Saturday, July 31, 2010

SUBHANALLAH...

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Salam.
Ahamdulillah, diri masih diberi kesempatan untuk menulis di sini.
Mungkin akibat ketidakstabilan diri, terasa tiada idea yang boleh dikongsi dan rasa kurang rajinnya untuk mengerah otak.
Syukur padaNYA kerana diberi ruang dan peluang untuk mengikuti Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa kali ke-52 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC).
Dulu-dulu masa kecil selalu fikir, macam manela PWTC tu kan. Rasa nak pergi tengok je. Sekarang ni dah agak sebati ngan tempat tu. Ada pesta itulah, ada pameran inilah. Bolehlah pergi sebab tak jauh pun dari rumah kedua ni.

Sungguh ramai rakyat Malaysia ni. Awal-awal masuk dewan macam kosong je lagi. Sejam lepas tu, tempat dah hampir penuh. Alhamdulillah umat Islam di Malaysia ni masih ada minat dan mengambil peluang yang ada ni, datang dengar orang mengaji. Lebih baik daripada duk menjerit-jerit kat program realiti TV tu. No benefit and useless. Cuma satu hal yang curi perhatian saya kan, masa masuk surau nak tunggu Maghrib, majoriti yang dalam surau tu ialah makcik-makcik, mungkin juga nenek-nenek orang. Lama sikit lepas tu barulah nampak golongan yang lebih muda.


Nak cakap pasal lain, tercakap hal yang lain. Syukur sangat dapat tengok semalam, bukan tengok orang mengaji je, dapat juga tengok Far East buat persembahan =)
Ada lagi yang curi perhatian kami. Bila tengok peserta-peserta luar negara tu mengaji, tengok tuannya macam tak sesuai dengan umurnya. Ada yang umur awal 20-an, tapi gaya macam dah mak ayah orang. Ada juga yang umur dah 50-an, tapi tengok gaya macam muda je lagi. Di situ kami dapatlah tengok beza rakyat negara ni dengan negara-negara luar. Jika kami duduk sebelah peserta tu, mereka boleh jadi mak kami tau walaupun hakikatnya umur kami sebaya.

Belum habis lagi. Perhatian seterusnya tertumpu pada dua orang peserta ni, sorang lelaki dan sorang wanita. 
Dua-dua masih muda. Mulanya, yang lelaki tu mengaji dengan suara yang serak, tak tahulah sama ada memang semulajadi serak ataupun malam tu dia sakit tekak. Walaupun suara keluar macam tak nak keluar, dia tetap teruskan bacaannya dengan tajwid dan fasohah yang baik. Sampailah satu tahap dia mengaji hingga suara hampir hilang. Bila berlaku camtu, bising satu dewan, ada suara-suara yang seperti............(faham-faham jela ye). Ada juga yang gelak. Astaghfirullah...Orang yang mengalunkan ayat-ayat Al-Quran digelakkan macam tu. Jika kita di tempatnya, apa yang kita rasa. Sekurang-kurangnya dia lebih baik daripada mereka sebab dah diberikan rezeki bertanding di peringkat antarabangsa. Bukan peringkat sekolah,zon, daerah atau negeri. Mungkin jika dilihat, ia kurang bagus berbanding peserta lain tapi dia ialah peserta terbaik di negaranya. Itu sudah menjadi rezeki yang terbaik buat dirinya. Satu hal lagi yang menarik perhatian kami bila peserta tu senyum masa mengalunkan ayat al-Quran dan senyumnya makin lebar bila dah berhenti mengaji. Sama la dengan peserta wanita tu. At the end of their recitation, they smiled. Kitorang pun senyum gak ^_^




Apa yang kalian nampak daripada gambar-gambar di atas? Gambar kabur sikit sebab camerawoman ni takde skill amik gambar. Ini satu-satunya peserta yang benar-benar curi perhatian kami dan mungkin juga seluruh penonton dalam dewan tu.

