Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Tuesday, October 27, 2009

peringatan buat diri

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...


Pagi ini saya mendapat idea untuk ke tasik berhampiran kolej.
Sudah lama tak menjenguk tasik itu. Target saya adalah untuk menghabiskan sedikit ulangkaji saya yang masih berbaki. Kebosanan terperuk di dalam bilik, ada baiknya saya melihat keindahan alam ciptaan Tuhan di luar sana. Niat diteruskan walau hanya berjalan seorang diri. Saya menuju ke tempat itu, tempat di mana ada satu bukit, dan di sana terletaknya satu cendawan batu yang besar. Pernah dahulu sekali beriadah di situ, maka diluangkan lagi masa untuk berada di sana. Agak tercari-cari ke mana arah tempat itu, betul ke ikut sini? Ke ikut sane?Berjalan dan terus berjalan, akhirnya destinasi yang dicari muncul jua.

Saya dapat melihat beberapa orang yang bersenam di sana. Bukan golongan muda, majoritinya mungkin golongan dewasa pertengahan. Ada melayu, cina dan india. Begitu banyak pusingan yang mereka lakukan di sana. ‘’Bagusnya mereka, bersenam di pagi hari.entah bila la aku nak jadi macam mereka”. Saya kagum melihat kesungguhan mereka. Mereka bersungguh-sungguh menjaga kesihatan mereka. Senaman kan menjadikan badan kita sihat dan cergas. Namun, itulah yang sukar dipraktikkan bagiku. Kadang-kala sahaja terlintas di fikiran untuk keluar bersenam…Berubahlah ye..

Sungguh tenang saat berada berhampiran tasik itu. Ku lihat air tasik itu beralun dengan tenang, ditemani bunyi air pancutan di tengah-tengahnya. Jika diteliti, memang keadaan tasik itu agak tidak menarik pada pandangan mata..dipenuhi rumput rampai..mungkin ada juga sampah sarap..namun, ia tetap beralun dan beralun..tidak dihiraukan halangan yang wujud. Begitulah analoginya dengan hidup ini. Alangkah indahnya hidup kita andai dapat menjadi seperti tasik tu. Walaupun banyak mana dugaan, cabaran dan ujian yang Allah timpakan buat kita, hati dan jiwa tetap tenang. Tiada stress, tiada tekanan jiwa, tiada keluh kesah. Bergantunglah kepada diri masing-masing bagaimana mengatasinya.

Ramai orang yang dapat saya perhatikan semasa berada di sana. Macam-macam ada. Saya lihat satu keluarga berjalan-jalan di sekitar anak. Ada pasangan suami isteri beragama Islam, bersama dua anak. Sungguh bahagia mereka bersama. Tapi sayangnya, sayang sekali si suami tak dapat mendidik si isteri dengan nilai agama yang sempurna. Bagaimanakah anak-anak mereka kelak? Mengikut ibu ayah atau pandai-pandai sendiri mencari haluan yang benar.

Teringat saya pada kata-kata seorang kawan.” Aku macam tak kisah sangat tau kalau orang tu tak pakai tudung ke, teruk ke,jahil ke .memang takde basic langsung..kalau mak ayah dia pun macam tu..memang family dia begitu. Tapi kalau memang dia dah tahu hukum agama tu, buat tu dosa, buat ni dosa, tapi dia tetap tak ikut, macam tak tahu pape..tu susah nak terimala “. Saya bersetuju dengan pandangannya itu. Tiap orang punyai pendapat dan pegangan masing-masing. Pilihlah sama ada kaca atau permata.

Mata saya tertangkap lagi pada satu pasangan Islam. Hati berkata lagi, bahagianya mereka. Inilah baru dikatakan pasangan yang bahagia. Mereka berjalan berpegangan tangan. Saya berfikiran bahawa mereka ni mesti baru berkahwin. Tangan digenggam erat antara keduanya. Saya kagum pada lelaki itu yang memilih isteri yang memang asalnya sebegitu, ataupun dididik dan diajarnya menjadi sebegitu selepas mereka bernikah. Suami yang baik takkan membiarkan isterinya kelihatan ‘open’ di hadapan bukan mahramnya. Isterinya hanyalah untuk tatapannya, bukan untuk orang lain.

