Sunday, December 18, 2011

speechless

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Alhamdulillah
Sudah lama tak luangkan masa sebegini sejak tinggal di sini
Jarang-jarang je buat camni. Ini pun setelah lelapkan diri selama 3 jam dulu
Betullah, kalau ikutkan nafsu memang nak sambung tidur lagi, tapi atas kekuatan diri sendiri sama ada nak terus tidur atau bangun
Samalah macam tidur lepas subuh
Lepas solat, iman akan berperang dengan nafsu
Nafsu akal cakap ' mengantuklah, nak tidur balik lepas ni '
Iman cakap ' tak payah tidur lepas subuh. tak bagus. pagi-pagi rezeki berkat'
Oh yeah, hanya iman yang kuat je mampu kalahkan akal kita
Ok, sebenarnya melencong sikit ni
Tazkirah di pagi hari :)


Akhir-akhir ini terasa diri kurang stabil
Mungkin bercampur dengan kehilangan nadi hidup kat sini (redha )
Fikiran berkecamuk, melayang-layang entah ke mana
Campur berperang dengan emosi sendiri
Sekejap happy, sekejap sedih
Yes, campur baur
Entah di mana silapnya
Rasa diri berkalung dosa
Dosa yang lebih menimbun berbanding pahala
Hati ini siapa yang tahu?
It's ok, cukuplah hanya Allah yang memahami diri ini

Bila konflik dengan diri sendiri
Hanya Allah yang boleh mendengar
Bukanlah jenis yang suka mengadu pada sesiapa, even mak sendiri. Perlu kuat macam mak
Ada masalah
Yes, atasi sendiri masalah tu
Tension, stress?
Cope sendiri dengan stress tu
Rasa down
Don't give up!

Biarlah, Allah sahaja tempat mengadu
Hanya terus tersenyum setiap hari
Sembunyikan sebarang yang negatif dengan aura positif
Hindarkan segala kejahatan dengan kebaikan, untuk rasai kemanisan iman ^_^


- maafkan diri ini sahabatku @ teman @ kawan @ sesiapa yang mengenali diri ini. aku hanya insan biasa. aku tetap aku. tak mampu menjadi yang sempurna di hadapan kalian kerana sempurna itu hanya milik Allah. namun, aku cuba sebaik mungkin. menuju kesempurnaan
- kadang-kadang beruzlah itu ada baiknya untuk menenangkan diri denganNYA


p/s :  mungkin pasangan hidup boleh menjadi tempat kedua untuk mengadu selepas Allah. Ok, bersabarlah dan masanya akan tiba sekiranya dipanjangkan umur :)

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More