Saturday, December 31, 2011

mahu duit banyak

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


(menaip sambil diiringi muzik yang membingit di kawasan perumahan)

Walaupun internet putus-putus di sini plus mata yang makin kuyu, tetap berusaha mencoret sesuatu di sini. Pelik kenapa hampir menjengah tahun baru, penduduk di sini dimeriahkan dengar pelbagai jenis lagu karaoke. Karaoke maksudnya orang yang menyanyi. Jadi, sangatlah mengganggu orang lain yang sedang tidur. Ok takpe, mungkin sudah menjadi budaya di sini. *tak buat pun takpela*

Back to the points
Makin bertambah tahun, makin berkuranglah umur untuk hidup di dunia ini
Siang tadi semasa collect data, cuaca sangat panas membahang sampai berpeluh-peluh
Seharian berjalan
Mulut asyik membebel 'panasnya', kemudian fikir bagaimanalah ye panas di akhirat nanti
Allahurabbi!

Dulu memang tak sabar tunggu ketibaan 2012
Sebab apa?
Dah tentu sebab tahun ni tahun terakhir belajar di sini. Tinggal 6 bulan lebih je lagi
Yes, memang unbelieveable
Tak sangka tahun-tahun lepas sudah berlalu, segala pahit manis dirasai sepanjang di kampus
Entah bersedia atau tidak untuk meninggalkan tempat menimba ilmu itu

Eh, rasa macam melencong sikit ni
Tahun baru, semua mesti ada azam baru kan
Sama la macam masa masuk awal Muharram hari tu
Tapi pada firasatku, manusia memang lagi ingat tahun baru 2012 ni
Kalau ikutkan hati, macam-macam wish ada
Tapi mampukah dicapai semuanya?
InshaAllah jika kita terus berusaha dan berdoa

Benda yang paling nak dicapai ialah nak kumpul duit banyak-banyak atas usaha sendiri
* mata duitan betol kan*
Sebab bila ada duit, saya boleh buat macam-macam yang saya nak :)

Nak bawa family jalan-jalan, bercuti ke mana-mana

Nak support adik-adik belajar

Nak beli nutrisi banyak-banyak untuk diri sendiri dan family

Nak guna barang-barang outer nutrition kat rumah

Nak bantu orang lain yang tak sihat yang nak sihat dengan guna nutrisi

Nak kasi hadiah best-best untuk family masa birthday diorang

Nak beli buku banyak-banyak, buat koleksi rohani kat rumah

Nak tambah koleksi telekung comel

Nak bayar zakat

Nak jejakkan kaki ke Baitullah

Nak kasi hadiah comel-comel kat kawan-kawan yang kahwin, lepas tu kasi hadiah untuk baby diorang pulak..hehe

Nak kahwin..eh? 

Nak beli baju-baju comel dan barang mainan comel untuk anak sendiri * eh lagi boleh tak?*

Cukup di sini dulu ^^


Berangan memang berlambak, tapi kenalah usaha untuk capai semuanya
Moga Allah permudahkan perjalanan hidup pada tahun 2012 ni inshaAllah :)


- perlu buat perancangan sebelum akhir Jun 2012, bulan Julai dah tahu nak buat apa. Kena ada simpanan sebelum grad!


Aameen, aameen, aameen 









0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More