Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Salam buat semua.
Alhamdulillah,masih diberikan nafas untuk hidup.
Dunia kini digemparkan dengan berita kekejaman Israel. Tengok tv,buka paper mesti bercerita tentang itu.
Tak perlu diulas di sini. Pasti ramai yang sudah mengikuti perkembangan dunia itu.
Kita doakan agar rakyat Palestin terselamat, dan puak Zionis takkan terlepas daripada hukumannya. Aameen.
Scene 1 ( di pasar payang, sambil tunggu kereta datang, sempat berbual panjang )
E : Tengoklah tu, pakai baju macam-macam.
S : A ah, macam-macam fesyen ada.
E : Sekarang pattern orang pakai baju lengen pendek, pastu pakai sarung tangan. Tak menutup aurat gak macam tu. Tutup warna kulit je, tapi nampak gak bentuk lengan tu. Tak faham la orang-orang ni.
S : Tu la, sebab tak fahamla buat camtu.
E : Tengok tu, pakai tudung comel, kain pula terbelah.
S : Sekarang ramai orang pakai thigh tu, yg biasanya duk dalam kain, tapi pakai kat luar macam seluar. Ketat, ikut shape terus. Macam gaya tak pakai seluar. Haa, tu mak tengok..Dasyat betul!
E : Dunia nak kiamat dah kan. Takpe kita bercakap pasal ni sebab kita tak suka benda tu, tak suka benda tak baik orang buat.
S : A ah ( terdiam sambil fikir- betul, membenci kemungkaran yang berlaku di depan mata.membenci di dalam hati - selemah2 iman )
Scene 2 ( bermesej-mesej )
A : Salam. Bila kita nak jumpa ni?
S : Tengoklah bila-bila kita semua free. Asalkan sebelum awak p maktab.
A : A ah. Em, awak sekarang pakai jilbab lagi ke? Macam kat sekolah dulu.
S : Hehe. Dah tak pakai pun. Jadi jahil dah sekarang. Pakai tudung macam masa kita jumpa dulu-dulu.
A : Owh, hehe. Mane ada jahil. OK la tu.
Entah kenapa nak bercakap lagi pasal ni. Hal yang tak pernah setel. Hal luar biasa yang sudah jadi biasa.
Perkara haram ibarat sudah dihalalkan. HARAM + HALAL = HALAM???
Semua orang belajar, semua orang tahu, semua orang tengok Quran, semua orang dapat teguran, semua orang dengar ceramah...tapi kenapa tak semua orang dapat amalkan?
Sebab tak semua orang faham.
Tiada kefahaman sepenuhnya dengan konsep menutup aurat.
Tiada persamaan antara menutup aurat dan menutup kepala.
Menutup aurat bukanlah menutup urat sahaja.
Seksi itu sudah menjadi seksa. Menyeksakan mata-mata yang memandang. Biarpun yang memandang itu juga perempuan.
Masa membakar sampah semalam, saya merungut, " oh, panasnya api "
Memang terasa bahangnya. Sungguh panas. Dalam kepala teringat akan kepanasan api neraka.
Tak sanggup rasanya merasai walaupun hanya satu percikan api ' di sana '.
Api kat dunia pun dah tak tahan, nikan pula api kat akhirat.
Eh, macam lari tajuk pula =)
Apa-apa pun, mesti semua dah faham tentang entri ni.
Dah tahu, dah faham tapi mungkin susah untuk diamalkan
Hidayah takkan datang tanpa kita yang mencari hidayah itu dahulu
Saya boleh menjadi mata-mata. Suka memerhatikan orang lain.
Eh, bukan mengintai, mengendap ye. Diri lebih alert dengan orang yang mengalami transformasi. Berubah wajah, berubah penampilan.
Bukan makanan je yang selalu bertukar bungkusan.
Apabila melihat mereka yang bertransformasi itu, Alhamdulillah di dalam hati. Dia mendapat hidayah itu dan moga si dia terus kekal begitu. Sejuk mata, sejuk hati.
Diri ini sentiasa menanti perubahan insan-insan seIslam yang disayangi untuk bertransformasi di dalam diam.
Diri ini tidak mampu bermadah di hadapan mereka agar melakukan perubahan, langsung tak terkata.
Sekadar mampu bermonolog di dalam hati sendiri agar mereka berubah.
Sungguh diri ini sangat sayang mereka, kerana diri ini sama seperti mereka. Mana mungkin diri mementingkan diri sendiri, mana mungkin nak diri sendiri je mengejar syurga Ilahi. Mereka juga perlu ditarik dan diajak bersama.
Siapa mereka itu?

Sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
" YaAyyuhallazinaaamanulimataqulunamataf'alun "
Ayat yang mesti dipegang dan dan diingati selalu.
Doakan kita semua mendapat hidayah itu dan sentiasa istiqamah.
Ayuh lakukan transformasi!!!
>>> Selamat Datang bulan Rejab <<<
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Wallahu'alam.
0 comments:
Post a Comment