Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Thursday, June 30, 2011

jadi manusia muslim dulu

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya

Alhamdulillah,
Entri terakhir sebelum kembali ke dunia metropolitan itu
Dunia yang merbahaya jika kita tersilap langkah, silap memilih jalan

Semasa bersembang dengan rakan-rakan pada bulan yang lalu, seorang rakan berkata ,
" kenapa ye kat negeri ni banyak sangat masalah? dalam paper mesti ada berita daripada negeri ni "

Tuesday, June 28, 2011

soup of the day

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Terima kasih buat sahabat yang berkongsi resipi ini :)


Creamy Mushroom Soup


Bahan-bahan :
5 tablespoon tepung gandum
2 tablespoon mentega
1 tin cendawan butang dicincang kecil-kecil ( senang beli yang dah siap hiris )
1/2 tin susu sejat
5 ulas bawang putih dicincang halus
2 kiub pati ikan bilis
1/2 teaspoon serbuk lada putih
Garam secukup rasa


Cara-cara :
* Cairkan mentega dalam periuk
* Gaulkan tepung gandum ke dalam mentega yang dah dicairkan hingga sebati
* Blend campuran tadi dengan air setengah blender
* Masukkan hasil blender ke dalam periuk, tambah air mengikut sukatan yang dikehendaki
* Larutkan kiub pati ikan bilis dan masukkan ke dalam periuk
* Masukkan serbuk lada putih dan bawang putih
* Kacau hingga kuah jadi pekat berkilat
* Masukkan cendawan, susu dan garam
* Kacau hingga rata


- kalau guna dua kiub ikan bilis, tak perlu tambah garam dah. memang dah cukup masin
- bolehla try ye, buatan sendiri ni selamat daripada bahan perasa tambahan
- dulu-dulu ingatkan letak tepung jagung sup jadi pekat, letak tepung gandum pun boleh
- mari kalahkan mushroom soup kat pizza hut ^__^
- resipi boleh diubahsuai mengikut citarasa anda!


Selamat mencuba =)

Monday, June 27, 2011

kekurangan zat makanan (KZM)

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Si kecil ini umurnya hampir 2 tahun, namun beratnya tidak selari dengan umurnya. Kategori orang asli di sebuah perkampungan di Sabak Bernam.Kurang berat badan, kekurangan zat makanan. Diletakkan di bawah program Bakul 1 Azam. Kandungan Bakul 1 Azam :

Saturday, June 25, 2011

ayah.abah.papa.daddy.abi.walid

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Penuh status-status di FB masing-masing mengucapkan Selamat Hari Bapa untuk ayah masing-masing. Tidak kurang juga cerita-cerita di blog. Masing-masing mempunyai seorang ayah yang baik dan istimewa. Alhamdulillah, wujudnya saya di dunia ni dengan wujudnya ayah, dan juga ibu yang mengandung dan melahirkan saya.

Ayah hanya orang biasa, namun luar biasa di depan mata saya. Ayah bukanlah seorang pendidik yang popular, namun cukuplah boleh mendidik kami puteri-puterinya dengan baik. Ayah saya unik sebab ayah tak guna handphone dalam hidupnya. Tak ke pelik di zaman sekarang? Mak ayah (nenek) pun tahu guna handphone. Ada la baik buruknya bila tak guna handphone. Komputer pun ayah tak pandai guna. Belajar sekejap je, lepas tu berhenti. Tengok jela anak-anaknya guna laptop hari-hari kat rumah.

Tuesday, June 14, 2011

MasyaALLAH!

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Sedang leka menekan pedal minyak, tiba-tiba kereta di hadapan perlahan je, terus tekan brek. Bila semakin mendekati traffic light, barulah tahu apa sebabnya. There was an accident. Sempat melihat sekujur tubuh terbaring kaku di bahu jalan, dengan motorsikal terbaring dan pakaian mangsa. Sangat terkejut bila nampak mata si mangsa terbuka. Tak pasti masih hidup atau dah sampai ajalnya. Mungkin kemalangan dengan sebuah kereta sebab ada satu kereta depan motor yang terbalik tu. Kereta tu takde pape, pemandunya pun nampak ok. Yang mungkin parah penunggang motor.

Kaget sebentar, belum pernah tengok kemalangan yang mangsanya mata terbuka. Lari mood jap,sambil fikiran terbang melayang-layang. Biarpun tak kenal orang tu, rasa sedih je tengok dia yang terbaring atas jalan. Andai masa tu dia dah meninggal, sungguh sedih sebab matinya dalam keadaan begitu. Masa tu belum ada polis, jadi accident tu baru je terjadi. Mungkin si mangsa itu pecut motornya laju sangat. Kepala duk terbayang-bayang lagi. Jika orang tu ialah ayahku, atukku, pak cikku dan saudara-maraku, entah macam mana la kan. Terus teringat memori hampir enam tahun lalu.

Pengajarannya :

Bila kita berada atas jalan, tak kisahla drive kereta, motor, lori atau jalan kaki, kita dah mendedahkan diri kita dengan bahaya. Samseng jalanan kan banyak. Kena hati-hati.

Ingat, ada kat jalan tu bukan nak selamatkan diri sendiri je. Keselamatan orang lain gak. Usah terlalu gopoh di jalan raya jika menyusahkan orang lain.

Fokus masa drive. Sekali fikiran terbang/ mata terlelap/sibuk  layan handphone, macam-macam boleh terjadi tanpa sedar ( kun fayakun ).

Pesanan penaja  : Kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Berhati-hatilah walau di mana  jua anda berada =)


* perasaan kehilangan insan tersayang akibat kemalangan adalah berbeza dengan yang bukan sebab kemalangan.

