Wednesday, January 9, 2013

Belajar VS Kerja

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
 
 
Bismillahirrahmanirrahim
 
Alhamdulillah Allah izinkan lagi diri ini bernyawa pada hari ini dan menghidupkan kembali blog usang ini
Alhamdulillah 2012 sudah berlalu, menjengah ke tahun 2013 dan menghampiri hari kelahiran Habibullah, Rasulullah S.A.W
Sekarang bukanlah masa itu semakin sempit tapi mungkin idea untuk menulis itu berkurang
Idea hanya mampu berkumpul di dalam otak namun tak sempat diluahkan di sini
Alhamdulillah Allah izinkan hari ini setelah selesai tugasan
 
Melangkah ke dunia pekerjaan ada bezanya semasa menjadi pelajar
dan jujur daripada hati saya, belajar itu lebih memenatkan berbanding kerja kerana :
 
1. Menjadi pelajar perlu banyak berfikir. Itulah maksud saya, penat berfikir sebab setiap hari pasti ada assignment yang menunggu. Perlu fikir macam mana nak siapkan, bila nak siapkan, nak siapkan yang mana dulu. Hanya tolak waktu solat, makan, mandi, urus diri dan tidur untuk tak fikir semua itu. dan hasilnya dulu selepas solat Maghrib atau Isyak, saya pasti syahid dahulu lebih awal berbanding rakan serumah. Dasyat!!!
 
2. Menjadi pelajar memerlukan pengurusan masa yang baik. Kita perlu uruskan hal kehidupan seharian dengan baik. Jangan amalkan menangguhkan kerja kerana lama-lama itu pasti akan menjadi tabiat kita. lepas tu mula la terkejar-kejar due date, mula la tak tidur satu malam siapkan kerja. That's not a good way kawan. Kan bertangguh itu pencuri masa. So, manage our time well ok :D
 
3. Kata orang kerja itu juga memenatkan. Yes, of course. Tiada kerja yang senang atas dunia ini. Bukan senang nak senang. Kerja itu tak akan membebankan kita jika kita berusaha menguruskan kerja kita dengan baik. Jika semua kerja dah siap, balik rumah kita dah boleh rehatkan diri. Tak perlu fikir sangat lagi tentang kerja. Tapi, ni tengoklah kerja macam mana kan. Setiap kerja itu ada cabarannya.
 
4. Biarpun setiap hari perlu keluar awal pagi, petang hari pula dihidangkan dengan jem yang lazat di jalan, Allah masih memberi kekuatan kepada diri ini berbanding semasa menuntut dahulu. Ini kerana hanya fizikal yang kadang-kadang memenatkan, otak sudah kosong daripada kerja di pejabat. Berbanding menjadi pelajar, kena bergerak sana-sini dan fikir itu dan ini setiap hari.
 
 
Apabila difikirkan dengan mendalam, pengalaman belajar selama berbelas tahun bermula darjah 1 hingga ke universiti itu amatlah berguna, dan anda akan rasa berbaloi dengan pengalaman belajar di universiti apabila sudah meniti di alam pekerjaan.
 
Adik-adik, bertahan dan bersabarlah dalam menuntut ilmu.
Tiada siapa yang tak stress, tiada yang tak gagal, tiada yang tak down dan macam-macam lagi.
Gunakan peluang yang Allah kurniakan sebaik mungkin kerana masih ramai orang di luar sana yang tak mampu bersekolah.
 
Walaupun baru bekerja 3 bulan yang tidak membebankan, saya dapat merasai kesannya untuk jangka masa panjang dalam kehidupan. Usah jadi hamba kerja. Jadilah hamba Allah yang bekerja keranaNYA. Usah harapkan habuan dunia sahaja, mintalah agar kerja kita itu diberkatiNYA.
 
Jika kita masih bujang, manfaatkanlah waktu bujang ini dengan sebaiknya. Timbalah ilmu kehidupan sebanyak yang boleh. Muda hanya sekali dan takkan berpatah kembali.
 
Jika sudah berumahtangga, pasti cabarannya lebih hebat sebab pengurusan masa itu pasti menjadi elemen yang sangat penting dalam kehidupan. Maka, hayatilah kehidupan berumahtangga dengan jayanya.
 
Mohonlah pada Allah agar sentiasa memudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat.
 
 
Jom jadi hamba Allah yang bersyukur :)
 
 
 
p/s : bekerja ini bekerja sementara masih bujang ye :p
 


0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More