Tuesday, June 11, 2013

Barakallah sahabatku Aisyah :)

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya

Bismillahirrahmanirrahim

Allah, sudah lebih 2 bulan tak menjenguk ke sini. Kian berhabuk dan bersawang nampaknya. Masa belajar dulu rajin je update. Bila dah keje rasa macam ada kekangan masa je, padahal kerja lima hari je seminggu. Sekarang dah masuk bulan empat tahun 2013. MasyaAllah sekejap je masa berlalu. Rasa macam je baru masuk tahun 2013. Mungkin kerana hari-hari bekerja itu, tak rasa sangat masa lambat berjalan.

 

Alhamdulillah Allah, hujung bulan lalu saya dan sahabat berkesempatan ke walimah sahabat kami di Ipoh. Barakallahulakuma Aisyah dan suami, nikah paling awai hang ye :)

Memasuki umur ini memang agak mencabar kerana rasa macam dah tua, ditambah dengan trend kahwin muda di mana-mana sekarang. Sampaikan kitorang pun rasa nak kahwin dah bila tengok kawan kahwin. hehe apa ingat kahwin tu senang macam pilih barang kat kedai ke. Sedangkan nak pilih cari kain kat kedai pun lama, apatah lagi pasangan hidup di dunia dan akhirat. 

Saya teringat kata-kata Prof. Dr. Muhaya, katanya yang belum tiba jodohnya itu bersabarlah. Sebab jodoh itu memang Allah dah tetapkan, bukan setakat siapa pasangan kita bahkan tarikh nikah tu pun Allah dah tetapkan, sama seperti tarikh kita akan meninggalkan bumi ini. Saya pun buatlah kesimpulan sendiri. Kalau kita yang merancang untuk kahwin pada tarikh tertentu tapi tak tercapai, itu maknanya itu bukan tarikh yang Allah dah tetapkan. Maka, teruskan usaha dan berdoa sehingga tiba hari tersebut. Never lose hope to Allah kerana pernikahan itu juga urusan akhirat. Pilihlah pasangan yang boleh membawa kita ke akhirat. Usah terlalu cerewet memilih, namun jangan sampai tak memilih langsung. Ikutlah petunjuk yang Allah kurniakan. Istikharah dan istisyarahlah ye :)

Gaya cakap macam dah kahwin je. hehe
For the next turn, saya doakan sahabat-sahabat saya yang lain akan bernikah apabila tiba masanya. Jangan lupa jemput ye. Buat yang dah bernikah, selamat bercinta hingga ke syurgaNYA :)



p/s :  Rabbi yassir wala tu'assir. Allah makbulkan doa kami :D

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More