Ada lagi beberapa pasangan yang menarik perhatian saya. Di atas jambatan itu kelihatan sepasang anak muda, mungkin usianya sekitar umur saya, berjalan bersama-sama. Sungguh romantik mereka. Sudah kahwin ke mereka? Mungkin kot..kalau tak, takkan jalan sama-sama macam tu..Ini pandangan untuk bersangka baik. Namun, jauh di sudut hati berkata, ini mesti couple ni.muda semacam je nampak. Saya hanya mampu memandang dan berkelakuan seperti tak nampak apa-apa.

Kemudian, ada satu lagi pasangan muda yang lain. Sungguh sopan gaya si wanita itu di sisi sang lelaki. Mereka duduk berdua tidak jauh dari tempat saya berada. Saya bermonolog lagi, “ ni lagi satu pasangan yang baru kahwin kot”. Sama seperti tadi, dirasakan itu merupakan pasangan yang belum sah, namun dibiarkan maksiat berlaku di depan mata. Tiada apa yang mampu dilakukan, hanya mampu membencinya di dalam hati. Itulah selemah-lemah iman. Semasa berjalan pulang, mereka berjalan di hadapan saya. Jalan berpimpinan tangan seolah-olah sudah sah di sisi Islam. Tanpa segan silu mereka mempamerkannya.

Memang diakui zaman sekarang maksiat dan kemungkaran berleluasa dan berlaku di mana-mana. Tiada rasa malu lagi walaupun si perempuan bertudung litup. Entah ke mana hilangnya nilaian agama itu. Begitu penuh jasa Baginda S.A.W menaikkan martabat wanita suatu ketika dahulu, namun martabat itulah yang semakin jatuh sekarang. Hilang sudah segala-galanya dek panahan nafsu dan godaan syaitan. Na’uzubillah kita dijauhkan daripada perkara-perkara yang dibenci olehNYA.


Surah An-nisa,ayat 31:

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."

Surah Al-Israak,ayat 32:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


Banyak pengajaran dan pentafsiran yang saya dapat dalam pengembaraan kali ini. Syukur padaNYA kerana memberikan saya peluang untuk terus bernafas..berjalan..menilai..mentafsir..dan meneliti segala apa yang berlaku di sekeliling…

Monday, October 26, 2009

DIA yang terHEBAT


Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...

h.i.l.a.n.g @ l.o.s.t..
tiap orang pasti ada pengalaman kehilangan sesuatu..insan tersayang..barang tersayang..dan macam-macam lagi..hilang pabila sudah tiada di depan mata..sudah tak dapat lihat sampai bila-bila...
namun...kadang-kadang kehilangan itu dapat dirasai walaupun apa yg kita rasa hilang tu masih wujud di alam fana..masih kita dapat temui...
ada yang hilang arah..hilang punca (a.k.a internally displaced person) sebab berlakunya dugaan darurat padanya..tiada tempat bergantung...
ada yang hilang arah tuju..terumbang-ambing di dunia penuh pancaroba..mana perlu ku pergi? kanan atau kiri? benar atau salah?silap langkah, hilang pedoman bakal terjadi..
ada yg sudah hilang perikemanusiaannya..entah ke mana perginya..semua hal luar dugaan dilakukan..pabila nafsu menguasai diri, itulah jadinya..na'uzubillah..

