Sunday, July 11, 2010

jasad + roh = solat + roh

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam.
Sedikit perkongsian tentang  solat yang menjadi wadah untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.
 
Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, cuba kita fahami dahulu tentang 2 perkara yg aku ingin sampaikan..Manusia dan Solat. Manusia menurut tafsiranku ialah suatu jasad yg mempunyai bentuk fizikal dan mempunyai roh serta dibekalkan aqal untuk berfikir.Solat menurut tafsiranku ialah suatu tuntutan yg disyariatkan oleh Alah swt kepada manusia yg beragama Islam.Secara ringkasnya begitulah tafsiranku..

Apakah punya persamaan antara manusia dan solat..??
Ada, jawab aku...
Mari kita saksikan adakah benar dakwaanku..


1) Manusia mempunyai jasad dalam bentuk fizikal...Solat juga ada bentuk fizikal..

2) Manusia punya roh didalam jasad...Solat juga ada roh...

Inilah kemuncak posting aku kali ini..Dimana solat juga punya roh tersendiri..
Manusia yg berjasad tetapi tidak mempunyai roh, adakah dia boleh hidup seperti mana manusia biasa yg lain..
Mestilah tidak...Ini kerana jasad manusia memerlukan roh untuk menjadikannya sempurna sebagai seorang manusia....yang menjalankan aktiviti kita semua adalah roh kita, menggunakan perantaraan jasad manusia..
Kita katakan yang bercakap itu roh, bukan lidah/mulut..Dengan menggunakan perantaraan lidah/mulut..secara hakikatnya..
Jadi....Sempurnalah penciptaan manusia...

Begitu juga dengan solat.....Disini aku nyatakan kenapa solat kita perlu mempunyai roh...Ini kerana persamaan yg ada pada solat dan manusia adalah pada rohnya..

Jika manusia tiada roh = tidak sempurna/tidak ada gunanya..
Jika solat tiada roh = tidak sempurna/tidak ada gunanya..

Jadi samalah kedua-duanya..
Roh yg dimaksudkan yg perlu ada pada solat ialah KHUSYUK..
Khusyuk adalah roh bagi solat dan elemen terpenting bagi solat..
Tanpa roh, solat tidak akan berfungsi sebagaimana yg disyariatkan/ditentukan oleh Allah S.W.T..

Firman Allah yang bermaksud...
" Solat itu tiang agama "

" Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar "



Bagaimana solat boleh menjadi tiang agama/boleh mencegah dari perbuatan keji atau mungkar jika tidak dimasukkan roh kedalamnya..
Disini aku bawakan suatu Hadis berkisarkan masalah solat dan khusyuk...

" Pada suatu ketika di zaman Rasulullah S.A.W, datang seorang pemuda mengadu pada baginda tentang permasalahan sahabatnya yg berbuat maksiat..Sedangkan sahabatnya itu bersolat..lalu tanya Rasulullah adakah sahabatnya itu khusyuk dalam solatnya..Jawab pemuda itu, sahabatnya solat dengan kusyuk..Rasulullah bersabda, biarkan dia....Sesudah sebulan datang kembali pemuda itu dan berkata, sesungguhnya kata2mu benar ya Rasulullah..Sahabatku itu sudah meninggalkan kemaksiatan yg dilakukannya dahulu.."(Auqomaqol)

Ini bermaksud solat yang khusyuk dan sempurna dapat mencegah manusia dari melakukan kemaksiatan dan perkara-perkara yg dilarang oleh agama, serta mereka akan berjaya di dunia dan di akhirat..
Jika solat tidak khusyuk, kemaksiatan dan kemungkaran itu susah untuk dijauhi.
Oleh sebab itu ramai je orang Islam yang solat tetapi tak pakai tudung, tak puasa, dating sana-sini dan macam-macam lagi perkara yang dibenci oleh Allah.
Kesimpulannya disini bahawa tanpa roh, manusia atau solat tidak akan jadi sempurna seperti yg dikehendaki olehNya...

Jadi sama-samalah kita mencari dan berusaha untuk mendapat khusyuk dalam solat..Hanya  orang-orang yang khusyuk dalam solatnya sahaja yang akan selamat di dunia dan di akhirat.
Semoga bermanfaat.

Sekian,
Wallahu'alam.


 Sumber  di sini 
 
 

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More