'' eh, kenapa ada orang bawak dia tu "
'' emm, rasanya dia tak nampakla ''

Betul cakap sahabat saya ni. Peserta tu tiada nikmat penglihatan = buta. Jika tak silap, umurnya 18 tahun dan datang dari negara Qatar. Kiranya semalam dia la peserta paling muda dan punyai keistimewaan itu.
Dia mengaji  dengan menggunakan sistem Braille. Sungguh menakjubkan!!! Kami nampak gerakan tangannya di atas ayat-ayat al-Quran itu. Kamera pun fokus besar-besar pada tangannya. Tambah menakjubkan apabila bacaannya sungguh merdu, bagus tajwid, fasohah dan tarannumya. Pada kiraan hakim-hakim tak tahula camne kan. Bagi saya, itu suatu kejadian yang sungguh unik. Uniknya ciptaan Allah itu. 

Orang yang tiada kedua-dua matanya, tak dapat melihat dunia ni, mampu membaca dan menghayati ayat-ayat Allah dengan baik. Diri tersentak dan tersentuh di situ. Kita yang diberi nikmat penglihatan ini, berjayakah kita membaca dan menghayati kalamullah itu? Betul ke tajwid ni? Kadang-kadang tak pasti. Tergagap-gagap lagi baca. Dengan nikmat mata ni, hari-hari ke kita tengok ayat-ayat Al-Quran tu? Atau kita hanya tengok benda-benda yang lagha je..kata sahabat, paling kurang jika kita takde masa nak buka dan baca al-Quran, tengok saje pun dah dapat pahala. Tengok betapa sayangNYA Allah pada kita.

Sahabat saya cakap OKU tu orang kelebihan upaya, bukan kurang upaya. Saya plak nak cakap OKU tu orang kelebihan untung. Apela yang untungnya ni? Mungkin dari fikiran biasa, orang macam mereka tak punya kelebihan sebab dah tiada nikmat nak tengok dunia ni. Tapi bagi saya mereka ada untungnya. 
Untungnya mereka sebab mata mereka sentiasa terpelihara, takde nak tengok benda yang bukan-bukan. Takdelah naik pengumpulan mata wang negatif tu kan. Untungnya mereka sebab hidupnya tak dipengaruhi oleh dunia ni, tengok tu nak, tengok ni nak. Mungkin apa yang diinginkan sekadar memenuhi keperluan dan sedikit keinginan diri. Untung lagi mereka sebab ketiadaan mata tu takkan bawa mereka ke lembah maksiat. Pernah tak kita tengok orang buta masuk disko, pergaulan bebas sana-sini, buat jenayah dan apa-apa lagi la.
Walaupun mereka tak nampak orang-orang di sekitar mereka, mana tahu mereka dapat melihat insan-insan istimewa dalam dunia mereka yang gelap itu. Biarpun tak dapat melihat dengan mata yang dua itu, mereka masih boleh melihat dengan mata hati. Segala-galanya hanya mereka yang tahu.

Bersyukurlah kita kerna masih diberikan nikmat penglihatan ini. Ia merupakan nikmat yang akan menjadi saksi kita di sana nanti. Jagalah mata kita sebab mata ini yang akan menjaga dan menyelamatkan kita kelak. Juga seluruh anggota badan ini yang hanya dipinjamkan oleh Allah.

Alhamdulillah, diri dapat pengalaman yang  memuhasabahkan diri.
Renung-renungkan dan selamat bermuhasabah =D

Sekian,
Wassalam.

2 comments:

lina, kat radio pun ade sebut dan kagum dgn peserta istimewa tu..
malu rs nye klo nak bandingkan diri yg normal ni dgn dy..
dy mengaji lg sedap dan betul tajwid nye~ ~
p/s: jom g hari selasa nak! ( ^ ^ )

owh,yeke..
memang seluruh mlaysia yg tengok mesti kagum kan..
huhu..itu kelebihan Allah kasi kat de w/pun xde penglihatan
hehe..klu free,bleh je g slase ni...
jom2^_<

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More