Monday, August 29, 2011

kosong.lompong

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Semua dah gembira sebab dah nak raya, di samping sedih sebab Ramadhan dah nak berakhir
Syaitan pun melompat-lompat riang sebab nanti dah dibebaskan
Sungguh, sekejap saja Ramadhan kali ini berlalu. Lain dengan tahun-tahun sebelum ni
Sepatutnya rasa gembira je, tapi dirasakan macam ada kekosongan
Mungkin gembira dapat bertemu sanak-saudara, sahabat handai ramai-ramai
Namun kegembiraan itu tak dapat dihayati sepenuhnya kali ini
Ya, kali ini lagi


Orang cakap kalau benda tak baik, better kita tak tahu kan. Nanti lain pula jadinya
Tapi kalau tak tahu, kita tak tahu apa yang berlaku di sekeliling
Lebih baik tahu atau tak tahu?
Hurm, pening-pening lalat

Barah hati memang sakit, mungkin masih boleh dirawat jika masih di tahap awal
Hati yang membarah susah nak sembuh balik
Tiba masa diri diuji tahap maksimum
Yes, Allah uji sebab Allah sayang
Entah kenapa hakikat ini sangat pahit dan kelat untuk ditelan

Semua orang buat silap, termasuklah si pembebel ni
Tak tahu kat mana silapnya
Tersepit, tiada arah tujuan
Buntu, hampa, kecewa, hancur luluh segalanya

Ya Allah, andai ini salah satu ujianmu, aku redha
Berikanku kekuatan sepenuhnya
Tunjukkan aku ilham yang boleh aku lakukan
Kerna yang tahu hanya aku dan Engkau Ya Allah

Ya Allah, aku sayang mereka berdua
Mereka segala-galanya bagiku selepas Allah dan Rasul
Aku sayang mereka semua
Tapi aku tak tahu apa yang mampu aku lakukan



Andai apa yang berlaku adalah sebagai ibrah untukku, aku terima seadanya
Mulut mampu berkata ok, namun hati...
Diri mesti jadi begini :

senyum, senyum dan senyum :)

Terbaca entry ini
Bila sedih, solatlah penawarnya


- duka di awal Ramadhan, duka di akhir Ramadhan
- alhamdulillah, sedara dah keluar hospital. doakan dia terus pulih dan dapat konvo akhir bulan 9 nanti
- unstable mood lately sampai adik jadi mangsa kemarahan
- orang yang tak pernah tengok si pembebel ni marah akan terkejut bila  tengok dia marah
- sangat susah nak letakkan kepercayaan kat sesiapa kecuali Allah
- tiada lagi tempat mengadu selepas Allah. inilah tempatnya =)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H. Selamat bergembira dan ceria-ceria sokmo ^_^

INNALLAHAMA'AANA

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More