Saturday, July 10, 2010

syurga ke neraka

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam.
Cuti sudah hampir ke penghujung. Selamat meneruskan kembali perjuangan dalam mencari ilmu Allah.
Selamat datang kepada mahasiswa/i tahun satu ke universiti atau kolej yang menjadi pilihan masing-masing. Selamat berjuang di alam kampus yang sebenar.

Hari itu, adik mengajukan beberapa soalan kepada kami. Budak-budak yang tak dapat memahami sepenuhnya lagi segala tuntutan agama yang diwajibkan kepada umat Islam. Apa yang disuruh akan dilakukan, walaupun kadang-kadang liat untuk dilaksanakan.Sebab itu tugas ibu bapa, kakak abang adalah untuk mendidik anak-anak atau adik-adik. Setiap masa si kecil di dalam rumah kita harus diingatkan sama ada dah tunaikan ke belum perintah Allah itu.

" adik dah solat?"..." adik,bangun solat subuh "......"adik,g la solat tu,dah lambat ni"
Berkali-kali ayat tu disebut hari-hari, bukan daripada mak ayah je, kakak pun ambil peranan.
Tugas mendidik itu tak boleh dipandang ringan. Masa mereka masih mentahlah perlu diajar, sebelum hati dan kepala itu menjadi lebih keras. Tiada unsur-unsur manja dalam mendidik mereka melaksanakan suruhan agama. Mesti tegas!



SCENE 1

" lama dah mak tak dengar adik mengaji "
" dia cakap dah mengaji kat sekolah. banyak muka surat dah "
" betul mak. banyak dah adik mengaji. sehari berapa muka surat. lepas tu dalam masa 5 hari"
" tu ngaji kat sekolah, mak nak dengar kat rumah. kat sekolah,bukan ustazah dengar sorang-sorang. tak tahu betul ke tak baca tu. kan wajib baca al-quran dengan tajwid yang betul. berdosa kalau salah baca,tahu tak?''
'' haa, dengar tu dik. baca salah,dosa la''
'' mak suruh sangat mengaji, solat ni sebab tu PERINTAH ALLAH. Allah yang suruh,bukan perintah mak semata-mata. faham?''
'' yela-yela,faham ''
Cukuplah ini untuk mengingatkan si kecil itu.


SCENE 2

" Mak, orang Islam boleh masuk syurga tak?"
" Boleh.orang mukmin boleh masuk syurgala"
" Yup,muslim bolehla dik "
" Bukan muslim,mukmin "
" Bestnya kalau boleh masuk syurga. Kalau mati sebelum baligh,boleh masuk syurga. Adik nak camtula. "
" Ewah3, sedap tol mintak nak bila-bila. kalaulah bolehkan.."
" Kalau bayi, diorang boleh masuk syurga. Yang mati dalam kandungan, 5 bulan tu, terus dijanjikan syurga "
" Tapi sebelum masuk syurga tu, puas dulu kena seksa. Dah kena seksa banyak-banyak, barulah masuk syurga "
 " Betol tu. Bukan senang nak masuk syurga. Orang mukmin memang Allah dah janji boleh masuk syurga. Yang tak masuk syurga orang kafir. Memang confirm masuk neraka".
" Oooo...( tanda faham )


Semua mukmin itu adalah muslim, tetapi bukan semua muslim itu adalah mukmin.
Jadi, di mana kita?


'' Dan orang-orang yang ingkar terhadap Tuhannya, akan mendapat azab Jahannam. dan itulah seburuk-buruk tempat kembali '. ( Al-Mulk : 6 )


Sekian.
Wallahu'alam.




0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More