Tuesday, June 18, 2013

Kenapa Pilih Dia

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
 
 
 
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah syukur atas segala nikmatNYA
Sebab panahan sahabat baik yang kembali mengaktifkan semula blognya yang best itu, ku turut rasa nak mencoret sesuatu di sini
Gambar kat atas tu pun kasi gempak je kan..hehe

Alhamdulillah dalam tempoh tiga bulan ini ku rasa sangat tenang
Allah susun dan aturkan yang baik-baik sahaja. sekelip mata sahaja semua dilalui dengan baik. memang Allah dah tetapkan yang terbaik untuk hambaNYA
saya pun tak pernah menduga ia berlaku secepat ini sebab sebelum ini rasa macam excited je untuk berada pada tahap ini, tapi bila dah betul-betul rasai, rasa macam biasa je
hari-hari dilalui dengan baik di sisiNYA alhamdulillah
 
eh, apa la saya merapu ni kan
ye, belum sampai masanya untuk saya dapat seorang imam tulang belulang rumahtangga yang nak
di bina
hanya mengira-ngira masa yang ada hingga sampai masanya
alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami dan semoga mudah hingga ke akhirnya
 
hari itu masa sahabat baik saya nikah, saya tanya satu soalan :
" aisyah, apa ko rasa masa lepas akad nikah tu? ko betul-betul yakin dengan pilihan ko?
 
saya kurang ingat jawapannya, lebih kurang begini :
"yup, aku yakin dengan pilihan aku na. masa tu aku fikir dia boleh bimbing aku, boleh ajar aku, boleh didik aku, boleh jaga aku sampai bila-bila "
 
Subhanallah, amazing answer from her. Jawapan daripada seseorang yang tidak bercouple sebelum nikah. Seseorang yang akan terus bercinta hanya selepas nikah. Saya tahu dia amat mencintai dan mengasihi suaminya mulai ijab qabul itu dilafazkan :)
 
saya yang belum nikah ni pun pernah diajukan soalan yang hampir sama oleh sahabat saya :
" apa yang buat ko boleh pilih dia? "
 
saya tiada jawapan yang kukuh masa tu. saya hanya kata "ade la sebabnya "
sebabnya itu hanya saya dan Allah yang tahu
sebab saya tak pernah menduga hal ini yang akan saya lalui
saya tak pernah minta untuk dapat benda ni daripada Allah
saya tak ada minta lebih-lebih daripadaNYA
cuma cuma saya ada pernah terfikir terlintas di fikiran, namun cepat-cepat saya buang fikiran melalut itu jauh-jauh. it's impossible!
 
macam entry saya sebelum ini ada yang saya tulis saya selalu tak dapat apa yang saya nak. at the same time, Allah kasi saya benda yang saya tak minta pun macam handphone, beg, jam tangan, kereta milik ayah. and now Allah hampir kurniakan saya sesuatu yang amat penting untuk dunia dan akhirat saya. Allah!
tak terdaya rasa diri ini untuk berlaku curang padaNYA. tak mampu nak buat apa yang Allah larang sebab Allah dah kasi macam-macam kat saya :(
 
 
Lepas ni kalau ada orang tanya saya lagi kenapa saya pilih dia, saya akan jawab :
 
" sebab Allah pilihkan dia untuk saya. sebab Allah suruh saya pilih dia. sebab Allah yang letakkan dia untuk saya masa mak saya mengandungkan saya empat bulan dulu "
 
Lagi satu jawapan yang boleh saya berikan saya pilih dia untuk mak ayah saya, untuk adik-beradik saya dan untuk keluarga saya. Bukan semata-mata untuk diri saya. Sebab kelak dia pun akan jadi sebahagian daripada keluarga, jadi Allah letakkan dia untuk berada dengan keluarga saya nanti dan harapnya keputusan ini adalah daripadaNYA.
 
Biarpun belum bernikah, fasa sebelum nikah juga amat penting sebab masa tu dah kena buat keputusan sebetulnya. Buatlah keputusan dengan kata hati daripada Allah. Fikirlah semasak-masaknya kerana si dia jodoh kita adalah untuk dunia akhirat kita. Letakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah dalam apa jua urusan.
 
Saya tak banyak pengalaman. Cukuplah saya berkongsi ini dahulu di sini. Berdoalah agar mendapat jodoh yang baik untuk dunia akhirat kita tidak kira sama ada dah bertemu si dia pilihan Allah atau pun belum.
Masanya akan tiba kelak. Berdoalah agar ditemukan dengan insan yang boleh menambahkan ketaatan dan kasih sayang kita kepada Allah kerna Allah hanya meminjamkan dia untuk kita kelak.
 
Marilah berdoa ketat-ketat di bulan Syaaban yang mulia ini.
 
Doakan segala urusan saya dipermudahkan sebab urusan ini adalah untuk dunia akhirat saya. Aaameen :) 
 



4 comments:

rasa nak nanges la baca entry ni.. terharu sangat. sungguh cinta yang halal tu sangat indah! jangan la cuba2 cinta yg tak halal.. banyak da contohnya di keliling kite.dan memang Allah akan beri kite ketenangan jika mmg Dia pilihkan dia unt kite. rasa sangat secure dan tenang bila ada di sampingnya. rasa sangat bahagia walaupun kita tak dilimpahkan dengan kemewahan. Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan buat kita berdua dan semua sahabat2 kita :) sayang mek na! muah2. :D

jangan nangis cik puan rama-rama..hehe
yup exactly love after marriage dilimpahi sakinah mawaddah wa rahmah
ak pun nak ikut jejak langkah ko syah
aameen moga kita dan sahabat2 kita berbahagia dengan pasangan kurniaan Allah selamanya :D
p/s : tenkiu sayang i..terharu :p

betulla kak. bila orang tanya kenapa pilih dia, rasa tak mampu nak jawab. sebab kita memang tak tahu kenapa pilih dia. saya mencari juga jawapan tu, tapi akhirnya jawapan yang dapat saya simpulkan; Allah yang pilih dia untuk saya, Allah yang ilhamkan.

Subhanallah wal hamdulillah.

Moga dipermudahkan urusan. doakan saya juga kak.

yup dik
nanti kalau org tanya tasnim, jawab je camtu
sebab pilihan kita tu memang ilham dan petunjuk daripada Allah
mungkin sesetengah orang ada jawapan spesifiknya macam karakter lelaki tu ke kan
tapi utk yang blur mcm kita ni,itulah jawapan yang paling best

doakan akak ye. nanti boleh datang rumah akak. akak doakan urusan tasnim juga dimudahkan :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More