Friday, May 4, 2012

nilai

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah wa syukur lillah
Satu lagi cabaran untuk tahun ini dah berjaya dilepasi
Rasa macam mimpi je
Tahun lepas duk tengok akak senior siapkan slide, rupa-rupanya sekelip mata je diri sendiri pun dah lalui
Hidup pun dah tak normal jap lebih kurang seminggu
Hampir 100% bertukar
Sebab benda tu, kurang makan, kurang tidur
Badan pun sudah stress organ agaknya
Laptop lagi la stress, non-stop working
Baru berjuang di medan ilmu, belum lagi berjuang macam pejuang-pejuang agama kat luar sana

Siapa tak cuak bila nak present? Sila angkat tangan
Rasa macam nak tercabut jantung tau
Tu baru je nak dinilai oleh manusia gak, hamba Allah je pun
Macam-macam rasa, macam-macam je fikir
Ape la aku kena hentam nanti, habislah aku nanti
So, bacalah surah Al-Hasyr berulang kali untuk hilangkan nervous tu(still ingat pesanan cikgu sekolah rendah dulu)
Dah buat yang terbaik, tawakkal dan serahkan pada Allah
Terima sahaja penilaian mereka
Redha dan pasrah
Then betulkan apa yang silap
Nampaknya diri sendiri banyak yang nak dibetulkan :)

Boleh tak bayangkan
Hari kita nak dinilai oleh pensyarah or cikgu or majikan or sapa-sapa je
ialah hari kita nak dinilai oleh Allah
Hari tu kita tunjuk kat diorang apa yang kita disuruh buat je
tapi depan Allah, segala amal perbuatan kita akan dipaparkan
boleh bayang tak berapa banyak markah kita dapat
Kat dunia kita still boleh betulkan salah tu
Dah depan Allah nanti, peluang tu dah tertutup
Merayu la banyak mana sekali pun, kita takkan kembali dah ke dunia untuk buat amal kebajikan
Allah dah pesan siap-siap buat baik masa kat dunia
Jika langgar, terima la balasannya nanti
Allah Maha Pengampun
Jadi minta ampun banyak-banyak dengan Allah kat dunia ni
Janji Allah itu pasti berlaku!


* nak taip benda lain, tertaip benda lain.terfikir pula analogi sebegini
* nak jadi orang berjiwa besar, sila letakkan Allah sentiasa 24 jam dalam hati
* nak jadi manusia yang baik, cuba ingat Allah dan Rasul. Ingat apa yang Allah dan Rasul tak suka, sila jangan buat
* nak orang fahami kita, sila fahami setiap orang di sekeliling kita
* jika kau seorang yang berhati batu, it's ok. but if people surround you are not like you, please be careful
* thank you ALLAH because give me this strength. nak jadi sekuat cinta hati Allah:) 



0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More