Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan, Permata, Ujian

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Hamdanlillah,
Terasa seperti baru je puasa tahun lepas, kali ni Ramadhan muncul kembali
Alhamdulillah, diri masih dipanjangkan umur bertemu bulan mulia ini
Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan kepada diri untuk menampung kelompongan diri yang ada 
Alhamdulillah, aturan hidup berlalu baik sehari-hari
Alhamdulillah, diri kini berada di kampung sebulan, tibanya masa untuk menginfakkan diri buat mak ayah, keluarga tercinta :)

Wednesday, July 20, 2011

panas ke?

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Alhamdulillah, alhamdulillah,alhamdulillah...
Diri masih dipanjangkan umur dan dapat nikmat sihat hingga hari ini
Alhamdulillah sebab tetiba boleh masuk blog cikai ni. ambil masa membebel lagi hari ini 

Semalam buka periuk nasi, nak ambil senduk kat dalam. masa tu panaskan nasi semula
Aduh, punyalah panas senduk tu, terus campak kat dalam sink
Baru je panas haba periuk nasi
Camne la panas kat 'sana' nanti
Kena satu percikan api masa menggoreng pun dah terjerit-jerit, melompat-lompat

Monday, July 18, 2011

lidah itu tajam

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Isu BERSIH masih belum berakhir. Biarkan, biarkan.

hurm, asyik-asyik isu sama je kat tv ni..bosan!


Al-Faatihah buat Almarhumah Dr. Lo'lo Mohd Ghazali yang telah kembali ke rahmatullah pada 17 Julai lepas. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, dan darah perjuangannya akan terus mengalir dalam diri srikandi srikanda sekalian.

Setiap hari hidup kita ni perlu berkata-kata, perlu bercakap. dan itulah ia, kata-kata ibarat pedang, yang tajamnya bisa membunuh lawan (lirik Bicara Kata). Boleh jadi kita dapat pahala, boleh jadi kita dapat dosa dengan kata-kata. Memang susah nak jaga lidah dan mulut sendiri, sebab kadang-kadang kita tak sengaja pun nak cakap macam tu. Tak pasal-pasal orang lain kecil hati dengan kita.

Saturday, July 9, 2011

negaraku oh negaraku

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Minggu ini Malaysia  huru-hara. Huru-hara di bandaraya. Perjalanan biasa hanya setengah jam bertukar jadi satu jam setengah. Rosak tugas orang seharian yang nak masuk kerja dan ada urusan masing-masing. Sungguh 'seronok' menjadi sardin dan tersiput-siput di atas jalan raya. Empat lorong bertukar menjadi satu lorong. Kalau masa road block tu ada kecemasan macam mana? Jalan dah la selalu sesak kat KL ni, tapi bertambah sesak bila ada road block. Nak masuk highway dah ada satu roadblock. Punyalah lega dah lepas, tengok-tengok ada lagi satu nak masuk KL. Aiyoo, ni mendahulukan rakyat atau menyusahkan rakyat? Bolehla fikir sendiri ye siapa yang buat bandar metropolitan ni kacau-bilau.

Tuesday, July 5, 2011

mereka tidak stress macam kita

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




< copy artikel di sini >

Pernahkah kita terfikir, kenapa orang gila selalu sihat? Tidak pernah kita melihat ada orang gila berguling di tepi jalan sakit batu karang,terhenjut-henjut kaki kena gout, minum ubat batuk, memakai koyok atau bahkan sakit gigi sekalipun.
Jawapannya adalah KERANA MEREKA TIDAK PERNAH STRESS !!!
Orang gila tidak pernah sakit kerana mereka tidak pernah stress. Mereka tidak pernah berfikir macam-macam. Makanan apa pun mereka makan. Tidak seperti kita. Sudah ada ayam goreng, masih mencari sate kambing. Sudah ada nasi lemak, masih mencari pizza, hotdog, dan lain sebagainya. Sedangkan orang gila tidak pernah minta makanan yang bermacam-macam. Makanan apapun asal namanya makanan tetap mereka makan. Malah nasi basi pun mereka makan, burger 2 hari pun OK lagi bak kata Nabil.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More