Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Seminggu ni macam-macam kejadian berlaku. Hidup semacam masih tunggang langgang. Alhamdulillah, masih sempat makan dan tidur.
2 minggu lepas selepas balik dari majlis nikah sahabat, diri telah berjaya menyesatkan sahabat-sahabat lain. Jalan Ampang sangatlah menarik dan berjaya memutarbelitkan pemandu yang baru bertatih ni. Kami bergerak pulang dalam jam 6.30 petang dan tanpa diduga dah tersalah ambil jalan. Silap jalan, ditambah dengan jalan yang dipenuhi kereta akhirnya waktu Maghrib dah nak habis. Puas mencari surau atau stesen minyak yang ada surau, semuanya tiada. Dah pukul 8 lebih masa tu. Semua dalam kereta dah tak tenang. Lastly, nampaklah sebuah hospital swasta yang mahal kat area sana. Even tak tahu kat mana surau, redah je masuk parking dulu. Then, cepat-cepat masuk dalam hospital,siap lari-lari. Sampai si amoi senyum je tengok diri rushing cari surau. Alhamdulillah, senang je jumpa suraunya tepat jam 8.20 malam. Sempat lagi solat. Ya Allah, syukur sangat :)
Satu lagi kejadian menarik dengan seorang sahabat. Dah masuk Maghrib masa tu, tapi diri dah malas nak naik atas untuk solat dulu. Rasanya sempat je sampai masjid KLCC tu. Alamak! Terlepas simpang sepatutnya dan silap jalan lagi. Kereta berbaris panjang dan jam pun macho je bergerak. Dah la silap jalan, nak pusing balik tu tersalah jalan lagi. Memang kami dah gelisah tapi buat-buat cool je. Tetiba nampak petronas kat jalan yang salah tu. Tak pernah pun sampai tempat tu. Cepat-cepat cari surau kat petronas. Alahai, takdela pulak sebab tu petronas kecil je. Eh, rupa-rupanya setentang jalan sebelah sana ada masjid yang tersergam indah. Siap ada bacaan yassin kuat-kuat lagi masa tu. Entah macam mana kami tak perasan, memang tak pandang sebelah kanan jalan. Kuatkan pecutan jela serbu masjid sebab dah pukul 8 lebih. Alhamdulillah, kami sempat solat dengan tenang. Terus rasa tenang bila dah setel hak Allah itu. Then, terus ke masjid KLCC. Sempat tidur dalam kereta hampir sejam, penat sesat agaknya.hehe
Syukur Allah sempatkan kami untuk solat. Allah taknak kami terlepas solat tu. Walaupun salah jalan, rupanya kat jalan salah tu la kami jumpa masjid.
Jadi, jangan terlalu gelabah kalau tersesat ye. Pasti ada jalan keluar sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku kan. Rempuh jela dulu selagi mampu.
Allah sentiasa dengan kita. Allah pasti tolong kita ^_^
Moral of the story : Kalau rasa waktu solat tu pendek, solatlah dulu. Sekarang kat ceruk mana pun jalan selalu dipenuhi kereta. Sediakan payung sebelum hujan.
0 comments:
Post a Comment