temanya. Malam itu pelbagai fesyen@gaya yang kita boleh lihat. Kaum adam boleh tengok free je = cuci mata. Maaf sebab guna istilah ini. Tidak salah untuk berfesyen atau berpakaian cantik, namun biarlah tidak berlebih-lebihan dan melanggar syariat. ISLAM tak halang kita untuk bercantik-cantik, namun ada batasannya. Tidak sedap mata memandang jika tudung dipakai, tapi baju melekat terus pada badan hingga tiada ruang untuk udara masuk, dan terus menampakkan bentuk badan. Tiada nilainya tudung itu sebab hanya kepala yang tertutup. Bahagian lain yang tertutup masih terdedah walaupun tidak menampakkan warna kulit. Segala amalan kita dalam hidup ini adalah kerana Allah, sebab kita hambaNYA, malah berpakaian pun kerana Allah. Tapi, jika kita berpakaian sebegitu, adakah ia kerana Allah? Berpakaian mengikut cara yang tidak dihalalkan oleh Allah.
Berpakaian sebegitu sebab pergi dinner. Bila lagi kita nak bergaya kan, itulah masanya. Lagipun, sekali setahun je berfesyen-fesyen. Pemikiran sebegini telah meracuni diri kita sebenarnya jika kita tidak meletakkan ISLAM itu di kedudukan teratas.Pemikiran yang telah bercampur-baur dengan anasir barat, yang telah terpengaruh oleh bisikan syaitan. Kita tahu, kita pernah belajar, namun ia tidak dihayati dan diamalkan. Siapa yang harus disalahkan dalam hal ini? Al-Quran dan sunnah sudah ada sebagai rujukan.Solat sudah ditunaikan sebab ia wajib dan tiang agama, tapi jika perkara-perkara yang melanggar syariat masih dilakukan, pasti ada cacat celanya pada solat itu. Solat itu mencegah keburukan dan kemungkaran. Jika solat kita terjaga, sudah tentu segalanya baik fizikal atau rohani kita akan terjaga.
Kata emak, " beli baju, tapi nipis, jarang. dah la tak tutup aurat, tambah dosa lagi".
Pernah anda mendengar ayat sebegitu? Suatu cara untuk memberi peringatan dan nasihat kepada kita. Sayangnya ibu bapa pada kita ialah dengan menitiberatkan tentang diri kita. Mereka sayang kita, jadi mereka halang kita daripada berpakaian ketat,jarang dan lain-lain. Mereka sayang kita, jadi mereka halang kita daripada buat pekara-perkara yang Allah larang. Mereka buat begitu sebab mereka nak selamatkan kita kelak. Malah, mereka juga akan terselamat. Kita di bawah tanggungjawab mereka. Maka, di sana nanti mereka akan dipersoalkan oleh AL-KHALIK. Begitulah juga kita bila sudah bergelar ibu atau ayah nanti.
Menurut Imam Al-Ghazali, perkara yang paling berat di dunia ialah AMANAH. Jadi, kita ialah amanah ibu bapa, yang dipertanggungjawabkan olehNYA untuk dibesarkan menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa.
Biarlah kita bersusah payah dan berpanas berpeluh di dunia, agar kita bersenang lenang dan bersejuk beku di akhirat. Hanya ALLAH yang mampu menilainya. Usaha kita ialah usaha mencari redhaNYA dalam mencapai sasaran kita, iaitu JANNAH.
Terpanjang lebar pula membebel di sini. Maaf, ini juga peringatan buat diri yang sering lupa dan lalai. Atas dasar sayang buat saudara seIslam sekalian, ayuh kita memperbaiki diri sebelum dunia ini hancur lebur, sebelum matahari terbit dari Barat, sebelum keluarnya Dajjal. Ingatlah bahawa golongan wanita yang paling ramai ditempatkan di neraka. Adakah kita salah seorang daripadanya? Na'uzubillahiminzalik, mohon kita dijauhkan. Ameen.
'' Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu''.
( Al-Baqarah :208 )
Wallahu'alam.
0 comments:
Post a Comment