Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Bismillah,
Alhamdulillah, sudah sebulan tak menjenguk ruang
Bukanlah busy ke ape ke, rasa untuk membebel itu makin pudar
Alhamdulillah,
Diri sudah selamat bergraduasi dengan kawan-kawan
Macam tak percaya je dah tamat belajar 4 tahun tu
Dulu-dulu fikir la apa akan jadi nanti, nak belajar apa, belajar kat mana, bla bla bla..
Sekarang Allah dah aturkan urusan hidup ini dengan baik
Tahniah kawan-kawan semua. You all did well :)
Kini melalui fasa kerjaya
Yelah, duk rumah je mengumpul lemak takde juga faedahnya kan
Cuma extra pointnye dapat berkhidmat kat mak ayah di rumah
Alhamdulillah kini berada di tempat kerja yang selesa
Dikelilingi officemate yang baik-baik belaka :)
Pasti ada hikmahnya kenapa Allah menempatkan saya di sini
Biarlah masa belajar dulu duk analisis data hari-hari, sekarang pun buat kerja yang, it doesn't matter to me
Just teruskan kerja itu, praktikkan ilmu yang dipelajari dan harap dapat bantu pihak cohort
Orang cakap jangan terlalu memilih untuk bekerja
Yes, saya setuju
Cuma kadang-kadang perlu memilih dalam beberapa aspek
Bukan jenis kerja semata-mata, tapi jenis pakaian kerja, batasan semasa kerja, waktu bekerja dan lain-lain yang berkaitan dengan syariat
Sayang sungguh jika kita sibuk bekerja tapi kita abaikan kewajipan kita padaNYA
Jadi bekerjalah tanpa meninggalkan tanggungjawab utama kita di dunia ni
Utamakan keberkatan dalam bekerja
Ada juga suasana kerja yang elok, tapi pekerja itu sendiri yang abaikan kewajipannya
So, ini salahkan diri sendiri ye
Lagi satu, bekerjalah kerana Allah
Bukan semata-mata duit yang dibayar setiap bulan
Bukan kerana nak itu nak ini
Pasakkan niat yang betul setiap hari, pasti Allah melapangkan rezekiNYA untuk kita
Aameen :D
p/s : Tahniah untuk officemate yang bakal mengakhiri zaman bujangnya this coming weekend.
Barakallahulakuma tikah :)
0 comments:
Post a Comment