Saturday, February 12, 2011

wujudkah hari itu

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya





Salam'alaikum buat semua. 
Kini rata-rata terpengaruh dengan dunia sekeliling yang makin mengganas. Hampir 14feb, pastinya si lelaki dan si perempuan merancang macam-macam untuk tahun ni. Tarikh itu tetap diingati, kata orang hari kekasih. Entah apa maksudnya. Diri tak mahu mengulas panjang kenapa kita sebagai muslim tak boleh meraikan hari itu, malah menyanjunginya. Kalian boleh mecari info-info di mana-mana kerna dunia kan tanpa sempadan. Carilah sebanyak mana maklumat yang boleh, jika masih musykil dan inginkan kefahaman, rujuklah mana-mana yang faqih dlm agama.


Namun, tak perlulah berfikir terlalu mendalam. Jika tiada istilah 'couple' dlm Islam, automatiklah hari itu perlu dijauhi. Pabila melihat dunia luar, pastinya nikmat mata ni ternampak apa-apa yang tak sedap mata memandang. Anak-anak muda jalan berpegangan tangan,menggenggam erat, berpeluk berdakap tanpa rasa segan. Lesen apa yang mereka dapat untuk buat macam tu?dan kenapa hal-hal begini berlaku?silap kita atau silap mereka?

orang selalu cakap sentuh/pegang anjing dan khinzir HARAM,BERDOSA! kena samak. oh,tersilap. ramai yang cakap bila melibatkan anjing/khinzir,kita kena samak. sebenarnya kena sertu. samak tu untuk benda lain. silalah cari maklumat sendiri =)
kita tahu tak bila masa kita tak boleh sentuh anjing/khinzir? bila dalam keadaan basah, contohnya tangan kita basah, badan anjing tu basah. tapi jika tangan kita dan badan anjing sama-sama kering, tiada masalah. tak perlu sertu. sucikanlah hingga rasa suci.eh, tak bermaksud nak galakkan korang sentuh ye. andainya tersentuh dengan anggota badan atau barang-barang tertentu. 

teringat kata-kata seorang adik, '' dalam al-Quran tiada dalil yang cakap HARAM sentuh anjing/khinzir. yang HARAM tu makan anjing/khinzir. yang HARAM tu menyentuh bukan mahram kita. menyentuh/memegang lelaki yang bukan mahram dengan kita. dan ingat sepupu dan ipar duai tu juga bukan mahram kita. Bila dilabelkan sebagai bukan mahram, pasti tak boleh bersentuhan dan wajib menutup aurat/bertudung dihadapan mereka walaupun dalam rumah je. ingaaat;>

dah tu kalau yang senang-lenang je pegang-pegang tu nak wat camne? boleh ke sertu? dalam al-Quran dah jelas dan terang kan Allah haramkan benda tu. jadi jika sengaja atau tak sengaja buat, mohonlah taubat pada Allah, moga-moga diampunkan dosa. sebab balasanNYA tetap setia menunggu kita suatu masa nanti. 

bukan setakat sentuh, bertepuk bertampar pun tak dibolehkan walaupun berlapik baju. ikhtilat yang perlu dijaga sebagai muslim. silalah dapatkan maklumat tentang ikhtilat dalam islam, moga lebih faham. sungguh sedih bila tengok si perempuan yang katanya muslim tapi tanpa ragu-ragu tepuk/tampar/pukul si lelaki. dan begitulah sebaliknya.  duduk sebelah-sebelah,rapat-rapat. yang pisahkan mereka daripada tersentuh secara direct hanyalah baju masing-masing. sesiapa yang faham takkan buat macam tu. selagi dia faham, selagi itulah akan dijaga ikhtilat itu. persoalan ikhtilat banyak cabangnya, jadi sama-sama kita telusuri, hayati dan amalkan yang terbaik.

kata mak, '' setiap hujung tahun ramailah bayi-bayi yang tak berdosa akan lahir dan diletakkan di merata-rata tempat. sebabnya hari itu pada awal tahun. cukup 9 bulan 10 hari, bertambahlah bayi-bayi itu di muka bumi ini. ALLAHUAKBAR! Ampunkan dosa hamba-hambaMU yang sering lalai dan alpa.

Kenapa diingati hari itu?
Kenapa tak diingati hari kelahiran kekasih Allah setiap tahun?
dan kenapa tak mengingati Allah selagi nadi kita berdenyut dan jantung kita berdegup?


ISLAM itu tertinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya


Wassalam.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More