Thursday, April 14, 2011

kamu itu tinggi nilainya

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Sembang 1  :

Si A   :   kau tak pakai ke baju yang suami aku kasi hari tu?
Si B   :   mintak maafla ye. suami aku tak kasi pakai baju camni kat luar. kat rumah je boleh

Sembang 2  :

Emak  :  hurm, pelik rasenye tengok orang perempuan zaman sekarang pakai baju. diorang  takde rase malu ke pakai camtu? 
Saya    :  entahla mak, tak malu la kot, sebab tu pakai camtu
Emak  :  baik tak payah pakai tudung. pakai baju macam tak pakai baju. tengok adik, sekali je 
ayah tegur, terus tak buat dah lepas tu 
Saya    : ( diam je, tak tau nak respon ape..sambil tersenyum dan sedikit rasa kesal & sedih )



Bukan kali pertama saya bebel pasal ni. Isu yang memang tak pernah selesai.
Namun, mewakili kaum wanita sendiri sudah tentu isu ni sangat diambil berat

Sungguh sayang bila bertahun-tahun kita dibentuk, dididik, bertudung litup di sekolah, maahad etc,
semuanya hilang entah ke mana selepas habis belajar
mungkinkah kejutan budaya di tempat yang baru?
kurang bi'ah solehah di tepat baru? silap memilih rakan? 
atau fikir hidup mengikut syariat tu menyusahkan

dunia kini moden, gaya pun kena moden
tak nak jadi kolot, old-fashioned
ikut suka akulah nak pakai apa pun, hidup aku!

tak kisahlah siapa kita
anak jutawan ke, anak menteri ke, anak pensyarah ke, anak tok imam ke, anak ustaz ke, anak    
orang kampung ke, anak doktor ke
belajar kat negeri sendiri ke, negeri luar ke, oversea ke
remaja ke, isteri orang ke, mak orang ke, muda atau tua
semuanya sama je
hukum ini tak akan berubah
kat mana pun kita berada, hukum itu tetap sama


Sabda Rasulullah s.a.w. : 

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sahih bukhari)


Sangat besar peranan si ayah, suami, abang, adik lelaki dan golongan LELAKI itu
Memang tidak mudah nak membentuk dan mendidik si perempuan itu
dan sangat beruntung kamu si LELAKI yang mempunyai si PEREMPUAN yang mengamalkan syariat yang ditetapkan. sama ada ibu, kakak, adik, isteri, sepupu dll

Siapa yang berperanan?
Kita sendiri dan orang-orang di sekeliling kita
Oh, terlupa
Syaitan juga tak pernah lupakan peranannya untuk mencucuk-cucuk anak Adam

Kita tak akan berubah jika kita sendiri tak berusaha untuk berubah
Hidayah milik Allah
Usah lupa berusaha mendapatkan hidayah Allah!


rajinkan diri tengok blog hot ini, terutama kaum Hawa
tengok, baca, faham, hayati dan amalkan insyaAllah

Moga sentiasa dalam rahmat Allah =)

~ reminder for myself too

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More