Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Kopi Senyum
Pertama ialah review saya tentang Kopi Senyum. Bukan nak promo ke apa, tapi nak share tentang pengalaman sendiri dengan kalian. Ok, kisahnya bermula begini. Masa bulan 11 tahun 2014, saya bersama rakan sekerja pergi ke lapangan di Felda Besout, Perak. Pada hari terakhir soal-selidik pemakanan tu, ada la seorang makcik ni yang sangat sempoi, suka tersenyum dan wajahnya tak macam umurnya, a.k.a awet muda gituu. So, bila tanya rekod diet memang dia ada minum kopi senyum ni setiap hari. Katanya dah amalkan selama lima tahun. Oh, dah lama rupanya kopi ni wujud, daku ketinggalan zaman. Hehe
Sambil soal selidik tu, makcik ni bersungguh duk promote kopi ni. Dah la saya ni memang tak boleh minum kopi, apa-apa jenis pun sebab memeningkan kepala -_-. First, makcik ni cakap badan dia rasa bertenaga dan dulu masa pergi umrah pun bertenaga. Second, dia cakap bila buang air kecil tu tak berbau, tak macam kopi lain. Thirdly, of course dia cakap kopi ni sedap sangatt.
Saya ni dah macam nak terpengaruh haha. Disebabkan kat felda tu ramai peserta minum kopi ni, kami perlulah cari maklumat pemakanan tu untuk dapatkan nilai kalori dan nutrient. Maka, lepas je balik semula kat KL saya saja survey kat Giant Batu Caves kot-kot ada kopi ni. Alhamdulillah memang ada dan saya beli satu bungkus (20 paket).
First minum, saya minum setengah paket je untuk satu cawan sebab takut pening kepala. Memang dah lama saya tak minum kopi sejak belajar kat matrik, kalau minum pun sebab teringin sangat tapi lepas tu rasalah padahnya sendiri. Kepala berputar-putar alam.
Mula-mula minum kopi ni rasa jugalah denyut-denyut kepala tapi sikit je dan i can bear with it. Tapi yang bestnya tak kerap ke tandas untuk buang air dan urin tak berbau okeh :). Biasa kalu minum kopi lain, memang berbau urin tu, tak best langsung huhu. Jadi, lepas tu saya konsisten minum kopi ni biarpun bukan setiap hari.
Untuk makluman korang, kopi ni 5 dalam 1. Diperbuat daripada kopi arabica, stevia, madu, kurma merah dan ubi bit. Komponen utama ialah kopi arabica, which is kopi yang ada kandungan kafein paling rendah. Hari tu duk google baru tahu dan barulah saya tahu kenapa bila minum saya tak pening kepala horeyyy :D. Maksudnya kopi lain tu guna kopi biasala kot, sebab tu pening-pening lalat. Satu lagi kopi ni guna stevia, bukan gula biasa. Bila minum, manisnya ala kadar je dan sedap diminum. Lepas tu ada madu, jadi tak payah cari madu lainlah untuk diamalkan. Kira dah jadi pemakanan sunnah ni hehe.
Alhamdulillah, terima kasih makcik yang kongsi dengan saya hari tu. So, anda yang nak mencuba bolehla cari di mana-mana stokis atau kiosk yang jual produk muslim. Saya dah tahu kat mana boleh cari kopi ni kat kedah ni :)
NutriGoat Miracle 8 (NGM8)
Review kedua saya ialah berkenaan susu kambing. Selama saya hidup, saya tak pernah cuba minum susu kambing sebab orang kata hamis. Daging kambing pun kadang-ladang ada yang hamis. Even hi-goat yang glemer tu pun saya tak pernah cuba. Memang dah lama niat nak cari susu kambing, macam-macam saya google dan baanyak sangat jenama susu kambing kat malaysia ni sekarang, tak tahu nak pilih yang mana. Nak la jugak minum susu setiap hari kan. Consult orang lain untuk minum susu tapi diri sendiri tak praktik pun heh! So, saya pun duk google lagi sehinggalah saya terbaca entry Achik yang saya sayangi berkenaan NGM8 ni. Dia pun baru je minum dan katanya sedap. Saya teruskan google lagi tentang susu ni. Macam-macam komen ada. Yang bestnya susu ni 8 dalam 1 ye kawan-kawan. Komponennya ialah susu kambing, habbatussauda', delima, buah tin, kurma, za'faran, madu, kismis dan buah zaitun. Wow, banyak tu. Dulu-dulu siap beli kurma sebab nak makan hari-hari. Laa ni tak payah dah sebab banyak dah dicampurkan dalam satu paket susu kambing ni :)
Ikut mulut saya ni, susu kambing ni tak berbau hamis dan rasa creamy macam tu dan a bit sweet kalau kita bancuh untuk satu gelas. Manisnya so-so gitu tapi bagi saya manislah sebab saya dah kurang suka benda manis sekarang, jadi taruklah air kosong tu banyak sikit, maka cairlah jadinya hehe. Sekarang ni saya dah habiskan satu kotak (15 paket) susu ni, tu pun culas-culas minum. Effectnya ialah of course ulang-alik ke tandas mungkin sebab nak detox dan untuk makluman korang, susu kambing bagus untuk penghadaman, that's why la tandas jadi kawan baik. Jadi, saya minum bila duk rumah je. Hurmm, saya tak nampak sangat lagi kesan minum ni sebab baru sikit kan tapi yang ketara juga ialah tidur yang sangat lena. Jadi, sesiapa yang payang sangat nak lelap malam tu boleh cuba ni. Satu lagi yang saya rasa best sangat bila sistem dalaman badan ni dah kembali ok walaupun baru minum satu kotak, dan sebab ni jugalah saya nak amalkan susu kambing ni. Btw, thanks a lot Achik yang sudi hantar susu ni kat Along hari tu. Hopefully, kita konsistenlah minum susu ni ye sampai bila-bila. Alhamdulillah, boleh amal satu kegemaran Rasulullah s.a.w iaitu minum susu kambing.
Korang yang nak tahu details tentang khasiat susu ni bolehla google ye. Dah ramai orang review tentang ni. Satu kotak tu ada 15 paket, setiap paket tu ada 30g susu tu dan harganya RM 40 sekotak. Berbaloi-baloi inshaAllah :)
Yang pasti kedua-dua produk ini memberikan kesan tidur malam yang sungguh lena, biiznillah.
Yang pasti kedua-dua produk ini memberikan kesan tidur malam yang sungguh lena, biiznillah.
Sesiapa yang nak bertanya apa-apa berkenaan dua produk muslim ni, boleh tinggalkan komen di sini
Lets back to pemakanan sunnah
Wallahu'alam.
0 comments:
Post a Comment