Tuesday, August 2, 2011

kuatkan semangat!

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Allahurabbi,
Hari ini hidup tak terurus
Fikiran melayang-layang, kepala pun terawang-awang seharian
Entah ke mana hilangnya semangat sejak semalam
Orang mukmin harus kuat
Tapi diri rasa lemah je kali ni
Terpaksa ambil masa untuk pulih kembali

Mengimbau memori lepas semasa arwah Kak Su yang turut kemalangan, koma dan akhirnya 'pergi'
Tu hanya dalam wad biasa
Ini wad ICU
Allah..alhamdulillah berada kat kampung, bolehla tahu apa yang berlaku
Allah..seminggu lepas dia ada mesej saya, jemput ke kenduri doa selamat kakaknya
Allah..hanya Allah yang tahu perasaan ni

Terima kasih buat semua yang melawatnya di hospital
Saya tahu hari ni pasti ramai kawan-kawan sekolah yang melawat
Biarpun diri tak rapat sangat dengannya, namun musibah itu sangat dirasai
Ada sesuatu yang sebabkan diri jadi begini
Dah lama tak bersihkan mata teruk macam ni

Ya Rabb,
Give me and him strength
To his family and relatives to..Ameen

Semalam sebelum pergi melawat makcik tanya,
" sedih dok dia eksiden "
Hanya mampu tersenyum dan jawab dalam hati sendiri
Masa kat hospital pun mampu lagi tersenyum
Kena control depan orang ramai
Bila balik rumah terus lemah longlai seorang diri

Diri perlu kuat dan sabar!


p/s  : maaf, entri yang hampir sama berkali-kali

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More