Friday, October 11, 2013

Random Story

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dah masuk bulan Zulhijjah, dah nak raya haji lagi.
Atas kata-kata semangat my bestie supaya entry lepas tu bukan entry terakhir sebelum tibanya hari itu, saya rajinkanlah diri untuk membebel di sini. Dulu masa belajar bukan main rajin update blog. Baru keje beberapa bulan dah tak produktif. Nanti dah kahwin ada suami ada anak, entah ke mana campaknya blog ini. Ish3, takpe la sekali sekala asalkan berterusan :)

 Restu

Dalam kepala rasa macam-macam nak cakap. Saya buat entry bercampurla ye. Ikut suka hati je. Alhamdulillah dah sebulan tak bekerja dan duduk dengan mak ayah. Alhamdulillah misi untuk mengemas rumah dan tercapai 50% kot. Kan ada hikmah tak bekerja. Allah dah aturkan yang terbaik. Best sungguh jadi anak tunggal kejap-kejap kat rumah. Rasa macam semakin hari semakin sayang. cewahh. Mungkin Allah nak kasi saya masa bersama dengan mak ayah sebelum bertukar status nanti. Yela sebelum ni pun belajar kat KL, balik kejap-kejap je masa cuti. Bila kerja lagi la payah nak balik kecuali cuti umum haa. So, inilah peluang keemasannya sebelum bekerja semula nanti kat mana-mana. 

Nak tahu tak, the best moment dalam hidup ni bila mak ayah restui apa yang kita buat. Restu ini maksudnya mak ayah redha dan tak langgar syariat Allah. Ini maksudnya merestui anaknya yang ingin bernikah. Ayah cakap nak nikah kena dapat restu mak ayah. Well, its proved sebab bila kita direstui, Allah akan mudahkan laluan kita nak menuju fasa yang baru. Bila apa yang kita buat tu ikut syariat Allah, Allah akan mudahkan. Jiwa akan tenang dan tak keluh kesah. Kekadang ada juga mak ayah yang restu atau izinkan anak-anak keluar dengan mahramnya berdua sahaja. Tak kisahlah berkawan ke, bertunang ke. In my point of view, mak ayah memang kena tegas dalam hal ini terutama anak yang sedang 'berkawan'. Mak saya sangat tegas dalam hal ini. Sesekali mak takkan benarkan anaknya keluar berdua dengan lelaki mahram kecuali bila dah nikah. Jadi, anak-anak pun rasa tak secure bila nak buat. hehe sebab tu bila saya nak keluar jumpa kawan lelaki, saya berusaha cari kawan untuk temankan. kesian kawan-kawan saya selalu jadi mangsa. dan alhamdulillah dapat kawan yang memahami. bukan memahami diri kita, tapi memahami tuntutan agama :) 


Mudahkan, jangan sulitkan

Hari tu bestie kata masa sebelum dia kahwin, hidupnya kelam kabut jadi tak sempat update blog tentang persediaan. Ok la puan aisyah, meh cik lina bebel kat sini. hehe
Saya pun tak berkesempatan dengan blogger-blogger lain yang boleh update selalu. Cukuplah quick update ini. Main point daripada saya hanyalah mudahkan urusan perkahwinan, jangan sulitkan. Mudahkan ini mestilah bermula daripada fasa kita membuat keputusan untuk memilih dan menerima bakal pasangan yang Allah kurniakan. dalam sepanjang tempoh itu, teruskan berdoa, solat hajat dan solat istikharah untuk memandu hidup kita. Kemudian mudahkan lagi bila masuk fasa merisik, meminang dan bertunang. Zaman sekarang ni orang bertunang pun macam dah kahwin. Manusia ni memang suka lebih-lebihkan adat berbanding syariat. Just buat simple tapi bermakna :) 

Kawan baik saya kata just follow the flow. That's true. Memula memang fikiran berserabut sebab semua nak kena fikir sendiri. Sekali-sekala minta pendapat emak kesayangan. Ada orang siap ada checklist tu untuk pastikan semua lancar. Dalam banyak hal, benda penting yang paaling saya rasa bersyukur bila ayah kesayangan dah hantar borang kat pejabat agama. Borang tu penting tu kawan. Tak setel takleh kahwin. Takla susah sangat pun bila dah setel. Bila baca blog-blog pelbagai alkisah. Memang leceh sikitla nak kena buat hiv test la, surat pengakuan bujang la, ic saksi la..ikut jela prosedur tu dengan hati yang tenang ye kawan. Macam tak percaya pun ada masa tandatangan hari tu. haha. apa-apa pun alhamdulillah.

Ikutkan hati saya nak buat ala kadar je. Hari tu pergi butik dengan mak konon nak tempahla buat tirai sikit. Pekerja tu bagitau ambillah mini pelamin. kahwin kan sekali seumur hidup je. kataku dalam hati, "memanglah sekali seumur hidup, tapi duit buat bayar tu boleh simpan guna untuk belanja lepas kahwin, lagi penting ". Yes, memang saya sangat berkira dalam hal ini. Alhamdulillah Allah temukan saya dengan butik lain yang lebih baik dan berpatutan untuk majlis ini nanti. Allah memang kasi apa yang saya nak. Tapi ikut kemapuan memasing la. Yang mampu boleh buat meriah dan vogue sikit. Macam saya ni buatlah apa yang terdaya asalkan puas hati. Moga ianya cantik nanti :p

Hal-hal lain semua dalam progress. Semua dah tempah atas perbincangan dengan mak. Oh rasa tak sabar nak tengok baju dan kad nanti. Sabarlah wahai hati, masanya akan tiba nanti. Biasalah kekadang tu excited terlebih. Kekadang tu down jap. Kena doa semuanya dimudahkan dan lancar inshaAllah.

Actually, apa yang buat rasa nervous sikit ni bila kawan-kawan datang nanti. Tak tahula sebab apa. Dah dah, tak payah fikir. Ikut je flow semua. Buat persediaan apa yang boleh. Kan mudahkan je, jadi tak perlu nak runsing-runsing pun. Tinggal beberapa lagi belum selesai. Terima kasih kat orang kampung yang sudi nak rewang :)

Semalam jumpa tok sepupu. Dia tanya mak, saya ni tingkatan berapa. haha nampak sangat muka budak-budak. Takpela awet muda ;p



Ok, habis quick update tentang tu.
Tengokla kata-kata ustaz don yang penuh makna tu.
Itu yang paling penting bila kita nak memasuki fasa baru yang penting untuk dunia akhirat kita.

Akhir kata, doakan urusan saya dimudahkan hingga ke akhirnya
Jumpa lagi nanti

Wassalam :)

 

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More