Wednesday, April 18, 2012

Oh Tesisku

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
Memang selayaknya kalimah ini yang sepatutnya meniti di bibir dalam hidup seharian
TanpaNYA, kita bukanlah sesiapa :)

Syukur, syukur, syukur
Selesai sudah satu bahagian kerja iaitu data collection
Macam tak percaya je
Dulu-dulu selalu fikir sempatkah saya habiskan kumpul semua data
Dengan test kognitif yang ambil masa yang panjang
Alhamdulillah
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sangat banyak membantu diri ini

Sedikit pun saya tak menyesal pilih tajuk ini
Mungkin Allah tahu yang saya senang dan suka berkomunikasi dengan kanak-kanak
Bukan dengan equipment dalam lab yang saya nak dulu-dulu
Agak mencabar ye bila ke sekolah hari-hari
Selalu kena jumpa cikgu yang sama
Entah berapa ramai cikgu yang dah banyak bantu saya
Memang jasa baik mereka akan dikenang sampai bila-bila
Agaknya cikgu cakap dalam hati "asyik nampak muka budak ni je"
Hehe, never mind asalkan kerjaku setel
Perlu tebalkan muka tiap kali ke sekolah
Rasa macam nak pakai topeng pun ada :)

Seronok deal dengan kanak-kanak khas
Mungkin yang tak biasa agak takut dan kekok
Macam sahabat saya
Bila budak khas tu sentuh dia, dah rasa macam nak lari
Macam-macam gaya diorang ada
Betapa mulianya kerja cikgu pendidikan khas
Jaga dan didik anak orang macam anak sendiri
Bersabar dengan kerenah mereka
Ya, saya sangat kagum dengan cikgu-cikgu itu :)

 hasil kreativiti adik Ehsan (autisme )

Perjalanan semester ini masih panjang
So, fighting!


* mak cakap kalau nak sambung belajar lagi, buat terus lepas ni. nanti susah bila dah kahwin. eh, bila nak kawen eh? anak mak dah malas nak belajar :p

1 comments:

yup..sgt mencabar..sy posting sebulan dgn kanak2 istimewa hari tu..tp..x rs stress sbb enjoy je bile dgn kanak2..=)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More