Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Salam hari Jumaat, Sayyidul Ayyam bersamaan 5 Rejab 1431H.
Mesej 1
A : Tau tak camne nak tambah berat badan?
S : Entahla. Makan banyak-banyakla.
A : Dah makan banyak. Sama je berat.
Mesej 2
S : Mu tau dok gane nok tambah berat badan?
S : Em, dok tau la. Makan jela banyak sikit.
S : Makan doh eh. Dok larat nok makang doh. Dok naik-naik gok.
S : Dok taula gane. Kalau nak kurang berat badan, orang tahula...
Mungkin disebabkan saya mengambil bidang ini, mereka bertanya kepada saya. Maaf ye, saya tak mampu kasi jawapan yang memuaskan hati. Bila orang tanya bagaimana nak tambah berat, terus saya jawab makan banyak-banyak. Rasanya macam salah je fakta yang dikongsi ni.
Semalam ada terbaca post di blog kawan, katanya orang yang ada metabolisme tinggi biasanya makan banyak, dan orang itu adalah orang yang kurus-kurus sahaja. Makan banyak mana pun, badannya tetap maintain. Dahla makan sedap, berat pun tak naik. Alhamdulillah, nikmatNYA yang tak terhingga. Tak perlu risau sangat tiap kali menjamu selera.
Maknanya di sini, orang yang ada metabolisme rendah mungkin orang yang lebih berisi badannya. Makan perlu dijaga. Silap makan banyak je, terus naik berat badan secara mendadak. Inilah yang menjadi masalah kan. Perlu sentiasa berhati-hati dengan makanan. Tak boleh makan ikut nafsu je. Sekali-sekala tu bolehlah, dimaafkan =)
Ilmu yang dipelajari sudah banyak, tapi sedikit ini sahaja yang boleh saya kongsikan. Apa yang terlintas di dalam fikiran jela. Cara nak kekalkan berat badan ideal ataupun gaya hidup yang sihat :
1. Perkara yang paling diingati ialah tidak amalkan makan malam, iaitu selepas jam 9 malam. Pensyarah cakap, at least jam 8.00 malam atau 8.30 malam la makan malam. Makan makanan beratlah macam nasi dan lauk-pauk. Kalau setakat biskut atau roti tu, pukul 10 atau 11 pun ok lagi untuk dimakan. Sebabnya jika makan terlalu lewat, proses penghadaman tu tak berlaku elok sebab mungkin kita dah tidur sejam selepas makan. Jadi, bertimbunlah lemak kat mana-mana bahagian. Kalau nak tahu betul tak makan makanan berat di waktu malam boleh naikkan berat badan,cubalah dulu dalam masa seminggu. Tengok apa hasilnya.hehehe..Jadi bahan ujikaji dulu. Oh, sila jangan ikut petua ini, nanti merana diri ^_^
Makan malam kadang-kadang tu bolehlah. Cuma jangan jadikan amalan ye. Terfikir gak dalam kepala ni, rakyat Malaysia ramai dapat obesiti sebab kedai-kedai makanan atau restoran kat M'sia ni dibuka pada waktu malam sampai pagi. Tengah malam pun berlambak orang di warung-warung. Saya tak terkecuali, cuma sekali sekala je buat camtu. Kat rumah pun boleh bilang dengan jari berapa kali buat camtu. Emak memang tak ajar kami semua makan nasi pada waktu malam..Makan nasi malam pun sebab extend yang petang tu ke waktu malam, lepas tu mata pun kuyu..Bahaya ni!!!
2. Masa dengar kuliah, sorang pensyarah ni sangat suka tanya kami soalan ni, " You all makan fast food berapa kali seminggu?sebulan?setahun?"
Rasanya takde sorang yang tak angkat tangan. At least, setahun sekali la bagi sesiapa yang tak gemarkan fast food. Bagusnya orang tu kan.
" You must reduce eating fast food. It is not good for our health "
Sebabnya fast food ni banyak kalori. Berganda-ganda daripada makan nasi sepinggan.
Biasa kalau hidangan di McD ( burger,kentang,air bikarbonat ) dah mencecah lebih 1000 kcal. Hampir 2000 kcal kot. Tu makan sekali. Kalau makan setiap minggu, u kirala sendiri..=D
Jadi, sesiapa yang gemar sangat makan fast food, kena pandai-pandailah kawal makan tu. Boleh je pilih makanan yang kurang garam dan lemak. Sebab pilihan di tangan kita. Pilih yang elok, eloklah hasilnya.
" kat McD tu, garam turun macam hujan atas fries.sangat banyak", rungut Dr.Norimah.
" Saya nak 2 tahun lagi bila saya tanya, dah berkurang tangan-tangan yang angkat ni. You must change!!!"
3. Seterusnya yang saya ingat ialah amalkan senaman atau exercise. bab ni pula famous dengan Prof. Ismail. Dia sangat menekankan amalan senaman atau bersukan ni. Selalu je tanya dalam kelas, " Siapa yang bersenam minggu ni? Joging ke,sport ke?"
Yang angkat tangan hanya 2 - 3 orang daripada 80 orang. Bagus betul kan students ni. Teori dah tahu, nak praktis tu susah sikit.
" You must exercise. At least, 3 times a week ".
Banyak je cara bersenam tu, nak bakar kalori badan tu. Bukan kena joging hari-hari je. Even shopping kat shopping complex yang besar-besar pun boleh bakar kalori. Jalan banyak-banyak. Buat keje itu ini banyak-banyak. Pesan pensyarah lagi, " Don't use lift. Naik turun tangga tu. Exerciselah sikit ".
Ikutlah apa cara senaman tu, asalkan tenaga yang kita dapat tu boleh diseimbangkan dengan tenaga yang digunakan. Barulah dapat keseimbangan tenaga harian. Lebih baik lebih guna tenaga daripada kurang guna tenaga. Dah la kurang guna tenaga, lepas tu ada lebih pula simpanan kalori macam lemak dalam badan. Sape yang nak kan? Biarlah buat hanya sebentar, asalkan ia berterusan.
Pandai betul pesan ni, diri sendiri pun susah nak amalkan.
Tiga perkara ni jela yang saya paling ingat.
Lain-lain ada lagi seperti tak skip hidangan makan tu dalam sehari. Makan pun jangan lebih-lebih. Nasi dalam pinggan tu biar flat je, jangan membukit. Ni pesan pensyarahlah.
Lepas tu kurangkan makan makanan berlemak dan tinggi garam gula. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Rasanya yang ni semua orang tahu. kan. Perkara asas je ni kalau nak dapatkan diet seimbang.
Nak tahu lebih lanjut?
Sila tengok link : Persatuan Pemakanan Malaysia ( Nutrition Society of Malaysia )
atau tengok website ni : http://www.nutriweb.org.my/
Semoga bermanfaat. Maaf andai ada tersalah maklumat yang dikongsi.
Amalkan gaya hidup sihat!
Bila sihat, pasti syok BERIBADAT!!!
Syukran.
Wallahu'alam.
1 comments:
A itu saya kah?haha..tolonglah cari jalan penyelesaian supaya saya dpt berat badan yang normal..huu..BMI asyik underweight je..sayu kan...eceh..tp papepun alhamdulillah..masih sihat..
Post a Comment