Thursday, May 7, 2009

imtihan oh imtihan

ALHAMDULILLAH….perjuanganku selama setahun di sana dah berakhir…dgn berakhirnye mnjawab soalan amali biokimia metabolisme smlm…setelah bertemu muka dgn soalan yg pelbagai bentuk…8 paper…mcm nak ambil pmr je..hehe….dlm 3 mggu..berusaha n terus berusaha..dgn kwn2…berusaha sekadar yg mampu..sedaya mungkin..selagi bernafas…asalkan kita brusaha..kerna..ALLAH tidak melihat ape yg dpt kita hasilkan, tetapi DIA melihat apa yg kite usahakan…ape jua gerak krja kita..belajar…bekerja..berdakwah..n so on…

Tak dpt dinafikan..semua yg mghadapi imtihan itu nak dpt result yg baik n cemerlang..xde sape pun yg nak gagal,nak reseat kan…begitu juga dgn sy…ape yg kite dh usahakn,mstilah kite nk dpt hasil yg elok kan…sejak kite kecil lg..kalau exam,nak dpt no 1 je slalu..itu brmkna kite dh berazam..upsr nk dpt 5a..pmr nak 8a..spm nk 10 a..masuk matrik,nak dpt 4.0…masuk u pun nak 4.0,nak dean list slalu stiap sem…siape yg xde keinginan mcm tu kan..semua org ade…bila dh berazam,bercita2 cmtu,kite akan berusaha sungguh2 mendapatkannya..berjuang separuh mati..kalau dh sepenuh mati,xde mknenye dah berjuang..hehe..berjuang ‘di sana ‘ la pulak kan..ye..kita berazam,then kita berusaha..kita berdoa pdNYA tidak putus..n yg terakhir kita bertawakkal pdNYA..kite serahkan pdNYA segala2nya..segala yg dtg pd kita sama ada baik atau buruk adalah kehendak yang ESA…” Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal “ (Al-‘Imran :159)

Memang begini putaran hidup kita…kita belajar.kemudian kita exam…pastu blaja lagi..imtihan lagi..walaupun dah bekerja pun,still kne exam…kecuali bila dh bersara..boleh la rest n relaks drpd exam ni…hidup ni x pernah putus dgn ujian..yup..ujian..x kiralah ujian besar atau kecil..kerna..setiap hamba Allah itu pasti diuji..kerna…Allah pasti menguji hamba2nya yg beriman…kerna..jika Allah menguji seseorang itu,bermakna Allah menyayanginya..peperiksaan setiap bulan.setiap semester,setiap tahun..ialah ujian dunia..yang dikawal,diselia,ditadbir oleh manusia..hamba2NYA..yg pasti setiap drpd kita menghadapinya..namun..jangan dilupa pd ujian2 lain..masih byk ujian yg kita hadapi…ujian drpd ALLAH…sama ada ringan atau berat..semuanya terserah pdNYA yg berkuasa..usahlah kita bersusah hati atau bersedih apabila mghadapi ujian yg berat..kerana iman kita sedang diuji sbenanrnya..semakin kita diuji, kita akan semakin dekat padaNYA..semakin menyayangiNYA..kerana tempat kita bergantung harap hanyalah pdNYA tika kesusahan itu datang..sebabya..kesusahan yg dtg itu juga adalah daripada ALLAH…apa2 sahaja dlm hidup ini totalnya drpdNYA..DIA yang slalu mengawasi,memerhati n menjaga kita setiap masa..tanpa kita sedari..oleh sbb itu,hanya pada ALLAH tempat kita mengadu,berdoa n memohon apa2..sbb DIAlah yang berkuasa utk mengabulkan segala hajat permohonan hmba2NYA…

Kita bukan shja nk berjaya dlm ujian dunia..berusaha nk nak dpt hasil bgus..tapi kita juga sedang berusaha berjuang..mengumpul bekalan..bekalan di SANA nanti..kerana kita dihidupkan bukanlah saje2 je kt dunia ni…kita telah ditaklifkan sejak lahir.{ “ tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKU”- Az-Dzaariyat : 54}... . .ye..sbg hamba ALLAH…yg mmpunyai plbagai tanggungjwb di dunia..bukan dihidupkan utk enjoy di dunia..makan best2..sorak situ..sorak sini…hidup scara bebas..tanpa rase ape…ini brmakna menyiakan hidup ni..tiada asas pegangan hdup..tapi,jika kita berpegang bahawa kita adalah hamba ALLAH,kita sndiri tahu ape tugas n peranan kita selama mana kita diberikan nafas utk menyedut gas di bumi ini..dibiarkan jantung kita terus berdenyut setiap saat..diberi ruang pd kita..utk melaksanakan tanggungjawab itu..kerna…tanggungjawab itulah yg akan dipersoalkan kelak di akhirat sana..dlm menunaikan tanggungjawab itulah,kita sentiasa diuji kan..kita benar2 hamba yg teruji jika kita selalu diuji..benar2 hamba yg disayangi olehNYA..sy akui..xde siapa pun yg ceria,gembira bila diuji..pasti berbaur perasaan masing2..sedih,kecewa,putus asa.. “ Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita"{ At-Taubah:40}.. ini perkara normal…namun ujian yg dtg itu..cubalah terima dgn hati yg lapang..luaskan hati kita seluas2nya..jgn disalahkan pd siapa..dituding jari pd siapa2..n paling penting, jgnlah kita menyalahkan takdir..ia tak bersalah..langsung tak..kerana takdir itu telah ditetapkan oleh ALLAH..ALLAH yang berkuasa..dan ingatlah dengan ayat ini.. ” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari kebajikan yang dikerjakannya, dan dia mendapat (seksa) dari kejahatan yang diperbuatnya”<> ..

renung2kan…betapa sayangnya ALLAH pada kita..Pemberian dan perlindungan ALLAH sudah sangat cukup bagi kita..sangat2 cukup…


“ Jangan berdukacita, sebab ia hanya akan mendorong anda untuk menghentikan peralihan masa, menahan matahari supaya tidak terbit, memutar jarum jam ke belakang dan membawa air sungai kembali ke sumber asalnya!” (diambil drpd buku Jangan Bersedih Jilid 1)


“ Tidak ada satu kesusahan (atau bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah “


“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir(yang telah ditentukan) “


“ Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan susruhanNya dan meninggalkan laranganNYA),nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar(dari segala perkara yang menyusahkannya). “


“Ingatlah, sesungguhnya bantuan Allah itu amat dekat”


“ Sesungguhnya rahmat Allah itu sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik”


“ Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan bantuan Allah itu melainkan kaum yang kafir”


“ Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia”


Oleh itu,perbanyakkanlah Zikrullah dlm hidup kita..sama ada tika susah atau senang…kerana dengan mengingati ALLAH, hati kan jadi tenang..insyaALLAH..

~ Sesungguhnya yg baik itu datangnya daripada ALLAH, dan yg buruk itu jua dtgnya drpd ALLAH,tetapi disandarkan pd sy sbg penulis ini..segala kelemahan n kesalahan dlm penulisan ini harap dimaafkan.…peringatan utk diri sy n sahabat2..jazakillah kathiraa..~

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More