Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Bismillahirrahmanirrahim
Disebabkan kelapangan masa yang ada ni, diri dirajinkan untuk menulis lagi di sini walaupun takla rajin mana pun. Sementara ada masa terluang kan :)
Duhai kawan,
Marilah kita rukuk dengan betul semasa solat which is 90 darjah.
Saya kekadang perhatikan macam-macam gaya orang rukuk. Nak tahu rukuk kita betul atau tidak, cuba letak gelas kosong di atas belakang masa rukuk (luar solat jela). Kalau gelas tu statik je tak jatuh, betullah tu rukuk kita. Kena biasakan ubah slow-slow rukuk kita jika sebelum ni kita terkurang atau terlebih darjah sujud tu.
Hari tu saya tegur adik sebab rukuknya lebih ke bawah. "Adik, rukuklah betul-betul. Kena 90 darjah dan masa rukuk tu mata pandang ke tempat sujud. Bukan pandang ke bawah sampai menunduk. Adik terus ubah slow-slow dan saya tengok rukuknya dah betul lepas tu masa solat. Alhamdulillah :)
Sekarang kita sembang pasal sujud pula. Haa bab ni lagi la macam-macam gaya tak kira lelaki atau perempuan. Kita pun sedia maklum kan masa sujud ada tujuh tmpat yang kena cecah sejadah. Dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua hujung jari kaki (tapak kaki). Dari sekolah rendah lagi kita dah belajar tentang ni dan sampai sekarang saya ingat pasal ni. dan part yang paling penting bagi saya ialah dahi tu. Lelaki kekadang ada yang sujudnya kepala yang cecah sejadah, bukannya dahi.
Hari tu mak tengok sepupu lelaki umur 12 tahun solat. Masa sujud terang tang tang kepala yang kena sejadah, means rambut dan kepala la bahagian atas tu. Itu kecil lagi belum baligh. Jika mak ayah tak ambil tahu, habit tu akan lekat sampai tua. So mak ayah semua, jangan lupa perhatikan gaya solat anak-anak anda ye. Oh lagi satu, lelaki pun kena pastikan rambut tak la terjurai kat depan masa sujud. Bagi perempuan pula kena pastikan sejadah tu tak terhalang oleh kain telekung atau tudung yang dipakai. Ada juga sesetengah yang pakai tudung sebelah dalam tapi tak disingkap molek dengan telekung, jadi bila sujud tu dahi tu tak cecah sejadah sebetulnya, cium jugak tudung tu. Jadi dah tak cukup syarat sujud tu kan. Sayanglah kan solat punya solat tapi sujud tak kena cara. Kita kena solat dengan sempurna daripada sudut fe'li dan qauli. Memang, memang rata-rata perempuan macam ni. Saya bukanlah ustazah pun, tapi mungkin ini salah satu cara untuk menegur kesilapan umat Islam dalam solat. Lepas tu yang paling saya ingat mak pesan, dahi tu biar sekurangnya luas tiga jari (telunjuk, hantu, manis). Bila nak solat, saya akan ukur dulu cukup ke tak sebab mak pun buat macam tu. Anak mak kan. hehe
Konklusinya, marilah kita berusaha sentiasa untuk membaiki dan membaikkan solat kita. Jika bukan sekarang, bila lagi.
Renung-renungkan dan selamat beramal :)
Posted in:
0 comments:
Post a Comment