* DRIVE CAREFULLY, YOU WILL ARRIVE SAFELY

Saturday, June 4, 2011

hei, alaskan kakimu

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Sunnah Memakai Alas Kaki ketika ke Bilik Air

Berbagai makhluk patogen seperti cacing tambanh, bakteria tetanus clostridum tetania, virus hepatitis dan sebagainya yang dapat memasuki tubuh badan kita. Bakteria ini masuk melalui luka-luka kecil atau mikrolesion yang ada pada kulit. Antara yang paling berisiko adalah telapak kaki yang dibiarkan bersentuhan secara langsung dengan tempat-tempat kotor. Antara amalan kebersihan yang bersifat preventif Rasulullah adalah memakai alas kaki apabila masuk ke bilik air. 
Pakailah alas kaki ketika memasuki tandas atau bilik air.

( copy terus daripada buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit )

Thursday, May 26, 2011

kerja halal tapi...

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Hari-hari terpaksa makan di luar buat masa sekarang walaupun memang selama ni beli makanan di cafe.  Tu tak terasa sangat sebab dah biasa dengan harga tu. Ni perlu labur lebih banyak sikit. Takpe, bertahan untuk beberapa minggu lagi.

Minggu lepas keluar makan tengahari dengan rakan-rakan. Penghulu hari, hari Jumaat. Masuk ke satu kedai, majoriti pekerjanya adalah lelaki. Yang amik order, yang masak, yang hidang makanan. Yakin mereka adalah melayu islam. Dah habis waktu solat jumaat pun, mereka masih kerja. Padahal masjid negeri yang besar tu dekat je. Ke silap kami yang pergi makan masa solat jumaat, menyebabkan mereka tak dapat ke masjid. Oh, itu bukan alasan. Ada juga pekerja wanita kat sana. Bukan kedai tu je, kedai-kedai lain pun sama. Tetap ada orang lelaki di saat khatib membaca khutbah.

Sunday, May 15, 2011

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya





Entry khas :

Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh dunia
Especially buat emak, ayah dan dua kakak
Juga buat ayahcik, mak su, pak su, mak cik, mak teh, cik de, su dan ayah su
Juga sedara-sedara terdekat yang jadi guru

Selamat Hari Guru gak untuk cikgu-cikgu tersayang
sejak kecil sampai sekarang
cikgu pra-sekolah, SKPP, SMKAKA
tak lupa juga pensyarah-pensyarah di matrik dan tempat ku berada sekarang
tanpa mereka, saya takkan jadi apa yang saya jadi sekarang=)

Ni untuk yang jadi cikgu under KPM tu
yang bukan bawah KPM pun  tetap bergelar guru
cikgu, guru, teacher,sir, ustaz,ustazah,murobbi dan apa-apa lagi
jadi, selamat hari guru untuk semua

Bukan 16 Mei je ingat guru
Hari-hari kena ingat
Sebab hidup kita sentiasa dididik, secara sedar atau tak sedar
Setiap hari ade je benda yang mengajar diri kita, kan?
Hidup takkan berhenti untuk belajar sampaila ajal menjemput


~ nak ucap selamat hari guru gak buat si penyelia-penyelia tempat praktikal yang baik hati dan banyak ajar kami :)


AL-MU'ALLIM SA'IIDUN

Wednesday, May 11, 2011

terus belajar


Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. 
Boleh jadi apa yang kita tak nak tu adalah yang terbaik untuk kita.
Dulu diri redha bila tempat praktikal yang dimohon tak diluluskan. Sedia jiwa dan mental ke tempat yang ditetapkan.
Alhamdulillah segalanya dipermudahkanNYA. Walaupun perlu berkorban masa, tenaga dan wang ulang-alik ke sana, saya yakin banyak manfaat yang akan diperoleh di sana.
Melihat pegawai-pegawai bekerja, saya tahu kerja mereka banyak dan bertimbun atas meja masing-masing. 

" baru kau rasa camne rasanya keluar rumah kul 7 pagi dan balik rumah kul 6 petang "

Wednesday, April 20, 2011

rezeki tak datang bergolek

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Sedang menikmati rezeki yang Allah kurniakan, tiba-tiba
tok,tok,tok
'hurm, sapela ye datang bilik waktu petang camni?'

'adik nak beli kerepek tak? satu rm 2.30. fresh lagi ni, makcik baru siap buat'

belek-belek jap kerepek makcik yang 3 rasa tu

' kejap ye makcik, nak amik duit, saya beli 2'
' makcik tinggal kat mana?'
' makcik tinggal kat sini-sini je'
' adik amik 3 la senang. bayar rm6 je, tambah duit seringgit lagi' 
' oh, ok makcik, saya tambah seringgit '
' ni baru makan tengahari ke?'
' aah makcik, tak rasa lapar '
' pastu malam dah tak makan ke?'
' tak makan dah'

(terfikir jap kenapa makcik tu tanya pasal makan tu )

'terima kasih makcik'

Makcik tu teruskan lagi jualannya dari bilik ke bilik. Boleh dengar dia ketuk setiap bilik.
dan saya yakin 3 plastik besar yang dipenuhi kerepek tu akan habis dibeli oleh pelajar-pelajar kat sini
Kebetulan musim exam, orang pun malas nak keluar
Bolehla sambil study tu, ber'snacking' sekali-sekala

Hujan sangat lebat tadi, tapi makcik tu berusaha mencari rezeki itu
Moga makcik semakin dimurahkan rezeki
Bukan senang nak senang tau!

Ibrah hari ini  :  cuba meletakkan diri sendiri pada situasi orang lain dan hayati hikmah
di sebaliknya ;)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More