penulis sedang bermonolog..sambil mengarut di sini..biarpun nota-nota menjerit terpekik-pekik memanggilnya..
dia merasakan seolah-olah dia kehilangan sesuatu..kehilangan sesuatu yang bermakna buat dirinya..walaupun itu sentiasa dilihatnya, namun dirasakan ia semakin jauh..jauh dari pandangannya..entah mengapa..
tapi dia harus kuat..harus tabah..
tanpa sikap tabah ini, pasti dia hilang kawalan dan tingkahlaku..
dia redha..dia pasrah dengan kehilangan itu..
dia yakin pasti ada hikmahnya kenapa Allah menghilangkannya buatnya...
dia tak pernah menyesal..dia sangat bersyukur kerana diberi kesempatan olehNYA untuk menemui dan mengenalinya..
itulah kurniaan Ilahi yang terbaik buatnya..itulah pegangannya sejak dulu..
kini dia harus sedar..ia harus pergi..pergi mencari yang lebih pasti..
mungkin baginya, ia tak meninggalkannya..tapi bagi dia, dia rasakan kehilangannya..
dia berharap kehilangan itu akan diganti oleh sesuatu yang lebih baik buat dirinya...
dia seorang yang kuat..jangan kalah dek hati kurnianNYA..dia harus lapangkan dada..terima semuanya dengan hati yg terbuka..
tak salah jika dia fikirkan kegembiraan orang lain..kerana kelak pasti dia mendapat imbalannya..
dia tak boleh fikirkan kehendak dan kemahuan sendiri..
sediakanlah ruang kegembiraan dan kebahagiaan itu buat mereka yang terpilih..
walaupun dia hilang gembira dan bahagia itu, dia bersyukur sebab dapat gembirakan dan bahagiakan mereka..usah difikirkan kepentingan diri sahaja..fikirkan juga tentang orang sekeliling..
dia jangan ingat-ingat lagi..berduka lagi..
ceriakan hidupmu dengan menceriakan orang lain..
walaupun dia kehilangan ia..dia kena ingat selalu..
yang ia adalah milikNYA..
dan dia tak pernah kehilanganNYA sepanjang dia bernafas di bumi ini..
DIA tak pernah meninggalkan dia..
dia tak keseorangan..kerana DIA selalu menjaga dia..setiap detik dan saat..
DIA tetap yang terhebat buat dia..
tiada siapa yang mampu menandingiNYA...
dia doakan ia sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan DIA...
dia..hiduplah untuk DIA..

~ sekadar perkongsian idea yang muncul di kepala..sesiapa yang faham..simpan dlm kepala..siapa yang tak faham..sila buat-buat faham...~

~ dia tenang dengan DIA ~

Wednesday, October 21, 2009

k.e.k.u.a.t.a.n


Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...

Alhamdulillah..segalanya sudah terjawab..rezeki itu bukan milikku sekarang..redha n pasrah..
Syukur padaNYA kerna memberikan saya peluang itu...
andai bukan sekarang, mungkin masa mendatang akanku temuinya lagi...=)

Musim peperiksaan tiba lagi..
semua orang sibuk berdating dengan buku-buku dan notes yg bertimbun..
sempat sy mengarut di sini..

Thanks to Allah..
kasi saya peluang bertemu insan-insan tersayang dlm hidup ni..
Thanks Pa..sebab izinkan Ma datang sini lebih kurang 3 hari
Thanks Ma..sebab bantu anakmu ni melangsaikan segalanya supaya dapat amik exam next week...saya tak bermakna tanpa kamu=D
Thanks Kak..masak sup cendawan hari tu..dah lama tak makan masakan kamu..hehe..thanks juga sebab hantar adikmu balik sini...
Thanks Akak..sebab bawa adikmu ke rumah Kak..u're the best driver..hehe..oh, tak lupa..thanx jadi chef hari tu..
Thanks to akak punya suami..sebab hantar Ma dan adik pulang malam tu..n hantar adikmu balik sini...
Thanks to Icah..sebab ape ye nk thanks kat kamu?haa..thanks tolong kemas barang2 Kak hari tu..rajin kamu masa tu..bagus2 adik akak...=)
Thanks my sis..even kamu tak dapat datang sini, thanks sebab kamu sudi balik hostel demi pelajaranmu..ada masa nanti, datangla sini ye..
Thanks tak terhingga buat Hannah..thanks kasi cikna peluang dukung,dakap,cubit-cubit pipimu yang montel..thanks kasi cik peluang jaga kamu walau hanya seketika..ada masa nanti kita jumpa lagi..rindu kamu selalu...jangan nangis kuat-kuat dan lama sangat macam malam tu lagi ye...kami semua sayang Hannah...

Kamu semua sumber kekuatan hidup..perangsang hidup...
I get full strength to live here..utk meneruskan perjuangan di sini..
Salam sayang dan rindu buat kamu selamanya..
Teruskan perjuangan dlm menempuh exam..
My dear baiti jannati...wait 4 me k.. i'll back dekat 3 minggu lagi...
demi ibu tersayang =))

To all my friends...
selamat menemui peperiksaan
teruskanlah usaha masing2..yang penting DUIT...
semoga hajat kalian dimakbulkan olehNYA...
AMEEN~~~

Thursday, October 15, 2009

penantian

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...

