Friday, July 16, 2010

naik lagi

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Salam.
Isu dalam negara yang terkini. Naik harga lagi..
Petikan di bawah diambil daripada akhbar metro :

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam, mengumumkan subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) serta gula, dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa hari ini. Berdasarkan anggaran, rasionalisasi subsidi ini membolehkan Malaysia mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta pada 2010.Keputusan mengurangkan subsidi bahan api dan gula berasaskan hakikat pengurangan subsidi bahan api akan memberi impak terbesar ke atas perbelanjaan manakala pengurangan subsidi gula membolehkan kerajaan mempromosi gaya hidup sihat.
Menurut Perdana Menteri, keputusan itu berasaskan tiga perkara penting.
Pertama, subsidi itu turut memberi manfaat kepada rakyat asing dan rakyat tempatan berpendapatan tinggi yang mampu membayar harga tanpa subsidi.
Tumpuan kerajaan sepatutnya membantu keluarga yang berkongsi motosikal atau kereta kancil untuk ke tempat kerja dan sekolah, tetapi sebaliknya perbelanjaan subsidi turut memberi manfaat kepada mereka yang memandu kereta mewah, katanya.
Subsidi gula yang berlebihan pula memberi manfaat kepada industri dan bukan keluarga. Sektor perniagaan menggunakan hampir dua kali ganda gula bersubsidi berbanding isi rumah.
Kedua, barangan bersubsidi tinggi menjurus kepada aktiviti penyeludupan kerana barangan terbabit berharga paling murah di rantau ini. Pada 2009 saja, Najib berkata, penyeludup membawa keluar lebih 200 tan metrik gula merentas sempadan. “Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran dan bukan memberi manfaat kepada golongan yang kita mahu bantu,” kata Perdana Menteri.
Ketiga, kecuali kerajaan mengurangkan penggunaan bahan api dan gula, negara akan menghadapi kesan yang serius.
artikel penuh di sini...

Semalam kami berhalaqah membincangkan isu ini. Dulu, negara digemparkan dengan berita tak cukup gula, gula kena sorok hingga heboh sana-sini. Kini, datang lagi berita yang mungkin memberikan impak kepada mana-mana pihak.

Bagi kami yang berada dalam bidang kesihatan, inisiatif ini adalah wajar kerana negara kini yang dihujani oleh rakyat yang menghidapi Diabetis, pastu boleh jadi Obesiti pula. Memang ramai rakyat Malaysia yang menghidap penyakit ini, tak kira muda atau tua. Jadi, kenaikan harga gula mungkin akan mengehadkan mereka menggunakan banyak gula dalam pemakanan seharian. Nak beli banyak-banyak, banyak pula duit keluar kan. Secara automatik, hal ini mungkin akan memberi kesedaran kepada mereka yang kurang mengambil berat akan pengambilan gula harian. Gula tu penting untuk badan sebagai tenaga, tapi janganlah melebihi hadnya. Biar berpada-pada.


Sedikit perbualan kami semalam :
" kalau gula mahal, sikitlah orang beli gula, sikitlah orang sakit kencing manis, so doktor pun tak banyak kerja. Pharmacists pun tak perlu buat banyak ubat. Dentist pun kurang masalah patient yang ade masalah gigi sebab suka makan manis "

Bagi kesan negatif pula, hal ini akan membebankan mereka yang kurang berkemampuan dalam berbelanja. Keluarga yang kurang mampu, ditambah pula dengan anak-anak yang ramai. Bagaimanakah perbelanjaan yang akan mereka keluarkan hari-hari? Bersyukurlah kita dengan keadaan yang kita punyai sekarang.

Bagi kami yang belum berkeluarga, hal ini taklah memberikan kesan yang sangat tinggi sebab tak perlu memasak untuk ahli keluarga, taklah terasa sangat kan. Namun, ia mungkin dirasai apabila makanan dan minuman yang dijual semuanya naik harga. Hanya disebabkan harga gula naik. Jadi,pandai-pandailah ye dalam berbelanja. Nak duit belanja keluar sikit je, kurangkan beli makanan dan minuman yang manis-manis..hehehe..

Kat rumah rasenye tak jadi masalah sangat sebab jarang je guna gula. Jarang minum air manis. Guna gula banyak pun masa nak buat kuih-muih. Sebungkus tu bolehlah tahan untuk sebulan.Alhamdulillah.

Banyaklah belanja buat mereka yang nak buat kenduri kahwin. Spend lots of money for buying sugars. Nak buat air, plus nak tambah dalam masakan lagi..Macam tu gak bagi mereka yang berniaga kuih hari-hari.
Oh, pasti harga kuih raya meningkat nanti sebab harga gula meningkat...

Biarlah harga gula nak naik pun, kita tak mampu nak ubah dah dasar kerajaan tu.
Yang penting, jangan kita tingkatkan gula dalam badan hingga berisiko dapat diabetis.
Tingkatkan gula dalam senyuman je...
dan tingkatkan gula dalam halawatul iman..biar bertambah manis iman tu...
Manis dan menyihatkan ^_^


Sekian,
Wallahu'alam.





0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More