Thursday, December 29, 2011

memories in 2011

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


2011 bakal pergi. Macam baru semalam je tahun 2011. Memang masa sangat cepat berlalu. Biasalah, setiap tahun semua orang ada azam baru masing-masing. Ada impian tersendiri.
Saya?
Entahla, sudah ingat-ingat lupa akan azam sendiri
Yang ingat hanyalah nak jadi hamba Allah yang lebih baik
Rasa macam tak capai sepenuhnya
Tapi, penentu perubahan tu tak tahulah macam mana nak buat. KPI diri? Siapa nak nilai diri sendiri kalau bukan Allah sendiri kan :)
2011 sudah kasi banyak pengalaman manis pada diri
Pengalaman berharga sepanjang hidup yang masih bertatih ni
Jom list kan :

1.  Ratu pecut di jalan raya 
     - saya tak pernah pun bayang saya mampu drive (tapi auto la ye), lagi-lagi di KL. Yes, biarpun setakat drive je, syukur tetap syukur. Allah kasi kemampuan saya untuk buat benda ini. Dulu-dulu lesen tu buat pusaka je dalam purse..hehe.. dan tahun ni juga ada peluang drive kereta Vios & Altis.Thanks mom and sis :)

2. Birthday
    - oh ya, birthday tahun ini juga paling banyak saya dapat hadiah daripada insan-insan tercinta :) juga dapat hadiah yang tak disangka-sangka (handphone & jam tangan). tak lupa juga 3 beg yang cantik. tak payah beli beg dah kan :D

3. Latihan industri
    - dulu-dulu selalu fikir macam mana la masa praktikal time 3rd year. Praktikal kat mana, dengan siapa.  dan benda tu berlaku macam sekejap je. 7 minggu macam 7 hari. eceh, sangat tipu ok! btw, nice experience at JKNS. dan alhamdulillah lulus untuk Latihan Ikhtisas Pemakanan :)

4. Kelab Nutrisi
- benda ini memang tak pernah bayang dalam hidup akan berlaku sebab tak pernah tahu-menahu pasal ni. Sekarang diri perlu direhatkan sebentar untuk memberi laluan kepada kelab di kolej dan projek tahun akhir. Sekejap-sekejap je curi masa untuk luangkan masa dengan kelab nutrisi. Sorry coach, tunggu saya habis belajar dulu ye untuk tumpukan sepenuhnya bantu orang lain :) 

5. Tesis
- eh, yang ni lagi la tak percaya. lagi-lagi bab proposal tesis tu. rupanya dah lepas dan berjaya harungi cabaran peringkat pertama. haha, baru early stage kot dah rasa happy. alhamdulillah:) sekarang berada di fasa kedua yang masih belum setel. takpe, bersabar dan bertahan hingga akhir!

6. Raya
- dapat anak buah lagi sorang. tambahla penyeri suasana rumah di kampung masa raya bulan 9 hari tu. tak lupa juga dengan kunjungan bermakna tetamu pada hari raya ketiga :)tunggu raya tahun depan pulaklah inshaAllah =D


7. Kereta
- biarpun kereta ini diwarisi daripada kakak, ia amatlah berharga. biarlah bukan atas titik peluh sendiri pun. dulu-dulu suka sangat reka skrip nak bagitau mak nak guna kereta masa 4th year. jadi kena paksa diri untuk drive dulu, barulah boleh ada kereta kan. barulah parents & sisters yakin dengan adiknya yang tunggang-langgang ni. yeay, sayang si kecik hitam^^


Ini jela yang mampu diingati buat masa ini 
Alhamdulillah semua rezeki ini datang daripada Allah
Tunggu tahun 2012 untuk angan-angan seterusnya :):)

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More