Ketidaksabaran menunggu hari itu...
disangkakan isnin lalu dah dapat tahu tentang itu, tapi ditangguh ke isnin depan
entah mengapa..
diri penuh pengharapan padanya..
walaupun tahu diri tak layak memilikinya...
Ya Allah
jika itu bukan rezekiku
kau kurniakanlah ia pada si dia yang lebih layak..jauh lebih layak daripadaku
moga dengan kurniaanMU itu padanya
akan mendekatkan lagi dirinya dan menambahkan lagi cintanya padaMU
jika ku tiada peluang ini
KAU berikanlah padaku peluang lain yang lebih baik
mungkin ini bukan yang terbaik buatku
dan pasti ada ruang lain yang telah kau sediakan buatku
ENGKAULAH SEBAIK-BAIK PERANCANG...

mimpi Baginda

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...

Renungan Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah SWT.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minumhingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"


kawan, rakan, teman, sahabat







Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...

Kawan..rakan…teman..sahabat…

Semuanya lain ejaan..semuanya dilihat seperti mengandungi makna yang sama….ada juga berpandangan tiap satunya berbeza..

Kawan..ialah insan yang kita temui selepas keluarga dan saudara-mara kita..mustahil seseorang itu tak punyai kawan..ada kawan biasa, ada kawan baik, ada kawan suka-suka..macam-macam kawanlah…

Hanya kesyukuran yang mampu dilafazkan buat Sang Pencipta kerana mengurniakan kawan2, rakan2, teman2 dan sahabat kepada saya..

Allah telah kurniakan saya ramai rakan..tak terbilang rasanya..walaupun ada rakan biasa, saat pertemuan kali pertama itulah, dianggapnya sebagai rakan..kan mukmin itu bersaudara..

Bermacam-macam teman saya kenal…teman tapi mesra..hehe

Tak dapat dibayangkan kalau saya tiada sahabat…takkan nak hidup sorang-sorang macam kera sumbang..tiada tempat berhibur, tiada tempat bercerita, tiada tempat mengadu..

Kamu sebagai kawan saya sangat penting dalam hidup saya..siapa saya tanpa kamu…saya sangat-sangat hargai kehadiran kamu dan atas kesudian kamu berkawan dengan saya..=)

Maafkan diri ini bagi sesiapa yg mengenali..saya tak dapat jadi kawan yang sempurna..yang betul-betul baik pada kamu..yang betul-betul menggembirakan kamu..

Siapa yang kenal saya, inilah diri saya yang sebenar..kamu yang rapat dengan saya pasti tahu sikap tingkahlaku saya kan…saya cuba jadi rakan yang terbaik buat kamu

Maafkan saya kalau mengguris hati kamu, mengecilkan hati kamu..saya tak terniat untuk melakukannya..mungkin kadang-kadang saya terlepas cakap tanpa sedar..dan saya tak tahu yang sebenarnya kamu terasa dengan saya..

Buat teman-teman kos saya..terutama kamu bertujuh..

I’m really2 grateful to have u as my friend..kita berjuang sama-sama selama 4 tahun di sini ye..=D

Saya memahami tiap satu antara kamu..dan saya senang dengan kamu semua..thanks sebab sudi jadikan saya kawan kamu..apa-apa kita buat sama-sama..jalan sama-sama..makan sama-sama…dan saya fikir kita punya pemikiran yang sama..

Tapi..maafkan saya..kala terlebih cakap..terlebih mengata..dan apa-apa aje..bukan untuk menyakitkan hati kalian..tapi hanya untuk menggembirakan kamu semua..biarlah diri sendiri tak gembira, asalkan saya dapat gembirakan kamu semua..

Saat kamu semua suka dan ketawa bila saya bercakap, itulah saat yang sangat menggembirakan saya..saya nak kamu ceria-ceria selalu…sahabat-sahabat saya perlu hepi-hepi selalu..

Saya doakan semua kawan saya..tak kiralah kita baik atau tak…agar kamu semua berjaya dlm apa-apa sahaja yang kamu ceburi..kawan pra-sekolah, kawan sek rendah, kawan sek menengah, kawan matrik..dan sekarang kawan-kawan di universti ni..nanti harap-harap dapat jumpa kawan baru lagi…

Kamulah pengubat diri di kala duka dan lara..cewahh..

Kadang-kadang masalah atau kesedihan yang ada terus hilang bila jumpa kamu semua..

Hidup ini pasti sunyi tanpa kawan, rakan, teman dan sahabat..

Friendship forever n ever..

Hanya kematian yang akan memisahkan kita..

