Monday, February 14, 2011

datang dan pergi

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Assalamualaikumw.b.t. Hari ni 12 Rabiulawwal, hari kelahiran Rasulullah S.A.W yang tercinta.

" Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad.Wahai orang-orang yang beriman!Berselawatlah dan mengucap salamlah ke atasnya dengan sesungguh-sungguhnya"

Betapa banyak ganjaran yg akan diperoleh jika kita sering berselawat ke atas Baginda. Bukan hanya bila tiba Maulidur Rasul, semasa berarak membawa kain rentang masing-masing je atau semasa dalam solat je. Moga amalan berselawat ni selalu lekat di dalam hati dan mulut kita. dan berselawatlah sekurang-kurangnya 10x pagi dan 10x petang pd setiap hari.


Ada kisah dulu-dulu. Sy kurang ingat ceritanya yang betul, lebih kurang begini,

Ada sorang lelaki yang selalu pergi ke masjid utk solat berjemaah. Suatu hari dia ke masjid, dia ternampak seorang perempuan tua yang mengutip daun-daun kering yang jatuh di sekitar kawasan masjid. Dia hairan, kenapa makcik tu tak guna penyapu je kan, senang dan cepat. Hari-hari seterusnya pun begitu. Jadi, suatu hari lelaki tu pun mendekati makcik tu dan bertanya apa sebab makcik tu kutip daun tu satu demi satu. Jawab makcik tu,
' setiap kali ku mengutip satu demi satu daun ni, ku berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W '. 

Begitu mulia dan sayangnya makcik tu pada Baginda. Walaupun kerjanya hanya mengutip daun, pasti ganjarannya amat tinggi. Kisah yang sangat memberi peringatan pada diri sendiri. Jom sama-sama kita amalkan dalam hidup seharian ;)

Pagi ni juga sy dapat berita perginya seorang saudara terdekat (mak sepupu) menghadap Ilahi. Takziah buat ahli keluarga dan sanak saudara arwah. Berita yang mengejutkan sebenarnya dan diri tak berpeluang utk ziarah ke rumahnya. Bertahun-tahun arwah berubat untuk penyakit kanser leukemia dan akhirnya kepadaNYA dia dikembalikan. Teringat dulu masa arwah mak sepupu duk hospital, semua pesakit dlm bilik yang sama dengannya, sakit yang sama dah 'pergi' dulu awal-awal daripada dia. Buat kemoterapi, berubat di darussyifa',ulang-alik sana sini. Kini, arwah pun sama-sama dipanggil menghadapNYA.

Kanser- berubat macam mana sekalipun, at the end seseorang tu akan 'pergi'. Memang dah sampai ajal, tapi sebab tu kanser, risikonya adalah tinggi. 
Dulu atuk sedara meninggal pun sebab kanser prostat. Atuk sepupu meninggal sebab kanser hati. Sekelip mata je mereka jadi kurus kesan ubat-ubatan dan rawatan yang diambil.
Sy kurang arif bab-bab kanser dan drugs ni. Bakal-bakal doktor dan pharmacist pasti lebih tahu kan^^

Perginya arwah sama dengan tarikh kelahiran Baginda.  
Moga anak-anak arwah a.k.a dua pupu sy tabah menghadapi ujian ni, dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yg beriman serta dirahmatiNYA. AL-FAATIHAH...


p/s :  teringat dulu-dulu masa ziarah diorang masa sakit. betul-betul menyentuh hati dan mengingatkan diri, bila-bila masa je kita boleh jatuh sakit dan hanya duduk terlantar atas katil.dan bila-bila je masa pergi tu akan tiba. Hargailah nikmat hidup sementara yang Allah kurniakan pada kita. Jagalah diri kita sebaik-baiknya ~

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More