Wednesday, February 9, 2011

biar susah dulu,janji senang kemudian

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam.
Alhamdulillah masih dikurniakan dua nikmat terbesar itu. Tetap alhamdulillah biarpun masih ada bakteria yg tak serik-serik bertenggek dalam tekak ni. Hampir 2 bulan berlarutan. Bersyukur dengan segalanya.

Diri gusar dengan keadaan sekeliling. Kat mana-mana pun berada. Gusar dengan hamba-hambaNYA yang makin hanyut,termasuk diri sendiri. Apa yang boleh saya buat melainkan doa yang tak putus-putus untuk mereka. Apabila meneliti ayat-ayat Allah pada pengakhiran juzuk, kebanyakannya berkisar tentang hari kiamat, janji Allah pada kita. Hutomah..haamiyah..semuanya mengingatkan diri bahawa janji Allah pasti berlaku. 


Melihat mereka yang hidup bersenang-lenang di dunia juga ingatkan diri ni. Hidup ibarat tiada peraturan, bebas nak buat apa je. Guna segala nikmatNYA tanpa segan silu. Kadang-kadang seperti tiada arah tuju, tak tahu apa tujuan hidup di bumi ini. Ye, dunia semakin moden, arus teknologi di mana-mana je, hiburan sana-sini. Caruman pihak musuh semakin membarah dalam jiwa umat Islam. Mereka yang untung, kita yang lalai ni rugi.

Mungkin waktu untuk Islam ialah masa solat lima waktu, waktu untuk kita mengingatiNYA. namun, bagi yang berani langgar perintah Allah ni, bila masa Pemberi Nikmat itu akan diingati? Kita hanya hamba, hamba yang wajib menuruti perintah Al-Khalik. Bila difikir-fikir, kenapa kita berani melanggar perintahNYA, sedangkan peraturan-peraturan manusia biasa kat dunia ni kita patuh je. Sebab..sebab jika langgar peraturan manusia, kita dapat denda/hukuman terus. Tak siapkan kerja, kena rotan. Langgar trafficlight, kena saman. Macam-macam lagi. Tapi jika langgar perintah Allah, kita tak dapat balasan tu terus. Buatlah apa nak buat pun. Ikutkan nafsu diri. Mungkin ada je sesetengah perkara yg Allah dah tunjuk awal-awal. Sebab tu kita tanpa malunya buat perkara yang memalukan diri denganNYA. Tinggal solat, tak puasa, dedah aurat, derhaka pd mak ayah dan apa-apa lagi kemungkaran.

Semalam kawan kongsi cerita, sorang pensyarah berpesan bahawa ada sebabnya kenapa Allah turunkan bala sedikit-sedikit, bukanlah turun secara direct. Contohnya, majlis tari-menari. Pernah ke kita dengar kisah si penari tu tiba-tiba disambar petir semasa menari? Allah punyai kuasa tersendiri untuk menurunkan sesuatu. Mungkin nak kasi ruang kat orang tu supaya bertaubat,kembali pd jalan yg diredhaiNYA, mati dalam husnul khatimah. Tak ke sedih jika terus meninggal bila disambar petir, dengan pakaian yang terdedah + menjolok mata. Dah mati dalam su'ul khatimah. Lihat betapa sayangNYA Allah pada kita. Ruang untuk kita berubah ke arah lebih baik sentiasa ada. Hanya kita je yang perlu pilih sendiri.

Tak susah untuk kita bersusah-susah kat dunia ni. Islam tak pernah bebankan kita, tapi kita yang fikir Islam tu bebankan kita. Setiap aturan Allah ada hikmahnya tersendiri.
Diri sungguh sayu melihat sesiapa yang tak dapat patuh arahan Allah itu, sama ada lelaki atau perempuan. Pelik melihat lelaki yang memakai seluar pendek,sedangkan aurat mereka hanyalah di antara pusat hingga lutut. Susah ke nak berseluar panjang?hurmm..
Masalah dedah sana dedah sini dah jadi macam isu lapuk, tapi tetap tak pernah habis sampai sekarang. Hairan tengok mereka yang berpakaian yang melanggar syariat, sedangkan dalam Kitabullah dah terang-terang tertulis ayat-ayat itu. Tengoklah, pakai baju macam pakai baju adik, jarang,ketat, dengan tudungnya yang tak mampu tutup aurat kita. Kenapa pakai tudung kalau dada masih terdedah? Nak tunjuk kat sape? Pakai tudung tapi seluar ketat. Tak ke sama je macam orang bukan Islam. Bezanya aku solat, kau tak solat. Aku mengucap, ko tak mengucap. Bezanya aku ada iman, kau takde iman. Tapi kenapa pakaian kita sama dengan mereka? Fikir- fikirkan. Islam itu tertinggi, dan takkan ada yang lebih tinggi daripadanya ;)

Macam emo la plak tulis ni. Kerana saya sayang umat seagama dengan saya. Sama-sama nak dapat redha Allah, sama-sama nak masuk syurga Allah. Bolehlah tengok di sini gak, entri yang lepas. Cakap hal sama jugak. Jadi  kesimpulannya, biar kita  susah sedikit kerana Tuhan,  untuk menghindar kesusahan yang besar (lirik lagu Nun Di Sana) kelak. Jom jaga maruah kita :-


'' Ya muqollibal qulub, thabbit qulubana 'ala dinik wa'ala to'atik "



Wassalam.

3 comments:

"dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan" [93,4]

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)"
[As-Sharh: 5-6]

tajuk ko mengingatkan aku ayat2 ni..
sempat lagi tulis entry panjang na
^ ^
gudluck esok!

hehe,yup cik rama-rama. susah-susah dulu,senang-senang kemudian. sempat lagi tu mengarut kat blog even exam.dah kantoi takleh jawab exam=)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More