Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Alhamdulillah, dah berlalu seminggu semester baru. Selamat kembali belajar ye kawan-kawan. Semester baru di tempat yang baru. Alhamdulillah semuanya OK, cuma kadang-kadang hidup seperti kurang terurus. Masih belum berkesempatan untuk iftar bersama-sama housemate. Kejap di sini, kejap di sana. Classmate juga masing-masing bertungkus-lumus siapkan proposal thesis.
Hari itu terbaca blog cik rama-rama tentang berdikariBerdikari = berdiri atas kaki sendiri
Setelah habis belajar di sekolah, bermulalah hidup seorang diri
Alhamdulillah, kami telah dididik untuk berdikari sejak sekolah oleh parents
Masa sekolah, mak hanya datang jemput dan pulang ke asrama. Tak pernah datang saja-saja masa weekend
Di matrik, mak hanya datang sekali semasa hari pendaftaran
Tapi masa kat U, mak datang 2 kali. Hari pendaftaran dan hari konvokesyen(InshaAllah)
Padahal lambat lagi grad, saja buat-buat semangat
Sekarang ni dah nak masuk musim konvokesyen di beberapa IPT :)
Kalau tak berani, memang tak mampu hidup sorang-sorang, tambah-tambah lagi kt KL ni
Bila baca paper, banyak je kes jenayah kat KL ni kan
Syukur setakat ini tak pernah nampak jenayah berlaku depan mata
Hanya nampak jenayah manusia yang tak sabar atas jalan raya
Mesti buat sesuatu dengan usaha sendiri
Tapi, yang pernah kita dengar sebaik-baiknya nak keluar rumah tu berteman sebab takut diganggu. at least berdua
Tapi kalau dah terdesak, keluar jela sorang-sorang. Tak susahkan orang lain
Latih diri untuk jadi berani. Jangan terlalu takut sebab manusia kat KL ni jenis endah tak endah sangat
Siang bolehla buat camni, malam jangan haraplah
Kecuali ada urusan penting, buat-buat cool jalan malam sorang diri
Kepercayaan yang emak, ayah dan kakak berikan kenalah guna baik-baik
Dulu mak dah pernah marah drive sorang diri malam-malam, sebab masa tu baru bertatih
Kat kampung, mana pernah keluar malam kecuali dengan family
Tapi hidup di sini sangat berbeza. Kul 12 malam pun penuh lagi manusia kat luar
Bandar metropolitan ni memang ajar diri jadi berani dan berdikari
Lagi satu, dapat pula rezeki untuk drive di sini
Nampaknya mak ayah memang percaya anaknya ni boleh jaga kereta
Even kami semua perempuan, kami semua mesti ada lesen kereta
Mak pernah cakap, " ambil je dulu lesen, drive ke tak drive ke, suku kira. yang penting ada lesen "
Disebabkan dah diajar macam ni, kadang-kadang kami terbabas menjadi terlalu berani
Dulu kakak pernah drive dari kuantan ke rumah sorang diri malam-malam. Dapat ceramah free bila sampai rumah
Berani tu boleh, tapi ada la batasannya ye..hehe
Lepas ni tak tahu lagi akan tercampak kat mana
Jadi, duduk mana-mana pun kena berani dan sesuaikan diri
Untuk kawan-kawan perempuan sekalian
Jangan lupa amik lesen ye
Kita boleh pergi mana-mana je bila dah tambah kaki lagi ni
Tak payah susahkan orang, nak kena hantar sana-sini
Tambah-tambah bila dah kahwin
Ikut suka la nak keluar ke mana, dengan syarat dapat izin
Taklah bergantung sangat dengan suami tu
Kalau suami sakit camne? Kalau suami dah meninggal lagila susah kan
Makcik pernah cakap gak aritu, " senang kan ada lesen. senang nak gi mana-mana. Kalau takde lesen, kita takleh keluar kalau suami taknak keluar "
Lesen tu ibarat nyawa gak la
Selama ni suami je yang pergi bayar bil itu, bil ini
Andai suami dah takde, kita yang terkial-kial tak tahu nak buat apa
Memanglah suami tu tempat bergantung hidup sebab dia kena sediakan nafkah. Rumah, pakaian, makanan dan lain-lain
Dah kalau suami pergi dulu, masa tu barula berusaha lebih sikit nak sara hidup sendiri dan anak-anak
Gantungkan hidup pada suami untuk hal-hal yang memang kita tak mampu buat, macam baiki tayar boyor, atap rumah bocor, lampu rosak, kereta rosak, angkat barang berat dll
Yang tukang-menukang simple je still kita boleh buat sendiri
Lelaki lebih kuat daripada wanita, so tinggalkan kerja yang sangat berat untuk mereka..hihi
Eh, jangan gantungkan terlalu hidup tu pada suami ye sebab Allah masih ada, yang kekal selamanya
100% kebergantungan tu hanya pada Allah
Jadi andai berlaku sesuatu musibah, Allah sentiasa ada di sisi kita. 24 jam sehari =D
Kan dah melalut, gaya cakap macam dah kahwin je kan.ish3
Mungkin dapt aura kakak senior yang baru je kahwin minggu lepas
Membebel mengikut pengalaman sebenarnya
Pilihlah yang terbaik untuk hidup kalian sendiri
As long as benda tu tak melanggar hak-hak Allah dan mendapat keberkatan Allah:)
- kesian tengok budak-budak sekolah di jalanan, racing basikal di tengah malam di tengah-tengah kota,bercampur dengan mamat-mamat motor. mana parents mereka? masa kecik dah macam tu, macam mana keadaannya 10 tahun lagi dan bagaimana keadaan generasi akan datang?
3 comments:
ok. nanti saya amek lesen. hehe.
baik na.
nanti nak tambah satu kaki lagi.
lesen.
hehe
Bagus cik rama-rama
jangan tak amik
ko boleh keluar sesuka hati mane ko nak gi..haha
Post a Comment