Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Tuesday, June 29, 2010

ditipu atau tertipu

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam buat semua.
Sedang kami khusyuk bekerja, tauke kami merangkap mak dua pupu saya bercerita.Bagus juga, taklah sunyi sepi je dalam rumah tu. Saya kurang ingat ceritanya sebab tak dapat fokus sepenuhnya, jadi lebih kurang macam nilah cerita bos kami :

Sepanjang dalam kereta, kami dengar kuliah daripada seorang ustaz daripada radio. Diceritakan, ada seorang hamba Allah ni nak sangat berjumpa dengan iblis. Keinginan yang terlampau ( saya lupa sama ada ini kisah benar atau kisah sekadar dijadikan pengajaran ). 

Sahabat-sahabatnya semua pesan, " kau tak payahlah jumpa iblis tu, nak buat ape?"
" aku nak jumpa jugak iblis tu. aku nak cincang dia hidup-hidup kalau betul-betul aku dapat jumpa iblis! "
" ish3, ko ni..pelik betullah".

Saturday, June 26, 2010

kita dan bulan

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Malam adalah waktu paling indah kerana dihiasi oleh bulan yang bergantungan di angkasaraya. Cantik. Bagaikan terbayang wajah kekasih di permukaan bulan itu.Subhanallah.
Bulan kelihatan sahaja dekat, sedangkan jaraknya adalah 384,499 kilometer dari kita. Rupa bulan seperti belon. Garis pusatnya ialah 3,476 kilometer, atau satu perempat bumi.
Seperti mana kekasih yang mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan seseorang, begitulah juga bulan.Ia sentiasa mengusik kekasihnya yang satu lagi, bumi. Jika tidak, mana mungkin daya gravitinya menyebabkan berlaku air pasang surut setiap hari. Semua ini berlaku selang 12 setengah jam.

Tarikan graviti dan keindahannya yang melahirkan ilham kepada sang penyair untuk mencipta pelbagai puisi. Begitu juga dengan kita, pada malam bulan mengambang itulah daya imaginasi dan kreativiti berkembang. Kemudian, disebabkan pusingan dan jaraknya dari bumi, serta wujudnya bumi yang sering melindungi cahaya matahari, maka yang kita nampak ada ketikanya hanya cebisan kecil saja daripada bulan itu.
Malam esoknya, ia semakin membesar. Esoknya ia membesar lagi dan terus membesar  hingga akhirnya, kita dapat melihat bulan penuh. Indah dan mengasyikkan. 
Pada hari berikutnya, bulan mula mengecil, mengecil dan terus mengecil, hingga akhirnya hilang daripada pandangan. lalu, bermulalah malam yang gelap gelita, sunyi tanpa sang kekasih itu.

Apabila bulan sering menghiasi malam, kita berasa seolah-olah ia lahir dan menghiasi langit seiring dengan lahirnya kita ke bumi ini. Tetapi hakikatnya tidak kerana bulan sudah tua. usianya antara 4.5 bilion hingga 5.3 bilion tahun, lebih kurang sama dengan usia bumi. Bulan memantulkan cahaya yang dipancarkan oleh matahari. Lebih kita kagumi, pantulan cahaya dari bulan itu sampai ke bumi dalam tempoh 1.25 saat sahaja, sedangkan letaknya lebih 384,000 km daripada kita.

Friday, June 18, 2010

hidup sihat, indah ibadat

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam hari Jumaat, Sayyidul Ayyam bersamaan 5 Rejab 1431H.


Mesej 1 
A  :  Tau tak camne nak tambah berat badan?
S  :   Entahla. Makan banyak-banyakla.
A  :  Dah makan banyak. Sama je berat.

Mesej 2
S  :  Mu tau dok gane nok tambah berat badan?
S  :  Em, dok tau la. Makan jela banyak sikit.
S  :  Makan doh eh. Dok larat nok makang doh. Dok naik-naik gok.
S  :  Dok taula gane. Kalau nak kurang berat badan, orang tahula...


