Thursday, December 26, 2013

Pernikahan yang Diberkati

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Bismillahirrahmanirrahim




Alhamdulillah 'ala kulli hal
Segala yang dirancang sebelum ini dah berjalan dengan baiknya
Majlis pernikahan dan kenduri di kedua-dua belah keluarga berjalan dengan baik
Alhamdulillah sungguh saya merasakan majlis itu diberkati Ilahi

Alhamdulillah cuaca pun elok masa hari kenduri
Makanan yang rewang dan catering semuanya cukup
Doorgift untuk tetamu juga cukup, siap ada lebih banyak so lepas tu agih-agih kat saudara mara dan kawan-kawan
MasyaAllah sungguh saya rasa macam sekelip mata je dah jadi isteri orang ;p

Sebelum nikah macam-macam fikir dalam kepala ni
Masa tu la sibuk cari macam-macam kerja sebab nak kerjala kan even dah kawen
Tapi bila dah nikah tak rasa lagi nak cari apa-apa kerja..haha tak tahula kenapa gitu
Tunggulah dulu. Memang betul Allah nak kasi diri rehat lama dulu dengan suami sebelum bekerja

Sungguh, nikmat bercinta selepas nikah itu lebih indah
Hebat sangat kuasa  cinta Allah kepada hambaNYA
Boleh bercinta bila-bila masa tanpa sempadan bila berdua dengan suami
Tapi janganlah sampai melebih-lebih di hadapan umum
Kena pandai-pandai jaga dan pelihara syariat Allah

Betullah kata sahabat baik saya Aisyah, ' orang yang belum kahwin takkan faham apa yang orang dah kahwin lalui '
Fuuh, memang terbukti syah
Memang susah nak explain kat orang. Speechless :D

Lagi satu point yang saya dapat bila dah bernikah ialah anak-anak memang sangat patut menghargai dan menghormati jasa budi ibu bapa masing-masing. Budi mereka takkan mampu kita balas sampai bila-bila. Jadi salah satu caranya ialah menjadi anak yang soleh atau solehah :)

Bersabarlah kawan andai kalian belum bernikah
Jaga segala peraturan dan syariat yang Allah dah tetapkan hingga tiba hari pernikahanmu itu
Percayalah dengan janji Allah, InsyaAllah semuanya akan dimudahkan



photographed by Positive Pixel :)

Saya tak pernah letak kriteria suami yang saya nak tu macam mana
Namun cuma satu, hanya satu ini daripada awal dulu
Saya hanya inginkan suami yang menjaga solatnya dalam hidupnya seharian
Biarpun kami kenal selama lapan tahun secara jarak jauh dan saya tak mengenali sangat peribadinya, saya hanya yakin kan diri dengan Allah 
Alhamdulillah apa yang saya yakin dulu dah terbukti kini
dan saya berdoa serta berharap apa yang dilalui di awal fasa ikatan ini akan sentiasa berkekalan hingga ke akhirnya, hingga ke syurga. Ameen :)

Terima kasih Allah :D


- suatu hari tu nak keluar rumah suami tanya pakai seluar ke. saya kata ye dan tanya, 'boleh tak nak pakai seluar? suami kata ' boleh, asalkan tak ketat dan bukan legging. tu kat rumah je boleh'. saya kata' kat rumah pun tak buat camtu'..heheh

apa saja yang kita buat semuanya dah tertanggung atas kepala suami walau sekecil-kecil benda. jadi pelihara segalanya sebagai bukti kasihnya kita pada suami kita.


Wallahu'alam. 

1 comments:

haa kannn.. dah rasa dah mu na.. hehe baru sempat membaca na.. ehehe

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More