Sunday, July 31, 2011

Ramadhan, Permata, Ujian

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Hamdanlillah,
Terasa seperti baru je puasa tahun lepas, kali ni Ramadhan muncul kembali
Alhamdulillah, diri masih dipanjangkan umur bertemu bulan mulia ini
Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan kepada diri untuk menampung kelompongan diri yang ada 
Alhamdulillah, aturan hidup berlalu baik sehari-hari
Alhamdulillah, diri kini berada di kampung sebulan, tibanya masa untuk menginfakkan diri buat mak ayah, keluarga tercinta :)


Alhamdulillah,
'Kembar' saya kini sudah bertukar status menjadi ibu
Sekejap sahaja masa berlalu
Dulu kami kanak-kanak riang
Kini, dia dah jadi ibu orang
Moga Faqihah Auni menjadi anak yang solehah, penyejuk mata dan hati mama & baba =)



Terkejut sedikit lepas baca status FB seorang kakak
Saudara terdekat ditimpa musibah, dia kemalangan lagi, masuk ICU
Dulu dah pernah kemalangan, kakinya patah
Hari ini menerima ujian yang sama lagi daripada Allah
Mungkin memang itu yang tertulis untuknya
Moga dirinya kuat hadapi semua ini, tambahan pula esok hari pertama Ramadhan
Doakan juga buat jiran sebelah rumah yang turut patah kaki
Moga cepat sembuh dan boleh kembali bekerja semula


macam sengaja je pejam mata ni

kakak dah besar. dah boleh pakai tudung :)


Ya Allah,
Lindungilah semua insan di sekeliling saya
Biarpun diri tahu mereka semua milikMU yang mutlak
Namun berat hati ini andai sesuatu yang tidak baik menimpa mereka
Moga kita semua sentiasa di bawah rahmatNYA


- Alhamdulillah, minggu lepas kakak kemalangan kecil, hanya kereta yang cedera. Syukur ibu dan bakal adik Irah selamat di sisiNYA


SELAMAT BERJIHAD!

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More