Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Entri seterusnya, membicarakan suatu perkataan yang mungkin sesetengahnya tidak mahu diambil peduli oleh sesetengah orang..POLITIK..maa ma’na politik? POLITIK = SIASAH
Perkataan ini berasal daripada bahasa arab,
saasa = yasusu = siasah ataupun dabbara = yudabbiru = tadbira
Ada yang berfikiran bahawa bila sebut politik, pasti dikaitkan dengan parti-parti. Parti itu dan parti ini. Politik kotor, politik itu dan politik ini. Macam-macam pendapat yang boleh didengari. Jika itu yang kita fikirkan, maka salahlah kefahaman kita.
Politik @ siasah bermaksud mentadbir atau mengurus. Politik itu merangkumi aspek kehidupan kita, walaupun sejak kita di bangku sekolah. Politik adalah cabang daripada ISLAM, kerana ISLAM meliputi seluruh aspek kehidupan. Bukanlah apabila disebut politik, terus kita fikir tentang kepartian . Ye, memang ada betulnya sebab parti itu juga cabang politik, kerana di situ wujudnya pentadbiran dan pengurusan.
Namun, ia mempunyai maksud yang lebih meluas. Percayakah sahabat bahawa ALLAH mempolitikkan kita? Kita sememangnya takkan mampu mempolitikkan ALLAH sampai bila-bila. Sebabnya ialah hanya ALLAH yang berkuasa dalam mentadbir dan mengurus kita. ALLAH sahaja yang mentadbir alam dan seluruh makhluk di bumi ini. ALLAH yang menguruskan segala-galanya, daripada sekecil-kecil hingga sebesar-besar hal. Bukankan itu politik sahabat?
Jika diteliti, hidup kita memang sentiasa berada dalam suasana berpolitik. Penglibatan kita dalam mana-mana organisasi memerlukan elemen politik untuk memastikan kelancaran pengurusan sesuatu program. Mana-mana pentadbiran sudah terang lagi bersuluh menggunakan unsur politik. Walhal, masa kita berada dalam darjah 1, kita sudah berpolitik. Berpolitik untuk memilih ketua kelas penolongnya dan seumpamanya. Undian yang dijalankan menunjukkan politik turut berjalan. Pemilihan ketua adalah untuk pengurusan kelas kita. Jika tiada ketua, alamatnya anak-anak buah entah ke mana.
Teringat pada kata-kata seorang kakak,
Hidup kita ni memang tak leh lari daripada politik. Contohnya, bila bersama dengan kawan-kawan. Kita tanya kawan-kawan sama ada nak makan ke tak. Nak makan kat mana, nak makan apa. Bila pemilihan dan kata sepakat dicapai, secara automatik itu melibatkan politik.
Politik bukanlah hanya ketika musim pilihan raya yang ingin meraih undi calon pilihan masing-masing. Politik sentiasa berada di mana-mana tanpa kita sedar. Luaskan pemikiran kita, usah disempitkan fikiran hanya pada satu penjuru. Dulu sy berfikiran camtu gak. Setelah dengar satu kuliah , barulah faham apa erti politik yang sebenar.Politik yang sering mengelilingi diri kita walau di mana jua kita berada. Politik yang menyebabkan diri kita menjadi terurus dan gerak laku seharian berjalan lancar.
Tunaikan tanggungjawab kita jika kita inginkan pemimpin yang boleh memimpin kita. Choose ur right leader for our rights!
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment