Monday, July 15, 2013

Mati Itu Pasti

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
 
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah hari ini hari ketujuh Ramadhan pada tahun ini
Alhamdulillah Allah kasi ruang dan peluang lagi untuk beribadat lagi kali ini
Syukur seinfiniti
 
Ku tujukan entri ini khas buat achikku yang tersayang..dunia dan akhirat
Innalillahiwainnailaihi raajii'un
Memang mati itu pasti untuk semua makhluk Allah
Hanya Allah yang tahu bila masanya kita akan dipanggil nanti
 
Achik,
Sungguh along tak mampu berada di sisi achik di kala pemergian bonda achik yang tercinta
Tapi syukur sangat Allah izinkan kita bertemu hari itu walaupun tak lama
Biarpun baru tiga kali along jumpa mak achik, along tetap rasa macam dah lama kenal
Di saat along tengok mak achik kat hospital, hanya Allah yang tahu perasaan ini
Di saat along tengok adik achik yang lemah tak bermaya, along tahu betapa besarnya dugaan ini untuk Achik
Di saat along tengok achik dan peluk achik, along tahu betapa kuatnya achik sebagai kakak sulung yang perlu menggalas pula tanggungjawab untuk jaga adik-adik lepas ini dengan abah achik
Alhamdulillah Achik Allah izinkan achik jaga mak dari awal hingga nafasnya yang terakhir
Along ingat lagi achik cerita, "mak tak nak achik tinggal dia sorang-sorang kan dalam wad tu"
 
Achik,
Hari yang sama lepas lawat mak achik tu, along selalu terbayang-bayangkan mak achik..sebelum solat,selepas solat, sampaikan terbawa-bawa hingga ke solat
Mana mungkin along lupa sebab rasa baru je bersembang dengan mak achik kat rumah jerantut hari tu
Along teman asyik dimekapkan dalam bilik mak achik
Along tak lupa achik cerita mak dah fikir macam-macam untuk majlis kahwin achik nanti
Nothing could be forgotten dear
 
Bila along call mak beritahu yang mak achik dah 'pergi', Allah je tahu perasaan itu
Along tahan sebak beritahu dan bercerita pada emak sebab tak nak mak dengar along menangis
Achik sudah pastilah mencurah-curah tangisnya
Mak along cakap," tak sempatlah mak achik tengok achik nikah nanti "
Sabarlah sayang. Besar sungguh dugaan ini buatmu
Pemergian mak achik sangat mudah kan walaupun doktor cakap ada masa seminggu lagi
Sungguh, sungguh-sungguh Allah lebih sayangkan mak achik
Sekejap sahaja benda ini berlaku dan Allah dah pilih Achik dan family untuk hadapi semua ini di bulan yang barakah ini
 
Along tiada daya melainkan hanya mampu berdoa untuk mak achik dan achik
Achik kena tahu along sentiasa ada untuk achik
Sedih achik sedih along juga
Gembira achik gembira along juga
Along rasa kalau along di sisi achik sekarang pasti along yang lebih lebat tangisnya
 
Menangislah sayang sepuasnya andai tangis itu dapat melegakan hatimu :(
 
Maafkan along sebab buat entri ini. Entri ini pun sebagai satu cara untuk meluahkan rasa hati along sebab along sayang achik sangat. Memang kehilangan ibu yang tercinta itu sangat perit rasanya.
Kita doakan moga arwah mak achik tenang di sana dan boleh berjumpa di syurga nanti aameen.
 
 
Al-Faatihah
( 5 Ramadhan 1434H )
 


0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More