Wednesday, June 16, 2010

bertuahnya dia

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


 Mulakan post dengan gambar-gambar di bawah :

bergaya sakan dengan bantal..smile =D

 gaya je macam nak merangkak...

nak gaduh ke?hehe

nur zara zulaikha


Bagi saya, si kecil ini sangat bertuah.
Dia punyai tiga papa dan 3 mama.
Semua orang sayang dia, semua orang ambil berat dengannya.
Biasa orang ada 1 ayah dan 1 ibu sahaja.
Tapi Zara berbeza, dia dikurniakan 2 lagi ayah dan ibu.


Zara ada ayah dan ibu kandung.
Zara ada ayah dan ibu angkat.
Zara ada ibu susuan, secara automatik suami ibu susuannya menjadi halal dengan Zara.

Bukan mahram telah bertukar menjadi mahram.
Semua mahram ibu susuan Zara turut menjadi mahram buat Zara. Untung kan?
Sesuatu yang haram sudah menjadi halal.
Betapa mudahnya hukum Allah. Langsung tak membebankan umatnya.

Pada dasarnya, ayah angkat Zara adalah bukan mahram dengannya.
Zara tak dapat susu daripada ibu angkatnya sebab kekurangan susu.
Jadi, untuk menghalalkan hubungan itu dan memudahkan kehidupan Zara apabila besar kelak, Zara mendapat susu ibu daripada anak saudara kepada ayah angkat Zara.
Namun, ada syaratnya untuk menghalalkan hubungan itu.
Jika tak silap, syaratnya ialah 5 kali kenyang susuan ibu dan si bayi tak memuntahkan semula susu itu selepas diminum. Istilah ganu disebut sebagai " jeluok ". Sungguh manis perkataan ini =)

Walaupun hormon penghasilan susu disuntik ke dalam badan, hasilnya adalah tidak sama seperti hormon prolaktin yang sedia ada di dalam badan untuk menghasilkan susu.
Mungkin bergantung kepada fizikal dan kesihatan si ibu.
Ada yang dapat hasilkan banyak dan mampu mengenyangkan si bayi. Jadi,hal ini pasti tak menjadi masalah kepada ibu dan ayah angkat si bayi. Apabila cukup syarat susuan, si bayi terus menjadi halal dengan ayah angkatnya sampai bila-bila.

Sebab itulah Zara ada 3 mama dan 3 papa.
Sungguh unik kan?
Zara dah jadi adik Zinnirah
Zara juga jadi anak saudara pemilik blog ini secara langsung
Bertambah seorang lagi adik-beradik Zara..hehe
Zara menjadi penyeri keluarga. Beraksi bersama-sama Zinnirah di kampung.

Semoga membesar sihat ye sayang
dan jadi anak solehah untuk 3 mama dan 3 papa


Wallahu'alam.






0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More