Thursday, January 15, 2015

Pengalaman di The Malaysian Cohort (TMC)

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, kita sudah memasuki tahun baru 2015 dan inilah entri pertama saya pada tahun ini. Allahu, saya cukup merindui hobi ini sejak di kampus dahulu namun kadang-kadang kebuntuan idea dan sedikit kemalasan ini menyebabkan blog ini seakan-akan dibiarkan. Semoga saya terus rajin menaip di sini apabila diberikan kesempatan oleh Allah.



Kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya bekerja di The Malaysian Cohort hampir dua tahun selepas tamat belajar. Alhamdulillah, inilah kerja saya yang pertama selepas 4 tahun menimba ilmu di UKM. Dahulu saya terfikir-fikir apa pekerjaan saya nanti. Tidak terjangkau pada fikiran, Allah letakkan saya di sini tempat yang terbaik untuk saya walaupun berada di bawah sektor badan berkanun dan berstatus kontrak.

Hampir dua tahun di sini cukup mematangkan saya dalam bidang pekerjaan. Kini, saya terlalu merindui kenangan sepanjang bekerja dengan staf diet terutamanya. Oh ye, saya bekerja sebagai pembantu penyelidik di bawah unit diet dan nutrisi. Taklah lari daripada bidang kan. Begitu cepat masa berlalu, sekarang officemates dah punyai haluan masing-masing. Ada yang sudah berkeluarga, ada yang sudah punyai kerja tetap, ada yang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan lain-lain. Apa-apa pun, saya doakan mereka semua berjaya dalam hidup mereka di dunia dan akhirat.

Ok berbalik dengan pengalaman bekerja di TMC, ia ibarat satu anugerah terindah buat saya sebab kerja ini kena dengan jiwa saya. Jika diikutkan, boleh je saya nak apply kerja lain tapi memandangkan saya sedikit cerewet maka ia tetap menjadi pilihan saya hingga perlu berjauhan selepas kahwin :)
Di sini kami ditugaskan untuk menganalisis rekod diet peserta TMC. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.mycohort.gov.my atau FB The Malaysian Cohort.
Di sini Allah kurniakan saya ketua unit yang baik, pengurus projek yang berdedikasi dan rakan-rakan staf yang saling menolong. Pasti saya tak mampu bekerja tanpa mereka. Walaupun sekejap sahaja bekerja, begitu banyak ilmu dan pengalaman saya bersama mereka.

Kita hanya merancang, namun Allah yang menentukan. Biarpun saya sangat menyayangi kerja ini, akhirnya Allah tunjukkan saya untuk tidak lagi berkhidmat atas beberapa kekangan. Saya ingat lagi sebulan sebelum berhenti, hanya air mata yang menemani saya kerana saya perlu bertekad dengan keputusan saya. Saya perlu memilih yang terbaik. Memang saya sayangkan kerja ini tapi ada insan yang lebih memerlukan saya di tempat lain. Alhamdulillah, saya rasa ini memang keputusan saya yang terbaik dan saya cukup tenang di tempat baru, tanpa hiruk-pikuk kotaraya, tanpa traffic jam saban hari dan sebagainya.

Allah kuatkan diri saya selama lapan bulan berkhidmat pada tahun 2014. Saya cukup merindui mereka hingga kini dan takkan pernah melupakannya hingga hujung nyawa saya. InshaAllah Allah akan kurniakan rezeki lain pula selepas ini. Terima kasih yang tak terhingga buat semua staf The Malaysian Cohort yang banyak membantu saya selama saya di sana. Semoga TMC terus cemerlang di Malaysian dan segenap dunia :)




Bersama geng Alam Damai yang sempoi :D

Biitaufiq wannajah 

Wallahu'alam.

3 comments:

Ex Cohort ker? Xkenal pon..hehehe.. Dalam gambar tu cuma kenal puan Laili je., Sy Ex Cohort 2007-2010. Memang best keje sini tp nak buat mcm mane, terpaksa ubah angin keje di sektor swasta..

Owh tak sempat. Kami masuk tahun 2012. Kira senior cohort la ni ye. Yup ade mase rezeki kat tempat lainla pulak kan..ade pengalaman manis kat cohort...:)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More