~~ kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH ~~

> pada jalan berliku, moga ALLAH luruskan langkahmu..tika langit dunia runtuh, moga ALLAH teguhkan aqidahmu, jika kesusahan datang, moga ALLAH kuatkan hatimu, pada hati yang gelisah, moga ALLAH curahkan ketenangan dalam dirimu...moga kasih ALLAH sentiasa bersamamu <





Saturday, October 10, 2009

alkisah...

DOSA YG LEBIH BESAR DARI BERZINA

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak(menyiksa) hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam.Maka terdengarlah ucapan dari dalam Silakan masuk Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya..

Apakah dosamu wahai wanita ayu? tanya Nabi Musa a.s. terkejut. Saya takut mengatakannya. jawab wanita cantik. Katakanlah jangan ragu-ragu! desak Nabi Musa.Maka perempuan itupun terpatah bercerita, Saya.... telah berzina. Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai...tewas( mati), ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, Perempuan bejad, enyah(pergi) kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya.

Nabi Musa terperanjat. Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu? Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?


Ada jawab Jibril dengan tegas. Dosa apakah itu? tanya Musa kian penasaran.
Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.


Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan
ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima
kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)


Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui.

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang
menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maa'ruf
dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
(QS. Ali Imran 104:105)


Qul, Amantu bil-Lahi, tsumnas-taqim Katakanlah! Aku percaya kepada Allah dan kemudian pegang teguhlah pendirian itu.


p/s: Cuba bayangkan, dah ler buat zina @ perkara hampiri zina tanpa rasa
bersalah kat Tuhan,tak bertaubat, pastu tak solat..
brape besar punya dosa??

Bertaubatlah. ..kita manusia x lepas dr kesilapan..
iman tunggang terbalik,biasa la tu..
Solatlah ikut waktu...solat yg ikhlas dan khusyuk mencegah

dr kemungkaran. ..
Kerja adalah suatu ibadah tp solat juga merupakan ibadah...Mana letaknya
keberkatan dalam kerja tanpa solat...

INGATLAH...JANJI ALLAH ITU BENAR


dengan kebesaran namuMu Ar-Rahman dan Ar-Rahim..
ku ingin memohon keampunan dariMu Ya Rabb..
Ya Allah ampunilah segala dosaku yang telah mengunung tinggi ini..
jauhilah aku dari berbuat dosa2 yang tidak beroleh pengampunan darimu Ya Allah..
dan ampunkanlah dosa kedua ibubapaku,adik-beradikku serta saudara-maraku..dan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat sekalian..ampunilah kami ya Allah..
dan sejahterakanlah keatas junjungn Besar Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat..

sumber : http://desiran-ombak.blogspot.com

H.A.N.Y.U.T

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...


Hanyut
Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Cipta dari segumpal darah,
jelma seraut wajah,
rahsia agungnya kudrat Tuhan.

Dan dihembuskan nyawa,
diikatkan janji,
tunduk hanya kepadaNYA.

*Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
dugaan tuk menguji kehambaan,
tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
selain perlindunganNYA.

Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.

repeat (*)

Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
seiring akal dan fikiran,
mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwan yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

repeat (*)
rebut fatamorgana 3x


Lirik lagu yang sarat maksud tersendiri...
kali pertama mendengar lagu ini di blog rakan, terus mencari liriknya..alhamdulillah, jumpa pun..
Hanyut...
didedikasi khas buat hamba Allah hina dina..
yang semakin hari mungkin semakin hanyut..dibawa arus dunia yg mengganas...
Penuh pancaroba..dugaan..cabaran...
Namun,
ingatlah...
selagi kita berpegang pada Al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan oleh Kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W,
insyaAllah...
arus deras itu tak mampu mengheret kita ke mana-mana
dengan perlindunganNYA..
dengan penjagaan kita terhadapNYA...
tanpa ragu-ragu lagi kita juga akan dijaga olehNYA...


'' hati itu ialah rumah Allah ''
'' jika baik hati itu, maka baiklah seluruh anggotanya''
'' jika buruk hati itu, maka rosaklah seluruh anggotanya''
'' segala perbuatan itu bermula dengan niat ''
'' niat itu datangnya dari hati ''

H - HANYA
A - ALLAH
N - NAUNGAN
Y - YANG
U - UTAMA &
T - TERAGUNG




Wednesday, October 7, 2009

~ kenangan bersama ~


iftar di surau an-Nur...makan-makan dalam dulang

gate utama kaka..hehe...ramai pulak mak guardnye =)


bestfriend forever...


