Friday, December 16, 2011

di sini dan di sana berbeza

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Di sini dan di sana berbeza
Di sini aku lebih bebas, di sana aku lebih terikat
Di sini aku lebih berani, di sana aku agak penakut
Di sini aku boleh ke mana-mana sahaja ikutkan hati, di sana aku kena minta izin dulu


Aku lebih 'ganas' di sini, kerapkali seluar panjang yang dipakai apabila keluar rumah
Di sana, seluar hanyalah apabila berada di rumah
Jika di sini, waktu maghrib pun masih boleh keluar, namun di sana sangatlah tak comel kalau masih di luar rumah masa syaitan berpeleseran
Di sini bila-bila je keluar malam, di sana sangatlah tak keluar malam kecuali hal yang mustahak


Dunia di sini dan di sana memang berbeza
Ada pros & cons masing-masing


Bandar metropolitan VS kampung


Walau di mana pun berada, kita tetap kita
Islam mesti diutamakan
Kuatkan benteng diri agar tak terpengaruh dengan anasir negatif


Jadilah seperti ikan di laut
Walau semasin mana pun air laut itu, ikan tu tetap tawar bila dijual
Garam laut tak dapat menembusi ikan tu


Usah jadi seperti ikan di darat, ikan yang dimasak
Hanya letak 1 sudu garam, sudah mampu memasinkan ikan itu !
Jadilah ikan yang boleh dipengaruhi dengan penambah rasa yang baik-baik sahaja



When we put Allah as priority in everything, we will be protected forever :)


'' Ya muqollibal qulub, thabbit qalbi 'ala diinik ''
(Ya Allah yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku atas agama-Mu)


'' Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba’da’iz hadaitanaa wahablanaa milladun karahmah innaka antal wahhaab ''
(Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami, dan kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; kerana Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)


Aameen

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More