Tuesday, October 27, 2009

peringatan buat diri

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...


Pagi ini saya mendapat idea untuk ke tasik berhampiran kolej.
Sudah lama tak menjenguk tasik itu. Target saya adalah untuk menghabiskan sedikit ulangkaji saya yang masih berbaki. Kebosanan terperuk di dalam bilik, ada baiknya saya melihat keindahan alam ciptaan Tuhan di luar sana. Niat diteruskan walau hanya berjalan seorang diri. Saya menuju ke tempat itu, tempat di mana ada satu bukit, dan di sana terletaknya satu cendawan batu yang besar. Pernah dahulu sekali beriadah di situ, maka diluangkan lagi masa untuk berada di sana. Agak tercari-cari ke mana arah tempat itu, betul ke ikut sini? Ke ikut sane?Berjalan dan terus berjalan, akhirnya destinasi yang dicari muncul jua.

Saya dapat melihat beberapa orang yang bersenam di sana. Bukan golongan muda, majoritinya mungkin golongan dewasa pertengahan. Ada melayu, cina dan india. Begitu banyak pusingan yang mereka lakukan di sana. ‘’Bagusnya mereka, bersenam di pagi hari.entah bila la aku nak jadi macam mereka”. Saya kagum melihat kesungguhan mereka. Mereka bersungguh-sungguh menjaga kesihatan mereka. Senaman kan menjadikan badan kita sihat dan cergas. Namun, itulah yang sukar dipraktikkan bagiku. Kadang-kala sahaja terlintas di fikiran untuk keluar bersenam…Berubahlah ye..

Sungguh tenang saat berada berhampiran tasik itu. Ku lihat air tasik itu beralun dengan tenang, ditemani bunyi air pancutan di tengah-tengahnya. Jika diteliti, memang keadaan tasik itu agak tidak menarik pada pandangan mata..dipenuhi rumput rampai..mungkin ada juga sampah sarap..namun, ia tetap beralun dan beralun..tidak dihiraukan halangan yang wujud. Begitulah analoginya dengan hidup ini. Alangkah indahnya hidup kita andai dapat menjadi seperti tasik tu. Walaupun banyak mana dugaan, cabaran dan ujian yang Allah timpakan buat kita, hati dan jiwa tetap tenang. Tiada stress, tiada tekanan jiwa, tiada keluh kesah. Bergantunglah kepada diri masing-masing bagaimana mengatasinya.

Ramai orang yang dapat saya perhatikan semasa berada di sana. Macam-macam ada. Saya lihat satu keluarga berjalan-jalan di sekitar anak. Ada pasangan suami isteri beragama Islam, bersama dua anak. Sungguh bahagia mereka bersama. Tapi sayangnya, sayang sekali si suami tak dapat mendidik si isteri dengan nilai agama yang sempurna. Bagaimanakah anak-anak mereka kelak? Mengikut ibu ayah atau pandai-pandai sendiri mencari haluan yang benar.

Teringat saya pada kata-kata seorang kawan.” Aku macam tak kisah sangat tau kalau orang tu tak pakai tudung ke, teruk ke,jahil ke .memang takde basic langsung..kalau mak ayah dia pun macam tu..memang family dia begitu. Tapi kalau memang dia dah tahu hukum agama tu, buat tu dosa, buat ni dosa, tapi dia tetap tak ikut, macam tak tahu pape..tu susah nak terimala “. Saya bersetuju dengan pandangannya itu. Tiap orang punyai pendapat dan pegangan masing-masing. Pilihlah sama ada kaca atau permata.

Mata saya tertangkap lagi pada satu pasangan Islam. Hati berkata lagi, bahagianya mereka. Inilah baru dikatakan pasangan yang bahagia. Mereka berjalan berpegangan tangan. Saya berfikiran bahawa mereka ni mesti baru berkahwin. Tangan digenggam erat antara keduanya. Saya kagum pada lelaki itu yang memilih isteri yang memang asalnya sebegitu, ataupun dididik dan diajarnya menjadi sebegitu selepas mereka bernikah. Suami yang baik takkan membiarkan isterinya kelihatan ‘open’ di hadapan bukan mahramnya. Isterinya hanyalah untuk tatapannya, bukan untuk orang lain.

Ada lagi beberapa pasangan yang menarik perhatian saya. Di atas jambatan itu kelihatan sepasang anak muda, mungkin usianya sekitar umur saya, berjalan bersama-sama. Sungguh romantik mereka. Sudah kahwin ke mereka? Mungkin kot..kalau tak, takkan jalan sama-sama macam tu..Ini pandangan untuk bersangka baik. Namun, jauh di sudut hati berkata, ini mesti couple ni.muda semacam je nampak. Saya hanya mampu memandang dan berkelakuan seperti tak nampak apa-apa.

Kemudian, ada satu lagi pasangan muda yang lain. Sungguh sopan gaya si wanita itu di sisi sang lelaki. Mereka duduk berdua tidak jauh dari tempat saya berada. Saya bermonolog lagi, “ ni lagi satu pasangan yang baru kahwin kot”. Sama seperti tadi, dirasakan itu merupakan pasangan yang belum sah, namun dibiarkan maksiat berlaku di depan mata. Tiada apa yang mampu dilakukan, hanya mampu membencinya di dalam hati. Itulah selemah-lemah iman. Semasa berjalan pulang, mereka berjalan di hadapan saya. Jalan berpimpinan tangan seolah-olah sudah sah di sisi Islam. Tanpa segan silu mereka mempamerkannya.

Memang diakui zaman sekarang maksiat dan kemungkaran berleluasa dan berlaku di mana-mana. Tiada rasa malu lagi walaupun si perempuan bertudung litup. Entah ke mana hilangnya nilaian agama itu. Begitu penuh jasa Baginda S.A.W menaikkan martabat wanita suatu ketika dahulu, namun martabat itulah yang semakin jatuh sekarang. Hilang sudah segala-galanya dek panahan nafsu dan godaan syaitan. Na’uzubillah kita dijauhkan daripada perkara-perkara yang dibenci olehNYA.


Surah An-nisa,ayat 31:

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."

Surah Al-Israak,ayat 32:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


Banyak pengajaran dan pentafsiran yang saya dapat dalam pengembaraan kali ini. Syukur padaNYA kerana memberikan saya peluang untuk terus bernafas..berjalan..menilai..mentafsir..dan meneliti segala apa yang berlaku di sekeliling…

1 comments:

kadang-kadang keadaan sekeliling banyak mengajar kita tanpa kita sedari...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More