4 mulia bestari 4..with pn. Roslina
reunion in kaka

batch spm 06'...bergambar selepas kem

guru-guru tercinta..jasamu tetap dikenang selamanya

hari graduasi pelajar SPM 2006...guys with teachers



Kebuntuan idea untuk menulis..hanya sekadar perkongsian beberapa gambar..

Tika diri menuntut ilmu kais (kuala abang islamic school) selama lima tahun...
Sekolah biasa, tetapi mewajibkan semua pelajar tinggal di asrama..tiada yang terkecuali walaupun ada yang tinggal jauh 100 meter dr rumah...
Pulang ke rumah sekali sebulan..ni dah macam sbp jer...
Kadang-kadang 2 kali sebulan...waktu outing bergilir-gilir..
Tempat ini menyimpan sejuta kenangan...manis, masam, pahit, tawar..semua ada...
Bersama-sama rakan seperjuangan..susah dan senang bersama..
dari 1mb5 to 2mb5 to 3mb6 to 4mb5 n last to 5mb5...
hehe..lagi comey kalau mase f3 duk kelas 3mb5..semua 5 kat blakang

Bertemu rakan-rakan yang pelbagai...senior-senior..junior-junior...
Belajar berorganisasi sedikit-sedikit...
Tak ku lupa..waktu kenakalan dahulu..suka ponteng prep ye...hingga dirotan oleh warden...
ingatkan sembunyi dah selamat, rupanya kantoi jugak...
hehe...zaman remaja macam tula..
Sume benda nak buat ikut kata hati..
Oh, terlupa..pernah kami satu batch perempuan didenda sebab ramai2 ponteng prep
dihadiahkan khas oleh Ustaz Awang...
beberapa orang je yg terselamat sebab pergi prep...
Nakal tetap nakal...macam-macam kisah berlaku sepanjang berada di sana..

Kata orang, waktu sekolah la paling best..banyak kenangan...
Memang betul pun...
Waktu sekolahla belajar bersemangat..sebab nak sambung belajar kt u..sume impian nak masuk u masa tu..pulun habis-habisan..
Sekarang, masing-masing dah bawa haluan..ke barat, timur, utara dan selatan..yang blajar di luar negara pun dah fly...

Kerinduan pd sahabat-sahabat sangat mendalam
Entah bila kita dapat berjumpa lagi...
Biarpun jarang bertemu..namun, kamu semua tetap di hati selamanya...
Yang penting, nanti nak makan nasi minyak..jangan lupa jemput ye =D
Semoga rakan-rakan sekalian mencapai apa sahaja yang dihajati..
Doa seorang sahabat sentiasa mengiringimu...

~ Salam sayang n rindu daripadaku ~

Sunday, October 4, 2009

andai itu takdirnya


Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...


Ketiadaan pewaris adam di dalam keluarga..hanya bapa menjadi peneman setia..Saat itu..tika itu..banyak info yg diperolehi…walaupun tarafnya hanyalah haram yang sementara, namun tetap dianggap sebagai adik-beradik sendiri..but, syariat yg ditetapkan insyaAllah selalunya dijaga..

Pernah dulu dia bercerita ketika detik-detik menantikan kelahiran cahaya matanya :

itulah pengalaman yang takkan dilupakan..dpt lihat pengorbanan, perjuangan seorang emak bertarung nyawa melahirkan anaknya “

“ sebelum tu, mintak ampun banyak2 dulu dengan suami “

“ banyakkan zikrullah laa..”

Aku hanya tersenyum sendirian sambil bermonolog,

“ hehe..betol tu…nampak ceria je lepas baru dapat anak “

Banyak ceritanya yg dikongsi padaku…yang dpt ku ingati hingga kini..Beberapa hari lalu pula..dapat dengar motivasi baru lagi =)

“ Nak tahu tak…boleh dikatakan..tiap2 mlm nangis…teringat kat akak..bila dengar suara baby, lagilah sayu “

Memang jarak yg memisahkan mereka mengundang perasaan itu…Sabar ye…tak lama dah diorang nak balik rumah…

Tambahnya lagi, “ sebenarnya kan..perasaan sayang pada isteri dan sayang pada pasangan couple ke atau seumpamanya, berbeza sangat2…abang dpt rasela kelainan la..”