Mungkin disebabkan saya mengambil bidang ini, mereka bertanya kepada saya. Maaf ye, saya tak mampu kasi jawapan yang memuaskan hati. Bila orang tanya bagaimana nak tambah berat, terus saya jawab makan banyak-banyak. Rasanya macam salah je fakta yang dikongsi ni.

Semalam ada terbaca post di blog kawan, katanya orang yang ada metabolisme tinggi biasanya makan banyak, dan orang itu adalah orang yang kurus-kurus sahaja. Makan banyak mana pun, badannya tetap maintain. Dahla makan sedap, berat pun tak naik. Alhamdulillah, nikmatNYA yang tak terhingga. Tak perlu risau sangat tiap kali menjamu selera.

Maknanya di sini, orang yang ada metabolisme rendah mungkin orang yang lebih berisi badannya. Makan perlu dijaga. Silap makan banyak je, terus naik berat badan secara mendadak. Inilah yang menjadi masalah kan. Perlu sentiasa berhati-hati dengan makanan. Tak boleh makan ikut nafsu je. Sekali-sekala tu bolehlah, dimaafkan =)

Ilmu yang dipelajari sudah banyak, tapi sedikit ini sahaja yang boleh saya kongsikan. Apa yang terlintas di dalam fikiran jela. Cara nak kekalkan berat badan ideal ataupun gaya hidup yang sihat :

Wednesday, June 16, 2010

bertuahnya dia

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


 Mulakan post dengan gambar-gambar di bawah :

bergaya sakan dengan bantal..smile =D

 gaya je macam nak merangkak...

nak gaduh ke?hehe

nur zara zulaikha


Bagi saya, si kecil ini sangat bertuah.
Dia punyai tiga papa dan 3 mama.
Semua orang sayang dia, semua orang ambil berat dengannya.
Biasa orang ada 1 ayah dan 1 ibu sahaja.
Tapi Zara berbeza, dia dikurniakan 2 lagi ayah dan ibu.

Monday, June 14, 2010

urat # aurat

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam buat semua.
Alhamdulillah,masih diberikan nafas untuk hidup.
Dunia kini digemparkan dengan berita kekejaman Israel. Tengok tv,buka paper mesti bercerita tentang itu.
Tak perlu diulas di sini. Pasti ramai yang sudah mengikuti perkembangan dunia itu.
Kita doakan agar rakyat Palestin terselamat, dan puak Zionis takkan terlepas daripada hukumannya. Aameen.

Scene 1 ( di pasar payang, sambil tunggu kereta datang, sempat berbual panjang )

E  :  Tengoklah tu, pakai baju macam-macam.
S  :  A ah, macam-macam fesyen ada.
E  :  Sekarang pattern orang pakai baju lengen pendek, pastu pakai sarung tangan. Tak menutup aurat gak macam tu. Tutup warna kulit je, tapi nampak gak bentuk lengan tu. Tak faham la orang-orang ni.
S  :  Tu la, sebab tak fahamla buat camtu.
E  :  Tengok tu, pakai tudung comel, kain pula terbelah. 
S  :  Sekarang ramai orang pakai thigh tu, yg biasanya duk dalam kain, tapi pakai kat luar macam seluar. Ketat, ikut shape terus. Macam gaya tak pakai seluar. Haa, tu mak tengok..Dasyat betul!
E  :  Dunia nak kiamat dah kan. Takpe kita bercakap pasal ni sebab kita tak suka benda tu, tak suka benda tak baik orang buat.
S  :  A ah ( terdiam sambil fikir- betul, membenci kemungkaran yang berlaku di depan mata.membenci di dalam hati - selemah2 iman )


Scene 2  ( bermesej-mesej )

A  :   Salam. Bila kita nak jumpa ni?
S  :    Tengoklah bila-bila kita semua free. Asalkan sebelum awak p maktab.
A  :   A ah. Em, awak sekarang pakai jilbab lagi ke? Macam kat sekolah dulu.
S  :   Hehe. Dah tak pakai pun. Jadi jahil dah sekarang. Pakai tudung macam masa kita jumpa dulu-dulu.
A  :  Owh, hehe. Mane ada jahil. OK la tu.
S   :  ( dalam hati ni rasa hepi je )

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More