Wednesday, March 24, 2010

untukmu sahabat

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya

Seinfiniti kesyukuran kerana masih dikurniakan ruang dan waktu untuk menghirup udara segar milikNYA. Moga kalian semua sentiasa di bawah lindungan rahmatNYA.

Sahabat,
Aku bersyukur kerana mengenalimu,  
Aku bersyukur kerana dikurniakan insan sepertimu,  
Atas nama itu, kita bekerja bersama-sama,  
Atas nama itu, kita punyai matlamat yang sama.

Sahabat,  
Pahit manis perjuangan itulah ujian,                  
Suka duka kehidupan itulah kenikmatan,       
Jatuh bangun itulah kehidupan,
Moga hidupmu sentiasa disinari iman.



Ku tujukan bait-bait kata ini khas buat 'sahabat-sahabat' sekalian. Kehadiran kalian menjadi sebahagian pelengkap hidupku. Kekuatan dirimu menguatkan diriku. Ukhuwwah ini indah. Ukhuwwah ini kerana ALLAH. Kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH. Kita berjuang kerana ALLAH. 

Ku doakan agar kita terus thabat dalam perjuangan. 
''YA MUQOLLIBALQULUB,THABBITQULUBANA 'ALA DINIKA WA 'ALA TO'ATIK''


  p/s : Buat sahabat-sahabat yang akan bergelar tabib/tabibah suatu masa nanti, selamat meneruskan 
         perjuangan di sana. Kami di sini  pasti merindui saat-saat kita bersama.






                                                             





0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More