Monday, August 1, 2011

ibrah 1 Ramadhan

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Hajat di hati nak mencoret pasal benda lain, tapi dah terfikir pula pasal lain setelah diberikan kesempatan olehNYA melawat saudara yang kemalangan malam tadi. Ada kawan cakap, kat tv3 ada berita kemalangan tu jam 1.30 tengahari. Malam nanti bolehla tengok jap lepas solat Maghrib kalau masih ditayangkan.

Pertama kali dalam hidup masuk wad ICU tadi. Sebelum ni tengok kat tv je, takde rasa apa-apa.  Tadi bila masuk, masyaALLAH. Boleh nampak kanak-kanak, warga emas, remaja dan dewasa yang terlantar kaku di atas katil. Wayar yang berselirat sana-sini. Beratur orang kat luar nak masuk melawat. Sebelum ni melawat atuk yang selalu masuk wad biasa pun dah rasa sebak, apa lagi yang wad ICU ni.


Berat, sedih hati seorang ibu bila melihat keadaan anaknya begitu. Memang ini ujian hebat untuknya. Dulu dah pernah kemalangan, patah kaki dan perlu pakai besi untuk berjalan. Namun, kali ini lebih hebat dugaannya. Adiknya yang turut bersama dalam kereta cedera sedikit di kepala, terima beberapa jahitan. 

Bersyukurlah kita yang masih hidup sihat sekarang. Semua ujian menimpa sesiapa je, tak kira    manusia tu bertaqwa atau tidak. Jika dah tertulis macam tu, maka macam tu la jadinya. KUN FAYAKUN. Teringat salah satu skrip filem Nur Kasih, " kenapa orang baik-baik selalu pergi awal". Dekat ending tu, dia yang dijemput Ilahi dulu. Tak ingat sangat sebenarnya ni. Maaf jika salah :)


Pengajaran 1 : Berhati-hatilah semasa di jalan raya. Ingat keselamatan orang lain juga. Jangan hanya fikir nak laju dan cepat je, bila memotong tak sempat, terus rempuh kereta bertentangan sebab tak sempat mengelak. Memang itu sudah ketetapanNYA, tapi selagi boleh elak kita elak ye. Tiada siapa yang nak bawa diri kepada keburukan. Na'uzubillah

Pengajaran 2 :  Jika kita berada di jalan raya, kita telah membawa diri kita ke arah zon bahaya. Selamat atau tidak semuanya kuasa Allah. Jangan lupa baca doa menaiki kenderaan dan berzikir sebaik-baiknya semasa memandu. Selamat pun dapat, pahala pun dapat insyaALLAH.


p/s  :  Mohon sahabat sekalian doakan saudara saya ni kembali sihat seperti biasa. Ameen

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More