Thursday, March 25, 2010

ayah@father@walid

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Tanggal 24 Mac 1954,lahirlah seorang putera di sebuah rumah di satu kampung.Bergelar anak sulung di dalam keluarganya, menjadi permata ayah bonda. Kini, dia semakin dewasa, meniti zaman kanak-kanak,remaja,dewasa dan menghmpiri masa tua.Dia seorang anak, seorang abang, seorang suami, seorang ayah dan dialah seorang guru.
Insan itu permata hati kami. Insan itu dinobatkan sebagai ayah kami. Selamat ulangtahun ke-56 buatmu ayah.

Pasti ayah kesunyian kerana ayah seorang sahaja lelaki dalam keluarga. Tiada lagi insan bergelar lelaki untuk dijadikan tempat berbual dan bermain. Walaupun  ayah dikurniakan puteri sahaja, puteri-puterimu ini bukan sebarang puteri. Kami juga boleh menjadi putera tika berada di rumah. Kami diajar untuk bekerja kuat bagi menggantikan putera yang tiada.Kami sangat bahagia walaupun tiada putera yang boleh membantu mengurangkan beban kami. Semua hal yang kami lakukan mengajar kami erti hidup,erti hidup pada yang memberi (terambil cogan kata saifulislam pula ).

Ayah dahulu belajar di tempat sama saya belajar sekarang, cumanya di kampus induk.Apabila berada di rumah, ayah bertanya perubahan-perubahan di tempat belajarnya kini.Ayah suka bercakap mengenai kereta,jadi kereta yang ada di rumah sudah tentu dibeli oleh ayah. Ayah juga suka memberi ceramah free tentang pemakanan dan kesihatan ( saya yang ambil bidang ni pun belum pernah ceramah). Ayah bukanlah pakar dalam bidang kesihatan, tetapi sangat mengambil berat akan kesihatannya dan kami sekeluarga. Kata ayah," kita makan untuk sihat, bukan makan ikut selera". Ayah suka mengumpul info-info kesihatan daripada suratkhabar,sebab tu kot pengetahuan ayah tentang baik buruk makanan pun banyak.   
                      
'' dalam lauk tu sepatutnya ada sayur hari-hari'', ayah mengingatkan emak.
'' telur kuning banyak kolesterol, jangan makan selalu''.  
'' jangan makan gula-gula banyak sangat, nanti rosak gigi tu'', pesan ayah kepada adik.
'' badan tu kena jaga. nanti kalau ada banyak penyakit,susah!''.

Keseriusan ayah tentang pemakanan membuatkan kami anak-anaknya termasuk ibu juga serius terhadap makanan. Kurang beraninya untuk makan makanan yang kurang berkhasiat di hadapan ayah. Sudah tentu kami akan dapat ceramah free lagi. Alhamdulillah, setakat ini ayah dan ibu sihat walafiat dan tiada sebarang penyakit.Cuma ayah ada sedikit sakit, namun sakit itu hanya kami yang mengenalinya yang memahami.Bukanlah penyakit-penyakit yang popular seperti diabetes,hipertensi, strok dan lain-lain.  

Saya bersyukur kerana dididik oleh ibu untuk melakukan kerja-kerja di rumah yang mungkin akan diaplikasikan apabila saya menamatkan zaman bujang kelak( angan-angan betul ni ). Kami diajar untuk menjaga makan pakai ayah tatkala kami berada di rumah. Jika anak-anak ada di rumah, tugas emak hanyalah memasak. Kerja lain semuanya anak-anak yang uruskan.Hulurkan tangan,ringankan beban ^-^

Emak mengajar kami memasak apabila emak keluar bekerja. Saya selalu risau jika disuruh oleh emak untuk memasak, risau jka masakan itu tidak sedap. Diarahkan memasak untuk ayah kerana biasanya ayah pulang bekerja lebih awal daripada emak. Biasalah, bila pulang ke rumah, terus buka periuk nasi.Apabila ayah makan lauk-pauk yang saya masak dan tiada sebarang komen, hanya Tuhan yang tahu betapa syukurnya saya kerana dapat mengenyangkan ayah.Entah bagaimana perasaannya apabila memasak untuk bakal zauj dan apabila dia merasainya nanti ( angan-angan lagi ni ). Memasak untuk ayah tidaklah susah kerana di rumah kami biasanya hanya ada satu atau dua lauk, dan sayur-sayuran.Tidak perlu memenatkan diri untuk memasak pelbagai jenis lauk. Tapi macam tulah, bimbang itu tetap ada jika terlebih atau terkurang garam =D.
Ayah pernah memberi komen positif dan negatif terhadap masakan yang emak dan anak-anaknya buatkan.

'' ayah suka ikan goreng yang kak A masak, tak garing sangat, tak lembut sangat''.
'' ayah tak makan sayur tu, nampak berminyak je''.
'' eh, kenapa tawar je kuah awak ni'', komen ayah pada ibu.
Bukan kami yang belum pro masak ni je dapat komen, malah ibu yang dah berpuluh tahun memasak pun tetap dapat komen.Alahai ayah...

Kami bersyukur dikurniakan ayah seperti ayah. Bukan sahaja aspek pemakanan diambil berat, aspek penjagaan diri dan syariat juga ditekankan. Kami dididik dengan nilai-nilai Islam yang baik di rumah. Jika ada yang tidak kena pada matanya, ayah akan berpesan kepada ibu. Ibu pula akan mengingatkan kami.
Apabila tengok TV, tertengok pula rancangan hiburan, terus ayah komen, " tengoklah tu, budaya hidup orang Islam sekarang, pakaian ketat,sendat, ikut cara hidup orang Barat. Tu yang makin rosak anak-anak muda''. Aspek pemakaian sangat diambil berat oleh ayah, terutama kami yang semuanya puteri, mestilah didikan itu perlu dilebihkan. Oleh sebab itu, di mana sahaja saya berada, pesanan ayah dan ibu akan tersemat di dalam hati. Juga melaksanakan syariat ALLAH yang mencipta ayah dan ibu.

Ayah turut selalu bercakap tentang kewajipan lelaki untuk solat berjemaah di masjid atau surau.Walaupun ayah bukanlah penceramah bebas popular dan mendapat hati dalam kalangan semua orang, ayahlah penceramah bebas yang bertakhta di hati saya. Ayah penawar suka duka kami, ayah penguat hidup kami. Kami rindu ayah, kami sayang ayah.Ayah dan ibu adalah segala-segalanya buat kami selepas Allah dan Rasulullah. SYUKUR PADAMU YA ALLAH =)

Wallahu'alam.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More