Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Cerita di bawah di ambil di sini
Assalamualaikum...
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t.
Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan,
aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.
Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu
dan ingin sekali bertaubat."
" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat.
Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya
telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu,
" Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Cerita di atas agak sinonim dengan drama Sebelum Akhirat yang ditayangkan dalam slot cerekarama.

Awalnya tak terdetik dalam hati nak tengok sebab bunyi muzik macam seram je. Bila dah tengok,barulah tahu kisah sebenar dari awal sampai akhir.
Si anak tunggal lelaki yang dididik dengan didikan agama oleh ibu bapanya akhirnya menghabiskan hayatnya dalam keadaan yang menyedihkan. Berpura-pura baik di kampung, solat berjemaah di surau, namun pabila di bandar metropolitan,kiblat pun tak tahu arah mana. Anak itu sendiri yang salah dalam hal ini kerana terpengaruh dengan budaya buruk dan melanggar syariat. Begitu banyak dosa yang dilakukannya sepanjang hidupnya :
berzina dengan anak gadis di kampungnya sehingga gadis itu hamil, juga berzina dengan wanita Cina bukan Islam
melakukan ceti haram semasa berada di bandar>>>>>>kerja haram
meninggalkan solat a.k.a tidak solat apabila tinggal bersendirian
melacurkan anak gadis di kampungnya semata-mata mendapatkan habuan dunia>>>> nak cepat kaya
derhaka kepada ibu bapa>>>>>halau dan hina ibu bapa sendiri
Dia bukan saja mengheret dirinya dalam murka Allah, malah turut mengheret si gadis kampung yang terpengaruh oleh hasutan syaitan. Sama-sama hidup bergelumang dengan dosa.
Akhirnya, ALLAH memberikan seksaan kepadanya sebelum meninggal. Wajah berubah menjadi wajah khinzir,sama seperti artikel di atas. Muncul juga beberapa ekor ular di dalam liang lahadnya. Itu belum berada di alam barzakh, entah apa lagi seksaannya apabila menemui Tuhan.
Biarpun ini hanya cerita rekaan semata-mata,namun ia ialah perkara yang benar-benar menjadi realiti di atas bumi ini. Cerita yang memberi banyak pengajaran kepada penonton.
Namun,namun...biarlah cerita itu turut dihayati dan diambil iktibar oleh orang-orang yang melakonkannya. Bukan hanya memberi pengajaran kepada orang lain, tapi mestilah memberi kesan kepada diri sendiri. Itulah yang sebaik-baiknya.
Kerana dunia, dia tinggalkan IBU BAPA
Kerana dunia, dia tinggalkan AKHIRAT
Kerana dunia,dia tinggalkan ALLAH
Kita di mana? Tepuk dada,tanya iman.
Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang dimurkai olehNYA.
Semoga bermanfaat.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment