Sunday, September 18, 2011

a bit trauma

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Sebelum Syawal berakhir, kami sempat ziarah raya di 5 buah rumah dengan konvoi 5 kereta. Mengalahkan rombongan meminang je kan. Sweet journey and sweet memory with them :)

Masa ni pun saya sesatkan orang lagi. Nak pergi Cheras je pun boleh tersesat sampai entah kat mana. Co-driver pun tak ingat jalan. Semua kami redah untuk ke Bangi. Bukit Jalil, Puchong dan Putrajaya kami lalu. Siap boleh kenal Hospital Serdang. Kalau tak sesat, takkan sampai jalan kat sana (ayat sedapkan hati). Kereta lain dah lama sampai. 

Sebelum sampai rumah kawan, kami hampir kemalangan. Benda tu berlaku sepantas kilat je. Boleh pulak driver ni tak nampak kereta meluncur laju dari arah belakang masa u-turn. Tetiba nampak kereta laju sebelah kiri dengan hon yang kuat. Kawan sebelah pun tak nampak kereta tu. Kawan belakang nampak je, tapi entah kenapa langsung si driver ni tak dengar. Berani u-turn sebab masa tu lampu dah hijau dan sebelah bertentangan tu tengah merah. Confident jela pusing. Mujurlah kereta tu slow je, kalau laju gak rasanya dah makan kereta yang muncul tetiba tu. Driver kereta tu siap berenti jap dan angkat tangan. Marah la tu. Maaflah pakcik, bukan sengaja nak susahkan pakcik. Memang tak perasan kereta pakcik datang dan saya tak tahu macam mana pakcik boleh jalan sedangkan kereta lain berhenti. Rupanya pakcik kat lane paling kiri yang hijau, tu laju je tekan minyak.huhu 
Bila dah sampai rumah kawan, diri rasa macam ni kejap :

Alhamdulillah, takde pape berlaku. Just a bit trauma :)

On the way ke Sepang, satu lagi kejadian best. Best sebab rasa macam takde pape pun masa tu, padahal hampir menempuh musibah. Sahabat kereta depan tersilap jalan, jadi dia drive je terus masuk lorong bertentangan. Kami yang belakang ni ikut jela. Dah masuk lorong tu barulah perasan. Mujur kereta dari arah sana perlahan je dan saya sempat tekan minyak laju sikit. Allah lindungi kami lagi:)

Malamnya lepas ziarah rumah kawan, saya dah mengantuk sedikit. Tak boleh drive ni,kena suruh co-driver pulak. Baru je nak keluar dari sana, tiba-tiba ni yang berlaku :

gambar diciplak dr en.google

Tayar kereta depan sebelah kiri je terbabas masuk dalam longkang besar. Tertekan minyak banyak dan hilang kawalan terus. Alhamdulillah la ada longkang tu, taklah tersasar jauh kereta. Terlekat dalam longkang jela kereta tu. Kalau tak, boleh rempuh lagi pokok kat depan. Agak ramai la orang kampung datang tengok dan tolong angkat kereta ramai-ramai. Hampir 5 kali usaha, akhirnya berjaya dikeluarkan. Rasa macam mamai-mamai jap masa kereta tu dah keluar longkang. Mujur tak pengsan je sebab sangat terharu tengok diorang tolong. 
Alhamdulillah kami takde yang cedera dan kereta pun ok. Sikit jela impaknya.
Just sedikit kecederaan jiwa kepada pemilik kereta :>


So kawan-kawan, sila berhati-hati ye masa drive. Tolongla jangan jadi macam saya. Alhamdulillah Allah sayangkan kami dan lindungi kami.

Terima kasih tak terhingga kepada sahabat-sahabat yang membantu malam tu 
Syukran 'ala kulli hal:)

2 comments:

yes na, hati- hati di jalan raya.
ingatlah orang yang tersayang. hehe~

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More