Wednesday, September 25, 2013

ALLAH KURNIAKAN YANG TERBAIK

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah Allah kasi saya kesempatan lagi untuk terus menyedut udara segar di muka bumi ini. Alhamdulillah walaupun blog ini jarang diupdate, ia takkan dibiarkan terkubur macam tu je sebab blog inilah tempat saya untuk mencoret apa yang patut. 

Sekejap sahaja masa berlalu. Setelah 11 bulan bekerja di TMC, kontrak kami telah tamat akhirnya. Tak sempat sampai akhir tahun. Mulanya terkejut dan berduka juga sebab kami dah selesa bekerja di sana. Seribu kenangan yang ada dan dapat berpotluck sebanyak empat kali alhamdulillah. Saya doakan sahabat-sahabat saya di Alam Damai menemui hala tuju masing-masing selepas ini serta berjaya di dunia dan akhirat. Buat yang bakal bernikah, semoga urusan kalian dimudahkan dan menjadi isteri yang solehah aameen :)

Hari itu saya berduka sekejap sebab apa yang saya hajati Allah belum makbulkan. Tiada siapa yang tahu apa yang saya rasa sebab hanya Allah yang tahu apa yang saya minta. Saya minta sungguh-sungguh, namun rezeki itu bukan untuk saya lagi. Ia untuk sahabat-sahabat saya yang saya sayangi dan rindui. Diri kembali ok setelah mendengar ayat-ayat positif daripada emak dan kakak. Saya tak la kisah mana pun sebab sejak sekolah lagi apa yang saya minta mesti saya tak dapat. Minta punyalah banyak tapi yang dapat hanya satu. Sampai family cop saya ni muka satu je. Ingatkan masa belajar je camtu, rupanya sampai ke alam pekerjaan. Memang ini yang Allah tetapkan untuk saya.

Bila difikir-fikir, ada seribu satu hikmah bila dah tamat kerja kontrak dan tak dapat kerja itu. Allah kasi saya ruang dan peluang untuk buat apa yang patut sepanjang cuti ini di kampung bersama ibu ayah tercinta. Saya tak dapat bayangkan andai saya masih bekerja. Saya perlu cari masa untuk pulang ke kampung pada hujung minggu untuk mengemas rumah. Sekarang saya gunakan masa yang ada sampai habis cuti. Setelkan dahulu apa yang boleh dan lepas ini kembali fokus bekerja, then kembali pulang ke kampung demi tujuan itu yang sangat penting untuk dunia akhirat saya. Andainya saya dapat kerja itu dan posting jauh, saya juga tak dapat bayangkan betapa haru birunya hidup saya untuk setelkan semuanya. Allah tahu kemampuan saya, sebab itu Allah belum izinkannya. Think positif :)
Mujur dikelilingi insan-insan yang positif, so saya pun bolehlah positif. Saya perlu buat apa yang patut dalam tempoh masa yang ada ini. 

Rabbi yassir wala tu’assir. Ini urusan dunia akhirat, kepada Allah saya serahkan segalanya.

p/s : mungkin ini entri terakhir saya sebelum tibanya hari itu. Doakan yang terbaik untuk saya 


0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More