Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Malam adalah waktu paling indah kerana dihiasi oleh bulan yang bergantungan di angkasaraya. Cantik. Bagaikan terbayang wajah kekasih di permukaan bulan itu.Subhanallah.
Malam adalah waktu paling indah kerana dihiasi oleh bulan yang bergantungan di angkasaraya. Cantik. Bagaikan terbayang wajah kekasih di permukaan bulan itu.Subhanallah.
Bulan kelihatan sahaja dekat, sedangkan jaraknya adalah 384,499 kilometer dari kita. Rupa bulan seperti belon. Garis pusatnya ialah 3,476 kilometer, atau satu perempat bumi.
Seperti mana kekasih yang mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan seseorang, begitulah juga bulan.Ia sentiasa mengusik kekasihnya yang satu lagi, bumi. Jika tidak, mana mungkin daya gravitinya menyebabkan berlaku air pasang surut setiap hari. Semua ini berlaku selang 12 setengah jam.
Tarikan graviti dan keindahannya yang melahirkan ilham kepada sang penyair untuk mencipta pelbagai puisi. Begitu juga dengan kita, pada malam bulan mengambang itulah daya imaginasi dan kreativiti berkembang. Kemudian, disebabkan pusingan dan jaraknya dari bumi, serta wujudnya bumi yang sering melindungi cahaya matahari, maka yang kita nampak ada ketikanya hanya cebisan kecil saja daripada bulan itu.
Malam esoknya, ia semakin membesar. Esoknya ia membesar lagi dan terus membesar hingga akhirnya, kita dapat melihat bulan penuh. Indah dan mengasyikkan.
Pada hari berikutnya, bulan mula mengecil, mengecil dan terus mengecil, hingga akhirnya hilang daripada pandangan. lalu, bermulalah malam yang gelap gelita, sunyi tanpa sang kekasih itu.
Apabila bulan sering menghiasi malam, kita berasa seolah-olah ia lahir dan menghiasi langit seiring dengan lahirnya kita ke bumi ini. Tetapi hakikatnya tidak kerana bulan sudah tua. usianya antara 4.5 bilion hingga 5.3 bilion tahun, lebih kurang sama dengan usia bumi. Bulan memantulkan cahaya yang dipancarkan oleh matahari. Lebih kita kagumi, pantulan cahaya dari bulan itu sampai ke bumi dalam tempoh 1.25 saat sahaja, sedangkan letaknya lebih 384,000 km daripada kita.
Satu lagi perkara yang menarik, sedar atau tidak, kita hanya dapat melihat satu permukaan bulan sahaja.
Satu permukaan lagi tidak pernah kita lihat. ia terus gelap, misteri dan kita tak dapat mentafsirkannya. Mengapa ini berlaku? kerana kebetulan kadar kelajuan pusingan bulan pada paksinya dan kelajuan ia mengorbit bumi secara nisbahnya sama dengan kelajuan pusingan bumi. Akibatnya, kita hanya nampak satu permukaan bulan sahaja, dan satu lagi terus menjadi 'sisi gelap'.
Banyak lagi yang kita belum tahu tentang bulan. Melalui bulanlah kita memahami betapa besarnya kuasa Kekasih kita Yang Abadi, iaitu Yang Maha Esa. Allah mengatur perjalanan bulan ini tetap tanpa berubah. Kerana perjalanan yang tetap antara bulan,matahari dan bumi itulah maka lahirnya fenomena indah yang kita nikmati sekarang.
Suatu hari, Nabi Muhammad S.A.W ditanya oleh para sahabat, " mengapa bulan ada kalanya kelihatan seperti sabit, tetapi dari malam ke malam ia membesar hinggan menjadi purnama, kemudian mengecil dan mengecil lagi lagi, sehingga hilang daripada pandangan?"
Allah menjawab pertanyaan itu dengan firmanNYA, " Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah. 'Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan haji'
( Al-Baqarah : 189 ).
Makna di sebalik perjalanan bulan ini ialah tanda-tanda waktu bagi manusia, iaitu lambang hayat kita. Bermula daripada tiada, kemudian tercipta dari setitis air mani, lalu menjadi segumpal darah, kemudian membentuk ketulan daging, dihembuskan roh ke dalamnya, dibekalkan tulang-temulang, hingga akhirnya lahirlah tubuh dan pancaindera yang serba lengkap. Bermula darpada bayi yang hanya tahu menangis, kemudiannya membesar, pandai ketawa, mengenal ibu bapa, merangkan, berjalan, berlari, remaja, anak muda dan dewasa. Inilah tempoh purnama dalam hidup kita. Kemudian, kudrat kita semakin merosot. usia semakin tua, pancaibdera semakin surut, penyakit datang satu persatu, tenaga semakin lemah dan kita tak mampu lagi melakukan perkara-perkara berat yang dahulunya mudah saja kita lakukan.
Akhirnya, kita terlantar sakit, nazak dan kemudian kembali menemuiNYA yang sentiasa mengasihi kita. Ketika itu, bulan sudah tiada di langit raya. gelap. Sunyi. Kosong. Anak-anak dan keluarga pula merindui kita, seperti mana kita sering melihat bulan dan merindui kekasih hati suatu ketika dahulu.
Bulan mengajak kita kepada dua perkara :
1. Mengenal diri kita
2. Mengenal ALLAH, iaitu yang sepatutnya kita jadikan kekasih yang sebenar-benarnya, yang sering kita rindu..yang sepatutnya dirindui selalu...selamanya...
Baru ku tahu kini,
Manusia ibarat bulan.
Alangkah indahnya ciptaanNYA =)
Semoga mendapat manfaat!
sumber : AL-ISLAM keluaran Jun 2010
Sekian,
Wassalam.
2 comments:
Best entry ini..
=).
Teruskan menulis ye husmad.
Thanks kak..
insyaAllah
akak pun teruskan menulis ye =)
Post a Comment