Yeah..aku dapat point lagi..

“ tengok abang..sebelum akad tu..tak pernah pun datang rumah kenal-kenal mak ayah kan..masa tunang tu jela datang rumah “

Dalam kepalaku, “ a ah..masa tunang, just masuk salam-salam je..xde pun cakap2,face to face dengan mak ayah..tu pun puas suruh masuk rumah..barula masuk..pemalu la konon..hehe..lucu bila ingat balik “

“ tak payahla datang2, kenal2..membazir je semua tu”

Hurm…tu pandangan dia la yg berpengalaman..

Satu lagi ceritanya terbongkar…

“ sebenarnya, sebelum jumpa akak, dah ada kenal yang lain..bertahun-tahun dah..lama pulak tu..tapi, lastly, dapat tahu..dia ada yang lain..pastu, membawa dirila..masa tu la..jumpa akak “

Cerita yang menarik, fikirku..

Tempoh masa mereka kenal tak lama, dan mereka disatukan dalam tempoh yang singkat..kini, ku lihat mereka sangat bahagia..lagi bahagia dengan kehadiran si permata hati itu…

Setiap orang punyai pengalaman yang berbeza..

Masing-masing punyai pilihan yang tersendiri

Banyak manfaat yg ku peroleh melalui cerita itu…

Yang hanya mampu menentukan hanyalah kuasa ALLAH…DIA Penguasa segala-galanya..

Menurut cerita itu, dapatlah dikaitkan dengan istilah jodoh..istilah yang sangat familiar dalam kalangan muda-mudi sekarang

Kita tak tahu..adakah orang yang kita kenal bertahun-tahun itu adalah jodoh kita kan..kita tak mampu nak bergantung sepenuhnya sangat sebab kalau itu bukan jodoh yang Allah tetapkan buat kita di Loh Mahfuz, ia takkan menjadi kenyataan..

Tapi, ada juga yang menemui jodohnya dengan kenalan yang bertahun lamanya..sebabnya memang itulah jodoh yg telah ditetapkan olehNYA…

Ada yang bertemu hanya sekejap, tapi terus disatukan..

Bak cakap orang..kalau dah jodoh, kalau dah sampai seru..semuanya akan berlaku…

Tak kiralah bagaimana caranya, masalahnya, halangannya..tiap hambaNYA akan merasai pengalaman masing2..

Semuanya adalah ketentuanNYA..

Usahlah menyalahkan sesiapa andai pilihan masing-masing tidak dapat disatukan dengan diri kita..memang mungkin kesilapan antara keduanya.. tiada manusia yang sempurna..cuba dan cuba berlapang dada, bersangka baik, terutama terhadapNYA..

Koreksi diri..carilah di mana silap kita..

Yang penting, biarlah pilihan dan tindakan itu yang selari dengan syariatNYA..bukan menghalalkan yang haram…

Kata ibu , “ bertunang tu hanya tunang..bukanlah dah jadi halal..tetap sama macam tak bertunang “

Namun, dunia kini..belum bertunang pun, dah mengalahkan pasangan yang dah sah di sisi ISLAM

Penghayatan haruslah pada kedua-dua pihak..ataupun sekurangnya pada satu pihak..tidak wajar mengiyakan hal yang salah..yang kita sendiri tahu hal itu sudah bercanggah..berfikirlah sebelum bertindak..

Hehe..tetiba pulak mengarut pasal ni..takpela..juga peringatan utk diri sendiri..

Duhai sahabat handai, muslimin muslimat semua..

Buatlah pilihanmu mengikut cara yang terbaik..yang mampu menjaga hubunganmu dengan Penciptamu…Sebab..hidupmu adalah milikNya…yang bakal dipulangkan pabila tiba masanya..

Iringilah segala hajat impian masing-masing dengan doa yang tak pernah putus drpd hamba kpd al-Khalik Yang Esa...

Usah biarkan hawa nafsu menguasai diri..kerna ia pasti memakan diri...

Take care our IMAN and take care our AD-DEEN...=D

p/s ( sedikit terkejut melihat komen “ malaikatmaut “ di shoutbox..terkejut dgn perkataan malaikatmaut..tu belum betul2 malaikat maut yg datang..huhu..never mind…orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati mati.. )

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More